Hari Tidak Berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan yang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai. Pada Hari Tidak Berbelanja ini, para pengguna digalakkan agar tidak membuat sebarang pembelian sepanjang hari. Idea ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang tabiat berbelanja mereka dan memikirkan tentang kepenggunaan secara keseluruhan serta kesannya terhadap budaya serta alam semula jadi. Hari Tidak Berbelanja merupakan suatu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penggunaan yang berlebih-lebihan dalam kalangan pengguna. Matlamatnya bukan untuk menyelesaikan masalah penggunaan yang berlebih-lebihan ini dengan menggalakkan pengguna untuk tidak membuat sebarang pembelian untuk tempoh satu hari sahaja dalam setahun, tetapi melalui Hari Tidak Berbelanja ini, pengguna akan membuat pembelian yang lebih berhemat sepanjang 364 hari yang lainnya dalam tahun tersebut. Hari Tidak Berbelanja tidak bertujuan memboikot atau membantah terhadap mana-mana pihak, tetapi lebih menjurus kepada usaha mendidik para pengguna agar menjadi lebih bijak dalam perbelanjaan harian mereka. Ia berhasrat untuk menyebarkan mesej yang jelas kepada para pengguna bahawa mereka masih dalam menjalani kehidupan dengan sejahtera walaupun tidak perlu berbelanja. Adalah diharapkan agar Hari Tidak Berbelanja mampu mendidik para pengguna supaya meminimumkan perbelanjaan supaya mereka lebih menghargai nilai wang yang dibelanjakan setiap hari. Para pengguna akan menilai sama ada wang mereka dibelanjakan dengan sewajarnya atau tidak. Soalan yang sering ditanya
Bagaimana menyambut Hari Tidak Berbelanja? Ø Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi; Ø Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah; Ø Makan di rumah anda daripada keluar untuk membeli makanan atau memesan makanan dari luar; Ø Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta; Ø Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api; Ø Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak; Ø Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku; Ø Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru; Ø Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda; Ø Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang; Ø Berkebun; Ø Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah; Ø Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai; Ø Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak; Ø Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka; Ø Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan; Ø Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek. Ø Cari satu aktiviti percuma yang boleh dilakukan seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim. Sedarlah Bahawa Melakukan Sesuatu Perkara Kecil Boleh Membawa Perubahan Yang Lebih Besar!~~~~Sumber Fomca~~~~ |
Isnin, 7 Mac 2011
Hari Tidak Berbelanja
Malaysia Pengeluar Minyak Sawit Terbesar Dunia Tapi Minyak Tak Cukup
Setiausaha Agungnya, Muhamad Sha'ani Abdullah, berkata masalah itu mungkin berpunca daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang lambat mengagihkan subsidi atau tidak membayar subsidi.
Katanya, ia juga mungkin disebabkan kerajaan kehabisan peruntukan subsidi tahunan, sekali gus menyebabkan pengeluar yang tidak mendapat subsidi, enggan mengeluarkan minyak masak.
“Selain itu, kerajaan tidak boleh mempersalahkan peniaga kecil yang membuat pembelian panik barangan ini kerana mereka memerlukan bekalan berkenaan terutama mereka yang terbabit dalam perniagaan makanan bagi memastikan perniagaan tidak terjejas.
“Kita mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kekurangan minyak masak,” katanya sambil menambah masalah berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysia adalah antara pengeluar terbesar minyak masak.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai jaminan Kabinet tidak menaikkan harga minyak masak dan bekalan itu mencukupi untuk pengguna.
Bagaimanapun, pengguna terus bimbang dengan masalah kekurangan bahan itu di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit meletakkan notis tiada bekalan minyak masak di premis.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu melakukan audit terhadap pengilang dan pemborong bagi mengelakkan masalah itu terus berlarutan.
Apa komen anda??
Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.
Beliau berkata, sayur-sayuran bukan sahaja boleh ditanam di atas tanah sekitar rumah malah ia boleh dilakukan di kawasan terhad dengan mengguna pasu dan beg plastik di rumah termasuk rumah pangsa.
Sebagai contoh katanya, kempen itu seperti dianjurkan oleh Felda melalui program laman dapur beberapa tahun lalu telah berjaya menurunkan harga sayuran-sayuran.
"Saya berharap kempen tanam sendiri FOMCA ini akan menggalakkan penguna menanam lebih banyak sayur-sayuran dikawasan perumahan bagi kegunaan sendiri," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mahukan kempen yang dijalankan oleh FOMCA dapat dijalankan sepanjang masa bagi menggalakkan orang ramai dan penguna mengusahakan tanaman sendiri.
Kempen yang bermula sejak tiga tahun lalu itu katanya, berjaya menggalakkan 65 peratus penguna menanam sayur di kawasan rumah.
Tambahnya, 35 peratus lagi disebabkan ketiadaan masa kerana jadual bekerja yang terlalu ketat.
~~ Sumber Fomca~~
Takan nak tanam sayur aja, barangan lain tak payah beli ke minyak masak, beras dan lain-lain. Lepas ni kita tanam tebu pulak tak payah beli gula.
So apa komen anda??
wow mendadak point aku naik kat manggaonline
Aku lebih berkeyakinan dengan manggaonline kerana ianya di bantu oleh rangkaian surat khabar utama Malaysia, so far not bad.