1. Elaun perumahan
Elaun perumahan setiap tahun dah cukup untuk hilangkan risau anda nak cari duit untuk bayar sewa bulanan rumah. Membantu ke tak?
2. Cost of living allowance (COLA)
Kerja dalam bandar besar macam KL, JB, Melaka dan kawasan Selangor mahal? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol, parking, minyak, dll. COLA pula dibayar ikut kawasan bandar mana anda bekerja!
3. Imbuhan tetap khidmat awam (LTKA)
Semua kakitangan awam akan terima satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat untuk negara. Bukan setakat dihargai, tapi kerajaan beri juga imbuhan untuk memberitahu anda yang khidmat anda sentiasa diperlukan.
4. Kenaikan gaji setiap tahun
Ini memang tak dapat dinafi, kenaikan gaji kerja kerajaan menang konsisten. Lagi lama berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Mana nak dapat kalau bekerja di sector swasta atau bekerja sendiri.
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. Kerajaan memang akan bantu dapatkan kemudahan-kemudahan yang anda perlukan.
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Cuti biasanya diberikan paling munimum 14 hari untuk pekerja am. Kalau anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. Cuti pun ada kenaikan tau!
7. Pinjaman perumahan
Ambil perhatian: Anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu sebuah rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘pent house‘ idaman anda.
8. Peluang kenaikan pangkat
Siapa tak nak naik pangkat, betul tak? Naik pangkat mewakili satu pakej yang ramai orang idamkan – naik gaji dan naik level lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos untuk diri sendiri la ni.
9. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. Hebat tu! Dan untuk makluman, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran . Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. Tak perlu lagi turun naik tangga buat pembentangan untuk pohon pinjaman dari pihak lain.
10. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Memang tak tipu, anda akan dapat lebih banyak masa (kadang-kadang rasa berlebih pun ada!) bersama keluarga berbanding ‘kehidupan swasta’ sebelum ini. Selain itu, banyak juga kerja-kerja yang dulu terbengkalai di rumah semasa kerja awasta boleh disiapkan selain boleh luangkan banyak masa di rumah.
Banyak betul kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Tapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini? Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu.