Jumaat, 11 Mac 2011

You Follow Me , I Follow You Back


Salam Sejahtera Semua,

Hari ni aku nak meluahkan perasaan sikit maklumlah hari jumaat yang mulia ini aku nak bagilah khutbah jumaat , sebelum sembahyang jumaat bermula pada petang ni so pagi-pagi aku nak siapkan teks ucapan .

Pagi ni aku nak bercerita pasal follower, aku percaya rata-rata blogger kalau boleh semuanya nak follower yang ramai yang mengikuti blog masing-masing, makin ramai follower maka makin glamorlah blog tu dan dalam masa yang sama mungkin makin banyak rating dan duit yang masyuk .

Masalahnya setengah-setengah blogger lah kita dah jadi follower dia orang tetapi amat kedekut atau senang cakap amat ego untuk membalas menjadi follower balik. Dia nak kita menyokong blog dia tapi dalam masa yang sama tak mau menyokong blog orang lain.

Kita harus menyedari konsep blogging adalah ziarah menziarahi antara satu sama lain, tolong menolong menyokong sesama blogger bukan dengan menjatuhkan blogger yang lain. Amat sedih kepada blogger baru yang masih baru bertatih dan belajar menaikkan ratin blog mereka sedangkan blogger yang dah popular buat-buat tak endah pada mereka.

Pada semua blogger baru saya akan terus menyokong anda menjadi follower yang sentiasa memberi semangat dan peransang yang dah popular dan tak berhasrat menjadi follower orang lain biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

Khamis, 10 Mac 2011

Pendidikan rendah, wanita Melayu pilih pasangan asing


SINGAPURA: Adakah lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing?

Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan besi berani menarik perhatian wanita Melayu?
Persoalan yang menjadi perhatian ini dikaji secara ilmiah oleh Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.
Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 hingga 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Hasil kajian itu, beliau menemui beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain.

Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.

“Saya dapati rata-rata, kelulusan tinggi si wanita, di samping pergaulan mereka, menjadi sebab utama mengapa pilihan hati mereka bukan lelaki Melayu. “Semua yang diwawancara mengaku sukar mencari pasangan Melayu yang setaraf tahap pendidikannya. Kalau pun ada siswazah lelaki Melayu, mereka awal-awal lagi sudah diambil orang!

“Jadi, si wanita perlu 'merantau' mencari lelaki bangsa asing,” kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.

Menurut Lulu, lebih separuh daripada wanita yang diwawancara dalam kajian itu bersuamikan lelaki Amerika, Inggeris dan beberapa negara Eropah lain. Bakinya memilih lelaki Cina sebagai pasangan. – Agensi


~~~~~~~~~~~~~


Bagaimana pulak dengan wanita yang berpendidikan rendah? tetapi masih mencari warga asing sebagai pilihan seperti Bangla, Nepal , Afrika dan Lambok apakah ciri-ciri istimewa lelaki asing ini. Dimanakah keistimewaan Lelaki Melayu Malaysia, di manakah maruah mereka hingga wanita melayu makin hari makin ramai memilih lelaki asing? Apakah penyebab situasi ini menjadi-jadi??





Rabu, 9 Mac 2011

Minggu tidak menonton TV


21 hingga 27 April - MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN

Mengapa tidak menonton televisyen?



Menonton TV telah menghabiskan masa yang sepatutnya diluang bersama-sama keluarga. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya obesiti dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Menonton televisyen yang berlebih-lebihan untuk tujuan rekreasi telah menyebabkan wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Justeru ia tidak baik dari segi mental mahupun fizikal. MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari. Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan mada antara 4 hingga 6 jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru.

Siapakah yang perlu mengambil bahagian?

Kempen ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam minggu tidak menonton televisyen. Kanak-kanak dan golongan dewasa, kaya dan miskin – tanpa mengira latar belakang dan lapisan hidup – mengambil bahagian melalui sekolah, institusi agama, kumpulan komuniti, keluarga dan individu-individu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya!

Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh Sekretariat Minggu Tidak Menonton Televisyen sebagai susulan kepada kempen yang dijalankan, didapati 90% daripada peserta tersebut berjaya mengurangkan menonton televisyen setelah menyertai kempen ini.

Kad Laporan

Sepanjang tempoh tersebut, peserta diminta mengisi Kad laporan untuk mencatatkan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak atau anda apabila tidak menonton televisyen.

Pada 27 April, kad laporan itu akan dikutip semula untuk dibuat analisis. Selain itu ibu bapa turut diminta berkongsi pengalaman mereka memantau aktiviti anak-anak apabila tidak menonton televisyen.

TUTUP TV DAN MULAKAN HIDUP ANDA

~~~~~~~~~~~~~~~~~



Alahai sunyinya hidup aku kalau tak dapat menonton tv, semua rancangan kegemaran aku ada tiap-tiap hari kat TV. Kalau Hari Tidak Berbelanja oklah boleh ikut tapi Hari Tidak Menonton TV belum tahu lagi.


Tanam ternak guna sendiri jimat cermat bina ekonomi



Latar Belakang

Pewujudan semula Kempen Bumi Hijau (dahulunya Buku Hijau) yang berteraskan ‘Amalan Bercucuk Tanam’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.

Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.

Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di Bandar.

Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.


Konsep Perlaksanaan

Kempen ini terdiri daripada 3 komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur.

Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’ dengan menanam tanaman yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga.

Kempen ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk yang boleh ditanam sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

Bagi menjayakan kempen ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya yang berhampiran.

Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Kempen Bumi Hijau ini.

Anggaran sejumlah 500,000 anak pokok perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pelancaran Kempen Program Bumi Hijau bagi seluruh negara.

Komponen Ternakan boleh melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur.

Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan jenis tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Daripada tanam pokok bunga lebih baik tanam sayur-sayuran kat rumah. Saya tengah mengkaji macam mana nak tanam sayur-sayuran hidroponik dan dalam masa yang sama boleh bela ikan di bawahnya dengan cara itu dapat mengelakkan pembiakkan nyamuk dan kita dapat makan sayur dan ikan sekali.

Macam mana setuju tak?


Dari hati Mahathir


‘Tun Razak mentor saya’

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tun Razak Hussein sebagai seorang mentor dan pelindungnya serta banyak belajar daripada Perdana Menteri Kedua itu.
Dr Mahathir berkata, Razak adalah seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu.
“Kecenderungan beliau yang sering menyebelahi saya ketika itu amat ketara sehingga mengundang rasa cemburu dalam parti. Ada juga cakap-cakap saya menjadi budak kesayangannya, namun saya sendiri tidak begitu biasa dengannya ketika itu.

“Kami tidak pernah bersosial, tetapi dalam semua hal politik, saya amat bergantung kepada keputusan dan sokongan beliau,” kata Dr Mahathir dalam bukunya. Dr Mahathir berkata, Tun Razak yang mencadangkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan pada 1964 dan turut menyenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Politik UMNO.

“Sebagai ahli jawatankuasa itu, saya sering ke rumah Tun Razak dan mengadakan perbincangan mendalam dan itulah permulaan hubungan akrab kami.

“Keyakinannya terhadap saya meningkat selepas saya membantu menyelesaikan demonstrasi pelajar ketika menjadi Menteri Pelajaran. Ketika itu, saya hanya mahu beliau menganggap saya sebagai seorang yang boleh diharapkan dan sedia bertindak,” katanya.
Dr Mahathir berkata, satu hari pada 1975 di bangunan Parlimen, Tun Razak mengajak ke tepi dan memaklumkan beliau sedang menghidap penyakit berkaitan darah dan akan berlepas ke London untuk rawatan.

“Sebaik kami menghantar beliau ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya menghubungi doktor peribadi Tun Razak dan selepas itu baru saya tahu beliau menghidap leukemia dan sudah mencapai tahap kritikal. Saya tahu, beliau tidak akan pulih kerana tidak ada rawatan berkesan untuk kanser,” katanya.

Tun Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun.

Dr Mahathir yang mendapat tahu pemergian Tun Razak sebaik kembali dari Indonesia bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan kehilangan beliau sebagai tragedi buat dirinya.

~~~Sumber Kosmo~~~



Pada saya Tun Dr Mahathir sentiasa di hati dan tiada siapa di Malaysia yang dapat mengganti kebolehan dan kebijaksanaan beliau dalam mentadbir dan membangunkan Malaysia .Sebelum ini orang luar cuma mengenali Singapura dan Thailand tetapi tidak mengetahui sangat tentang negara di berada di tengahnya. Walau apapun yang orang kutuk tentang beliau tetapi beliaulah menteri yang telah membawa Malaysia ke mercu tanda.


Beg hijau ganti plastik

MEMPUNYAI rupa bentuk yang fleksibel, ringan, versatil, nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, lut sinar, mudah dibentuk dan saiz yang pelbagai. Begitulah senarionya material yang diperbuat daripada bahan petrolium iaitu plastik.

Sehingga kini, penggunaan plastik merupakan sebahagian daripada kelengkapan kehidupan masyarakat hari ini. Dianggarkan hampir setiap hari, kita menggunakan bahan tersebut dalam pelbagai cara dan situasi. Kata orang, tanpa kelibatnya di sisi, ia bagaikan satu kekurangan dalam keperluan hidup seseorang.


MEMPUNYAI pelbagai fungsi dan sesuai dibawa ke mana sahaja.


Selain dijadikan bahan pembungkus atau tempat menyimpan makanan, ia juga berfungsi sebagai bekas minuman, beg membuang sampah, membungkus anak-anak pokok, baja tanaman, penutup komputer dan sebahagian daripada komponen kenderaan.

Melihat keberkesanannya, penggunaan plastik turut merangkumi gaya hidup, nilai dan budaya masyarakat kita. Sesetengah orang menganggap plastik sebagai keperluan harian dan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Bagaimana pula dengan anda? Berapa banyak beg plastik yang anda gunakan dalam masa sehari?

Menurut perangkaan, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik dalam seminggu. Yang pasti, semakin banyak beg plastik dikeluarkan, semakin terjejas ruang persekitaran bumi.


ANEKA pilihan warna beg mesra alam boleh didapati di pasar raya dan pusat beli-belah.


Bayangkan, hanya disebabkan pembuangan beg plastik, negara akan dilanda tragedi banjir besar sehingga mampu meragut nyawa berjuta-juta rakyat seluruh dunia.

Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara.

Walaupun pelbagai kempen alternatif telah dijalankan, penduduk di seluruh dunia hari ini dilihat seolah-olah terikat dengan penggunaan beg plastik yang tidak biodegradasi atau mereput dengan bantuan organisme dan bersifat tidak lupus.

Sebahagian inisiatif yang telah dijalankan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik adalah dengan menggantikannya dengan penggunaan beg mesra alam atau beg hijau.

"Langkah ini wajar kerana penggunaan beg plastik untuk membeli-belah dan tujuan lain dengan berleluasa telah menyumbang kepada kesan negatif terhadap ekologi dan masalah kesihatan masyarakat hari ini," kata Ketua Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim.


BEG mesra alam menjadi pilihan alternatif bagi melupuskan penggunaan beg plastik.


Katanya, pelupusan plastik mengambil masa beratus-tahun lamanya untuk mereput dan ia bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan.

"Kita kena faham bahawa bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar.

"Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil.

"Saya sendiri tertanya-tanya bilakah negara kita akan menetapkan peraturan seperti dilakukan oleh beberapa negara di benua Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri yang digelar beg hijau sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah," ujarnya.

Kata beliau, penggunaan beg hijau secara meluas di luar negara berjaya mengurangkan pencemaran alam sekitar yang melibatkan beg plastik sehingga 30 peratus.

"Justeru, penggunaan beg hijau adalah jalan alternatif, selain meningkatkan sistem pelupusan bahan plastik kepada yang lebih sistematik.

"Caranya mudah dengan memperkenalkan kepelbagaian trend dan rekaan potongan beg tersebut. Dengan mengenengahkan konsep pada rekaan beg tersebut, ia dapat menarik minat pengguna terhadap pilihan beg hijau tanpa mengira peringkat usia.

"Reka bentuk beg yang tahan lama, berwarna-warni, boleh dimasukkan ke dalam beg bimbit, dilipat dan boleh diguna semula dapat mengubah cita rasa dan gaya hidup masyarakat kita hari ini.

"Seperti di England, Ireland, Bangladesh dan Amerika Syarikat, kerajaannya telah memperkenalkan undang-undang bagi penggunaan beg mesra alam," jelasnya berhubung cara memperluaskan penggunaan beg mesra alam kepada para pengguna.


ZELINA ZAITON IBRAHIM


Selain mendekatkan orang ramai terhadap fungsi beg tersebut, Zelina, menjelaskan, ia juga merupakan jalan terbaik bagi melahirkan pereka cipta beg yang ternama.

Dalam mempelbagaikan sentuhan beg mesra alam, para pereka juga berpeluang mengenengahkan bakat yang sedia ada.

Mengenai 'kuasa' yang harus diberikan kepada pengguna berkaitan pemilihan dan pembelian barangan yang memberi kesan minimum terhadap alam sekitar, Zelina berkata:

"Fikir sebelum membeli sesuatu barangan. Adakah ia dapat memberi kesan terhadap ekologi dunia dan kesihatan diri?.

"Sekiranya ada, cuba latih diri anda supaya mengubah gaya hidup yang sihat setiap hari demi menjana persekitaran yang lebih selamat dan aman. Dengan cara mengimbas semula sejarah kehidupan nenek moyang zaman dahulu, ia sedikit sebanyak memberi impak maksimum kepada diri kita".

Tambahnya: "Langkah membawa bakul rotan atau raga ke pasar tani tanpa menggunakan sebarang beg plastik adalah antara langkah terbaik dalam mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang boleh menjejaskan alam sekitar.

"Apa kata, bermula hari ini, anda mengambil pendekatan ini dengan cara menggunakan semula beg tersebut bagi menyelamatkan alam sekitar termasuk ekosistem yang kian pupus dek arus pembangunan semasa," tegasnya.

Seorang pengguna, Magerat Wong, 39, berkata, kerajaan seharusnya menyarankan penjual di setiap pusat beli-belah mahupun pasar raya agar mengenakan caj harga pembelian beg plastik kepada para pengguna.

"Mereka seharusnya menjual beg plastik atau mengenakan cukai pembelian kepada pembeli. Cara ini diharap dapat mendidik pengguna supaya tahu tentang kepentingan dan kesannya terhadap alam sekitar.

"Secara tidak langsung, ia memberi kesedaran kepada mereka mengenai kelebihan membawa beg sendiri sekali gus dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung selama ini," katanya mengulas peranan pengguna dan penjual dalam mengehadkan penggunaan beg plastik.

Walaupun pelbagai kempen dan langkah telah dijalankan, ia tidak akan memberi kesan mendalam sekiranya pihak berwajib tidak mengetatkan dan menguatkuasakan undang-undang pengurangan beg plastik.

"Kita seharusnya mengubah pemikiran seseorang terlebih dahulu sebelum menetapkan langkah penjagaan. Ia mesti dilakukan mulai akar umbi iaitu kepada kanak-kanak sekolah, remaja dan orang dewasa.

"Pupuk kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar dari peringkat prasekolah atau sekolah rendah. Tetapi yang lebih penting ialah mengharamkan terus penggunaan beg plastik.

"Peraturan keras ini dipercayai berkesan dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar sekali gus menjamin kesejahteraan hidup rakyat di seluruh pelosok dunia," kata seorang peniaga, Mohd Azizuddin Aziz.

~~~ Sumber Kosmo~~~


Masa kat London dulu saya tengok penduduk kat sana pergi ke pasar membawa bakul atau beg kitar semula dari rumah dan jarang saya tengok mereka membawa beg plastik. Mentaliti orang di sana memang jauh ke hadapan sebab itu negara kat sana bersih dan ramai orang tua sebab kualiti udara kat sana bersih.

Di Malaysia baru nak di amalkan terutama kat Selangor setiap hari sabtu tak ada beg plastik di kedai dan pusat beli belah atau di kenakan RM 0.20 bagi satu beg plastik, tetapi kat Kuala Lumpur masih belum di praktik kan lagi.




Selasa, 8 Mac 2011

Hari Wanita Sedunia


Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Tema tahun 2010 ialah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”.

Kajian menunjukkan kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.

Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[2]

Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Happy Mother's Day


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.

Sejarah


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

***********************

Hargailah ibu anda sementara masih ada,
janganlah di seksa dan didera mental dan fizikalnya,
berilah kasih sayang yang tidak berbelah bagi padanya
kerana ibu berhak menerimanya,
tiada wang ringgit yang dapat membalas jasa-jasa
ibu membesarkan kita.

Aku yang tidak dapat merasai kasih ibu
kerana ibu terlalu awal pergi meninggalkan aku.

Adu polis harga minyak naik




WASHINGTON: Pejabat Sherif St John The Baptist Parish menerima panggilan paling pelik minggu ini apabila seorang pemandu meminta bantuan polis kerana pengusaha stesen minyak menaikkan harga ketika dia sedang mengisi minyak kenderaannya, lapor akhbar.
Panggilan itu pada Khamis lalu mengejutkan pegawai polis sekali gus dikelaskan dalam senarai baru, ‘aduan paling luar biasa’.
Aduan yang pernah diterima sebelum ini termasuk tak tahan bunyi anjing menyalak dan ‘anak saya tak mahu pergi ke sekolah.’

Apapun, panggilan paling luar biasa itu mungkin menunjukkan perubahan corak aduan sejajar dengan perubahan era.

Pada 2 petang hari itu, panggilan kecemasan 911 Sherif menerima panggilan seorang pemandu yang ‘naik darah’ melihat harga minyak tiba-tiba naik ketika dia masih mengisi minyak.

Pemandu tidak dinamakan itu memberitahu, ketika dia mula mengisi minyak di stesen itu yang terletak di 901 East Airline Highway, harga di pam adalah AS$3.049 segelen.
Tetapi, ketika dia masih mengisi, harga itu naik kepada AS$3.189 menyebabkan pemandu terbabit bertikam lidah dengan atendan stesen dan kemudian menelefon polis kerana tidak puas hati dengan apa yang dijelaskan.

“Pemandu itu anggap perbuatan stesen berkenaan tidak adil. Selain itu, atendan stesen pula tidak memberi kerjasama menyebabkannya menelefon kami,” kata Kapten Dane Clement.

Bagaimanapun, tiada siapa ditahan dan laporan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dikategori sebagai ‘aduan sivil.’

Pengurus stesen, Sam Aljousi, berkata pemandu terbabit berhenti di stesen berkenaan ketika harga sedang diubah dan mahu harganya diturunkan.

“Semua orang sepatutnya menunggu (sehingga harga baru ditunjukkan). Jadi, tidak mungkin harga diturunkan. Lagipun, ia dilakukan komputer,” katanya lagi. – Agensi

Persatuan pengguna tak setuju peminjam ah long dihukum


KUALA LUMPUR 13 Julai - Persatuan pengguna tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan hukuman terhadap individu yang meminjam wang daripada peminjam wang tanpa lesen atau ah long.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, cadangan itu tidak munasabah dan kurang relevan dalam usaha menangani masalah ah long.

"Individu yang ingin mendapatkan bantuan ah long bukan sekadar suka-suka tetapi terdesak kerana masalah kewangan. Mereka juga mungkin tidak mendapat bantuan kewangan daripada orang lain atau pihak bank.

"Peminjam itu bukanlah perompak yang mencuri wang dan harta orang lain untuk mengenakan hukuman. Sepatutnya kerajaan harus menghukum peminjam haram itu yang menyeksa individu yang mendapatkan bantuan kewangan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan Rang Undang-Undang Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 2010) buat kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Menurut Chee Heung, di bawah pindaan baru itu, adalah menjadi satu kesalahan bagi orang yang membantu pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (CASSA), Datuk Dr. Jacob George juga tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu.

"Selalunya ah long yang menghantar gengster untuk mengugut peminjam duit dan bukannya peminjam yang membawa masalah kepada ah long.

"Kerajaan juga harus memastikan bahawa pihak bank memberikan pinjaman kewangan kepada orang yang sangat memerlukan wang," tegasnya.

Menurutnya, cadangan kerajaan untuk menghukum peminjam wang adalah tidak rasional kerana individu yang menghadapi masalah duit dalam situasi kecemasan sahaja mengharapkan bantuan daripada ah long dan bukan untuk mewujudkan masalah dengan peminjam haram itu.

Sebaliknya kata beliau, rakan-rakan ah long yang bekerja untuk mengugut dan mencederakan individu yang meminjam duit perlu dikenakan hukuman lebih berat kerana mereka bertindak seperti samseng dengan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula menyokong cadangan kerajaan itu kerana ia boleh membantu menangani masalah ah long.

"Jika kita tidak meminjam duit daripada ah long, peminjam haram itu tidak akan mempunyai pelanggan dan akhirnya mereka akan muflis.

"Teori ekonomi mengatakan bahawa jika tiada permintaan, penawaran tidak akan wujud dan teori itu amat sesuai untuk dikaitkan dalam perkara ini," katanya.

Menurutnya, masalah ah long adalah disebabkan oleh individu yang meminjam duit kerana mereka yang memberi peluang kepada ah long untuk mengambil kesempatan terhadap orang ramai.

"Saya berharap undang-undang baru itu akan melibatkan hukuman terhadap individu yang bersubahat dengan ah long untuk menjalankan peminjaman haram contohnya membuat iklan dan mempromosikan pinjaman ah long,"ujarnya.

~~~ Sumber Fomca~~~



Pada setiap fasa hidup kita, kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila hidup kita berubah, maka kehendak dan keperluan hidup kita turut berubah. Perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup. Perancangan kewangan dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita; serta mengecapi kepuasan berbelanja. Perancangan kewangan perseorangan turut membantu kita mengumpulkan harta dengan cara yang paling efisyen. Lantaran itu, perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Pokoknya, perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup kita.


Biograhpy Muammar al-Gaddafi

Kolonel Muammar Abu Minyar al Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya.


Kehidupan Awal


Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Sirte. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.



Rampasan Kuasa Tentera



Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Sosialisme Islam dan Pan-Arab

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

Isnin, 7 Mac 2011

Hari Tidak Berbelanja


PDF Print E-mail

Hari Tidak Berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan yang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai.
Pada Hari Tidak Berbelanja ini, para pengguna digalakkan agar tidak membuat sebarang pembelian sepanjang hari. Idea ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang tabiat berbelanja mereka dan memikirkan tentang kepenggunaan secara keseluruhan serta kesannya terhadap budaya serta alam semula jadi.

Hari Tidak Berbelanja merupakan suatu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penggunaan yang berlebih-lebihan dalam kalangan pengguna. Matlamatnya bukan untuk menyelesaikan masalah penggunaan yang berlebih-lebihan ini dengan menggalakkan pengguna untuk tidak membuat sebarang pembelian untuk tempoh satu hari sahaja dalam setahun, tetapi melalui Hari Tidak Berbelanja ini, pengguna akan membuat pembelian yang lebih berhemat sepanjang 364 hari yang lainnya dalam tahun tersebut.

Hari Tidak Berbelanja tidak bertujuan memboikot atau membantah terhadap mana-mana pihak, tetapi lebih menjurus kepada usaha mendidik para pengguna agar menjadi lebih bijak dalam perbelanjaan harian mereka. Ia berhasrat untuk menyebarkan mesej yang jelas kepada para pengguna bahawa mereka masih dalam menjalani kehidupan dengan sejahtera walaupun tidak perlu berbelanja.

Adalah diharapkan agar Hari Tidak Berbelanja mampu mendidik para pengguna supaya meminimumkan perbelanjaan supaya mereka lebih menghargai nilai wang yang dibelanjakan setiap hari. Para pengguna akan menilai sama ada wang mereka dibelanjakan dengan sewajarnya atau tidak.

Soalan yang sering ditanya

  • Apakah maksud Hari Tidak Berbelanja?
Hari Tidak Berbelanja merupakan hari bagi anda mencabar diri anda sendiri untuk tidak membeli-belah dalam tempoh sehari, tetapi masih dapat menikmati kehidupan. Kaedahnya amat mudah. Dalam tempoh 24 jam tersebut, anda akan menjauhkan diri daripada kepenggunaan dan menjalani kehidupan tanpa membeli-belah. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan syarat mereka tidak mengeluarkan wang pada hari itu!

  • Apakah tujuannya?
Sebagai pengguna, kita seharusnya mempersoalkan barang-barang yang kita beli dan syarikat yang mengeluarkannya. Tujuannya untuk membolehkan masyarakat memikirkan tentang apakah jenis barang dan bagaimana barang tersebut boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

  • Adakah membeli-belah merupakan sesuatu yang tidak baik?
Membeli-belah tidak memberikan kemudaratan, namun ia bergantung kepada jenis barang-barang yang kita beli. Kita perlu memastikan tentang ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ sebelum berbelanja. Kita perlu mengetahui alasan ‘MENGAPA’ kita membeli sesuatu agar dapat meningkatkan corak perbelanjaan pengguna dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran.

  • Siapa yang harus terlibat?
Anda boleh melakukannya – ini merupakan hari anda – anda perlu terlibat bersama-sama. Sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda dan elakkan daripada membeli-belah pada 16 Julai 2009.

  • Apa yang boleh saya lakukan?
Apabila anda tidak melakukan sesuatu, sebenarnya anda telah melakukan sesuatu! Tindakan anda untuk bersetuju mengurangkan berbelanja adalah suatu permulaan. Hari Tidak Berbelanja merupakan hari untuk kita melawan perasaan ingin membeli barang. Ia merupakan hari bagi kita mencabar diri kita.

  • Apa yang akan saya capai?
Memang amat mencabar untuk menahan diri selama 24 jam dengan tidak membelanjakan wang. Anda akan merasa bebas daripada membeli-belah dan sedar betapa banyaknya masa lapang yang telah anda gunakan untuk membeli-belah. Dalam masa 24 jam tersebut anda akan dapat menikmati kehidupan anda. Ini merupakan satu pencapaian yang besar!

  • Adakah itu bermakna saya perlu berhenti membeli-belah sama sekali?
Adalah tidak sukar untuk berhenti daripada membeli-belah untuk satu hari dan ia tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk mencabar anda untuk memikirkan kesan barang-barang yang anda beli terhadap alam sekitar.
  • Adakah program selama satu hari ini akan membuat sebarang perubahan?
Hari Tidak Berbelanja tidak bermaksud untuk untuk mengubah cara hidup anda dalam tempoh satu hari, tetapi ia menimbulkan kesedaran berpanjangan – yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Hari Tidak Berbelanja ini akan terus terpahat dalam minda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut terhadap alam sekitar.

Bagaimana menyambut Hari Tidak Berbelanja?

Ø Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi;

Ø Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah;

Ø Makan di rumah anda daripada keluar untuk membeli makanan atau memesan makanan dari luar;

Ø Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta;

Ø Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api;

Ø Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak;

Ø Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku;

Ø Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru;

Ø Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda;

Ø Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang;

Ø Berkebun;

Ø Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah;

Ø Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai;

Ø Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak;

Ø Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka;

Ø Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan;

Ø Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek.

Ø Cari satu aktiviti percuma yang boleh dilakukan seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim.

Sedarlah Bahawa Melakukan Sesuatu Perkara Kecil Boleh Membawa Perubahan Yang Lebih Besar!


~~~~Sumber Fomca~~~~


Malaysia Pengeluar Minyak Sawit Terbesar Dunia Tapi Minyak Tak Cukup

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu kerajaan bersikap lebih telus berhubung masalah kekurangan minyak masak di pasaran yang dilihat berlaku pada setiap hujung tahun.

Setiausaha Agungnya, Muhamad Sha'ani Abdullah, berkata masalah itu mungkin berpunca daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang lambat mengagihkan subsidi atau tidak membayar subsidi.

Katanya, ia juga mungkin disebabkan kerajaan kehabisan peruntukan subsidi tahunan, sekali gus menyebabkan pengeluar yang tidak mendapat subsidi, enggan mengeluarkan minyak masak.

“Selain itu, kerajaan tidak boleh mempersalahkan peniaga kecil yang membuat pembelian panik barangan ini kerana mereka memerlukan bekalan berkenaan terutama mereka yang terbabit dalam perniagaan makanan bagi memastikan perniagaan tidak terjejas.

“Kita mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kekurangan minyak masak,” katanya sambil menambah masalah berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysia adalah antara pengeluar terbesar minyak masak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai jaminan Kabinet tidak menaikkan harga minyak masak dan bekalan itu mencukupi untuk pengguna.

Bagaimanapun, pengguna terus bimbang dengan masalah kekurangan bahan itu di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit meletakkan notis tiada bekalan minyak masak di premis.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu melakukan audit terhadap pengilang dan pemborong bagi mengelakkan masalah itu terus berlarutan.

**********************



Malaysia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, pokok kelapa sawit sepanjang jalan dari Perlis sampai ke Johor tapi minyak masak tak cukup. Apa dah jadi!!!

Apa komen anda??

Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran

BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.


''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Beliau berkata, sayur-sayuran bukan sahaja boleh ditanam di atas tanah sekitar rumah malah ia boleh dilakukan di kawasan terhad dengan mengguna pasu dan beg plastik di rumah termasuk rumah pangsa.

Sebagai contoh katanya, kempen itu seperti dianjurkan oleh Felda melalui program laman dapur beberapa tahun lalu telah berjaya menurunkan harga sayuran-sayuran.

"Saya berharap kempen tanam sendiri FOMCA ini akan menggalakkan penguna menanam lebih banyak sayur-sayuran dikawasan perumahan bagi kegunaan sendiri," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mahukan kempen yang dijalankan oleh FOMCA dapat dijalankan sepanjang masa bagi menggalakkan orang ramai dan penguna mengusahakan tanaman sendiri.

Kempen yang bermula sejak tiga tahun lalu itu katanya, berjaya menggalakkan 65 peratus penguna menanam sayur di kawasan rumah.

Tambahnya, 35 peratus lagi disebabkan ketiadaan masa kerana jadual bekerja yang terlalu ketat.

~~ Sumber Fomca~~


Takan nak tanam sayur aja, barangan lain tak payah beli ke minyak masak, beras dan lain-lain. Lepas ni kita tanam tebu pulak tak payah beli gula.

So apa komen anda??



wow mendadak point aku naik kat manggaonline



Kat manggaonline ada blogger yang masuk dalam friend list terus aku dapat point, point that's mean duit lah, bulan Mac ni aku nak tengok berapa banyak aku dapat kalau ok aku akan terus support manggaonline.

Aku lebih berkeyakinan dengan manggaonline kerana ianya di bantu oleh rangkaian surat khabar utama Malaysia, so far not bad.

Ahad, 6 Mac 2011

Aku dah letih dengan Nuffnang


Bermula dengan 3 LANGKAH MUDAH:

5 SEBAB UTAMA
mengapa ManggaAd adalah Rangkaian Iklan Blog TERBAIK di Malaysia!

KEUNTUNGAN YANG LEBIH TINGGI. BAYARAN YANG CEPAT DAN MUDAH.
DASHBOARD AHLI YANG MENARIK. RANGKAIAN SOSIAL UNTUK PENULIS BLOG.
DISOKONG SYARIKAT MEDIA BERPENGARUH.


3 Sebab Mengapa Pengiklan Perlu Menggunakan ManggaOnline Ad Network

Iklan-iklan Sosial

Iklan menjadi interaktif dengan penambahan komen dan pengundian. Dapatkan maklum balas segera dari pengguna tentang iklan-iklan yang disukai.

Iklan Pelbagai Bentuk

Mulakan satu kempen pengiklanan sahaja dan sistem kami akan memilih bentuk iklan yang paling sesuai untuk keperluan anda.

Mengoptimumkan Iklan-iklan Dengan Kos Minima

Iklan menjadi interaktif dengan penambahan komen dan pengundian. Dapatkan maklum balas segera dari pengguna tentang iklan-iklan yang disukai.

Aku dah letih dengan nuffnang , blogging dah masuk 3 bulan baru dapat RM 1.00 ..ciput. Nampaknya nuffnang ni memang pilih kasih . Biarlah aku hilang status keahlian Glitteriti kerana ianya sudah tidak memberi makna lagi. Sekarang aku join manggaonline tak sampai sebulan duit dah masyuk, menyesal aku delete manggaonline dulu sebab nak kejar status keahlian Glitteriti , sekarang aku nekad jadi ahli biasa nuffnang ajer.

Jumaat, 4 Mac 2011

Trend Lelaki Bimbit Tas Tangan Wanita


Lelaki bimbit tas tangan wanita : Tak macho tapi nampak seperti budiman

Ramai lelaki cuba menonjolkan sifat budiman sama ada melalui tingkah laku, pertuturan, penampilan atau etika diri dengan pelbagai sebab dan alasan paling kerap dilakukan tentunya untuk kelihatan menarik di mata wanita.
Gelagat golongan Adam berlagak ‘gentleman’ yang biasa dilihat terutama di dalam kelompok lelaki Asia adalah aksi mereka menjinjit tas tangan milik isteri atau teman wanita ketika membeli-belah.

Pertolongan dihulurkan itu kelihatan tulus ikhlas tapi kadangkala boleh mengundang rasa jelak daripada khalayak mungkin kerana pelakunya banyak terdiri daripada golongan di bawah umur.

Namun, tidak ada hukum mengatakan ia dosa atau salah tapi tetap ada yang mencemuh mungkin kerana nampak seperti tidak kena gaya.

RATU cuba merungkai isu itu dengan mendapatkan pandangan daripada wanita sendiri, mungkin boleh dijadikan panduan bagi golongan lelaki.

Sokong

Pelajar, Hafieza Ariffin, 22.

“TINDAKAN itu nampak seperti tidak ada salahnya. Kalau lelaki boleh tolong bawakan beg plastik untuk isteri atau kekasihnya sama saja jika dia tolong bawakan beg tangan.

“Konsepnya adalah tolong-menolong. Mana tahu, jikalau beg itu berat sangat dan wanita itu perlukan pertolongan untuk ringankan beban menyandang beg,” katanya.

Suri Rumah, Nor Fazuliana Johari, 22.

“APABILA ada anak kecil, dia memerlukan pertolongan suami untuk membawa tas tangannya tatkala keluar ke mana-mana. Saya suka bila suami tawarkan diri untuk memegang beg kerana dia malas mendukung anak. Jadi, ringan sikit beban lagipun mengendong anak dan beg sekali gus tentunya boleh mengundang masalah lain seperti diragut,” katanya.

Tak sokong

Usahawan, Roslawati Ramly, 39.

“MENGAKUI tidak akan sesekali membenarkan lelaki menyandang tas tangannya kerana aksi lelaki sebegitu nampak pelik. Tak macho lelaki begitu malah secara peribadi, saya sendiri tak suka lihat lelaki bimbit tas tangan teman wanita atau isteri kecuali pegang sebentar sementara ingin ke tandas.

“Selalunya anak muda sering bersikap begini mungkin kerana ingin menunjukkan sikap mengambil berat demi untuk memenangi hati teman wanitanya. Tapi bagi saya, untuk kelihatan budiman dan penyayang, lelaki juga perlu kelihatan macho. Jadi, dalam apa juga tindakan, biarlah kena pada tempat,” katanya.

Usahawan, Aff Fridawati Dahlan, 29.

“LELAKI tidak sesuai mengendong tas tangan wanita walau berada dalam apa juga situasi dan tempat. Saya akui, rimas apabila melihat atau berdepan lelaki yang sering menawar diri untuk membawa tas tangan saya apabila keluar bersama.

“Mungkin wanita yang berada di dalam situasi itu terpaksa akur dengan sikap lelaki terutama budak muda yang kononnya mahu tunjukkan sifat budiman. Jika menolak, bimbang dikata tidak menghargai tapi jujur dikatakan, lelaki memang tidak sesuai membawa tas tangan wanita,” katanya.

~~ Sumber Berita Harian~~

***********************************

Selalu jugaklah saya tengok kat shopping complex lelaki yang tolong pegang beg tangan teman wanita atau isteri mereka. Tapi pada saya secara peribadi memang tak berapa berkenan tengok lelaki bawa beg tangan wanita maklumlah dalam beg tangan tu kan ada macam-macam benda terutamanya duit seolah-oleh lelaki tersebut macam nak kontrol duit perempuan pulak, lelaki yang macho tak mau pengang beg tangan wanita sebab dia rasa malu walaupun setengah orang akan anggap budiman. Beg tangan wanita bukan berat sangat sampai nak tolong pegang lain lah kalau tolong pegang beg plastik shopping ker yang berat-berat tu. Beg tangan wanita ni hak peribadi tau bukan sebarangan orang boleh buka atau pegang .

Apa komen anda????

Rabu, 2 Mac 2011

Katakan Tidak Pada Asid

Mangsa-mangsa asid di seluruh dunia.
Jadi Katakan Tidak Pada Asid!!
Bayangkan penderitaan mangsa asid ini




Zambia


Amerika
Bangladesh

Pakistan

Libya

Combodia
Vietnam

Malaysia
Indonesia

Tikus yang memerintah Kuil di India





Pernah dengar tak kuil yang menghormati dan memuja tikus . Lihat lah foto-foto ini.

Ianya mungkin terdengar seperti mimpi buruk bagi kebanyakkan negara tapi di kota kecil barat laut India di Deshnoke, ianya adalah tempat ibadah terkenal iaitu Rajastan's Karni Mata Temple.

Candi Hindu yang dibina oleh Maharaja Ganga Singh di awal tahun 1900-an adalah sebagai penghormatan kepada dewi tikus, Karni Mata. Hiasan marmar , emas dan perak ditemui pada garis panel pintu masuk dan lantai sebagai dekorasi seluruh kuil ini.

Namun setakat ini aspek yang paling menarik dari interior kuil ini adalah 20,000 ekor tikus aneh yang menduduki kuil ini . Haiwan-haiwan suci ini dipanggil kabbas, dan banyak orang melakukan perjalanan jarak jauh untuk memberikan penghormatan kepada tikus-tikus di kuil ini.

Legenda menyatakan bahawa Karni Mata, seorang ibu pemimpin mistik dari abad ke-14, adalah jelmaan Durga, dewi kekuasaan dan kemenangan. Pada beberapa tahap semasa hayatnya, anak dari salah satu kaumnya meninggal. Dia berusaha untuk membawa kembali anak itu ke dunia sebenar dan telah diberitahu oleh Yama iaitu dewa kematian bahawa dia telah berinteraksi dengan si mati.

Karni Mata memutuskan kesepakatan dengan Yama semenjak dari itu semua orang yang mati dia akan dilahirkan semula sebagai tikus sampai mereka boleh dilahirkan kembali ke syurga.

~~Sumber National Geographic~~


Ainul ada tengok rancangan ni kat Astro . Pengikut Hindu yang percaya pada tikus-tikus ini akan berkongsi makanan seperti pisang , setiap kali tikus ni mengigit pisang maka dia pun akan mengigit pisang tu jugak manakala susu yang di minum oleh tikus-tikus ni akan di minum pula oleh pengikut tersebut dan di basahkan pada rambunya.

Kadang-kadang terfikir juga saya bukankah tikus ni pembawa penyakit dan ditakuti oleh seluruh dunia tapi dalam rancangan itu menyatakan setiap kali pengikut agama tersebut sakit mereka akan pergi ke kuil untuk membiarkan diri digigit oleh tikut-tikus tersebut dan tidak lama kemudian penyakit tu akan sembuh..pelik !!!!

Manusia ni bila dah terlalu taksub dengan sesuatu perkara mereka dah tak dapat nak berfikir lagi contohnya macam pengikut Ayah Pin (kerajaan langit) tu sampai sanggup minum air basuhan kaki beliau power betul Ayah Pin ni so apa komen anda tentang hal ni ????