Ahad, 19 Disember 2010

Kisah Maher Zain



Kehidupan awal

Maher Zain lahir pada 1981 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam

Aeronautical Engineering [1] Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal .

Kerjaya

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik [2], Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan

Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne [2] dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.

Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, [3] [4] dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.

Kisah Osama bin Laden

Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عود بن لادن) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.

Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.

Pendidikan dan Masa Mudanya

Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Perjalanan Hidupnya

Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.

Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.

Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.

Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993,dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.

Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.

Empat belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.

Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

Hugh Marston Hefner


Hugh Marston Hefner (born April 9, 1926) is an American magazine publisher, founder and chief creative officer of Playboy Enterprises.

Hefner was born in Chicago, Illinois, the elder of two sons born to Grace Caroline (née Swanson; 1895–1997) and Glenn Lucius Hefner (1896–1976), both teachers.[2][3] Hefner's mother was of Swedish descent and his father had German and English ancestry;[4][5] on his father's side, Hefner is a direct descendant of Plymouth governor William Bradford.[6][7] He has described his family as "conservative, Midwest, Methodist".[8] He went to Sayre Elementary School and Steinmetz High School, then served as a writer for a military newspaper in the U.S. Army from 1944 to 1946. He later graduated from the University of Illinois at Urbana-Champaign with a B.A. in psychology with a double minor in creative writing and art in 1949, earning his degree in two and a half years. After graduation, he took a semester of graduate courses in sociology and women and gender studies at Northwestern University but dropped out soon after.[9]

Working as a copywriter for Esquire, he left in January 1952 after being denied a $5 raise. In 1953, he mortgaged his furniture, generating a bank loan of $600 (or $800—he cannot recall which) and raised $8,000 from 45 investors— including $1,000 from his mother ("Not because she believed in the venture," he told E! in 2006. "But because she believed in her son") – to launch Playboy, which was initially going to be called Stag Party. The undated first issue, published in December 1953, featured Marilyn Monroe from her 1949 nude calendar shoot. Hefner, who never met Monroe, bought the crypt next to hers at the Westwood Village Memorial Park Cemetery.[10]

Personal life

Hefner married Northwestern University student Mildred Williams in 1949. They had two children, Christie (born November 8, 1952) and David (born August 30, 1955).[11] Before the wedding, Mildred confessed that she had had an affair while he was away in the Army; he called the admission "the most devastating moment of my life." A 2006 E! True Hollywood Story profile of Hefner revealed that Mildred allowed him to sleep with other women, out of guilt for her infidelity and in the hopes that it would preserve their marriage. They divorced in 1959.

Hefner remade himself as a bon vivant and man about town, a lifestyle he promoted in his magazine and two TV shows he hosted, Playboy's Penthouse (1959–1960) and Playboy After Dark (1969–1970). He admitted to being "'involved' with maybe eleven out of twelve months' worth of Playmates" during some of these years.[12] Donna Michelle, Marilyn Cole, Lillian Müller, Shannon

Tweed, Brande Roderick, Barbi Benton, Karen Christy, Sondra Theodore, and Carrie Leigh—who filed a $35 million palimony suit against him—were a few of his many lovers. In 1971, he acknowledged that he experimented in bisexuality[13] and moved from Chicago to Los Angeles.

Hefner had a minor stroke in 1985 at age 59. After re-evaluating his lifestyle, he made several changes. The wild, all-night parties were toned down significantly and in 1988, daughter Christie began to run the Playboy empire. The following year, he married Playmate of the Year Kimberley Conrad. The couple had two sons, Marston Glenn (born April 9, 1990) and Cooper Bradford (born September 4, 1991).[14] The E! True Hollywood Story profile noted that the notorious Playboy Mansion had been transformed into a family-friendly homestead. After he and Conrad separated in 1998, Conrad moved into a house next door to the mansion. According to an update on Hefner's twitter account on April 25, 2010, Conrad and her mother are moving to Reno in a new home to be closer to family.

Hefner then began to move an ever-changing coterie of young women into the Mansion, even dating up to seven girls at once; among them, Brande Roderick, Izabella St. James, Tina Marie Jordan, Holly Madison, Bridget Marquardt, Rachael O'Neill, and Kendra Wilkinson. The reality television series The Girls Next Door depicted the lives of Madison, Wilkinson and Marquardt at the Playboy Mansion.[15] In October 2008, all three girls made the choice to leave the mansion. Hefner was quick to rebound and soon began dating his new "Number One" girlfriend, Crystal Harris,[16] along with 20-year-old identical twin models Kristina and Karissa Shannon.[17] The relationship with the twins ended in January 2010.[18] After an 11-year separation, Hefner filed for divorce from Conrad stating irreconcilable differences.[19] Hefner has said that he only remained married to her for the sake of his children,[20] and his youngest child had just turned 18.[14] The divorce was finalized in March 2010.[21]

Hefner is in talks about making a film about his life.[22] He has a star on the Hollywood Walk of Fame for television and has made several movie appearances as himself. In 2010, he received a "worst supporting actor" nomination for a Razzie award for his performance in Miss March.

Legal controversies

On June 4, 1963, he was arrested for selling obscene literature after an issue of Playboy featuring nude shots of Jayne Mansfield was released. A jury was unable to reach a verdict.

His former secretary, Bobbie Arnstein, was found dead in a Chicago hotel room after an overdose of drugs in January 1975. Hefner called a press conference to allege that she had been driven to suicide by narcotics agents and federal officers. Hefner further claimed the government was out to get him because of Playboy's philosophy and its advocacy of more liberal drug laws.[23][24]

Politics and philanthropy

The Hugh Hefner First Amendment Award was created by Christie Hefner "to honor individuals who have made significant contributions in the vital effort to protect and enhance First Amendment rights for Americans."

He has donated and raised money for the Democratic Party.[25]

After it was rejected by Esquire magazine in 1955, Hefner agreed to publish in Playboy Charles Beaumont's science fiction short story, "The Crooked Man," about straight men being persecuted in a world where homosexuality was the norm. After receiving angry letters to the magazine, Hefner wrote a response to criticism where he said, "If it was wrong to persecute heterosexuals in a homosexual society then the reverse was wrong, too." Hefner is portrayed as a gay rights pioneer in the documentary film, Hugh Hefner: Playboy, Activist and Rebel.[26]

In 1978 Hefner helped organize fund-raising efforts that led to the restoration of the Hollywood Sign, Hefner hosted a gala fundraiser at the Playboy Mansion and personally contributed $27,000 (or 1/9th of the total restoration costs) by 'purchasing' the letter Y in a ceremonial 'auction'.[27]

Hefner donated $100,000 to the University of Southern California's School of Cinematic Arts to create a course called "Censorship in Cinema", and $2 million to endow a chair for the study of American film.[28]

Both through his charitable foundation and individually, Hefner also contributes to charities outside the sphere of politics and publishing, throwing fundraiser events for Much Love Animal Rescue, as well as Generation Rescue,[29] a controversial autism campaign organization supported by Jenny McCarthy.

On April 26, 2010 he donated the last $900,000 sought by a conservation group for a land purchase needed to save the famed vista of the Hollywood Sign from being spoiled by development.[30]

Documentary

A new documentary by Brigitte Berman, Hugh Hefner: Playboy, Activist and Rebel was released on July 30, 2010. This was reportedly the first time that Hefner granted full access to a documentary filmmaker.[31]

Popeye the sailor man



Popeye the Sailor ialah seorang perwira cereka yang terkenal kerana muncul dalam bahan komik dan filem dan rancangan televisyen animasi. Popeye dicipta oleh Elzie Crisler Segar,[1] dan muncul buat julung kali dalam komik strip harian King Features Thimble Theatre pada 17 Januari 1929. Popeye kini juga menjadi tajuk komik strip ini juga.

Walaupun komik Thimble Theatre yang mula-mula dicetak pada 19 Disember 1919, sudah mencecah usia 10 tahun ketika Popeye muncul buat kali pertama, dengan cepatnya watak pelaut ini menjadi tumpuan utama yang menjulang Thimble Theatre di kalangan harta-harta King Features paling terkemuka pada 1930-an. Setelah Segar meninggal dunia pada 1938, Thimble Theatre disinambungkan oleh ramai penulis dan penulis, khususnya pembantu Segar iaitu Bud Sagendorf. Komik strip yang kini bertajuk Popeye masih mengeluarkan siri siaran pertamanya dalam edisi Ahad, digarap oleh Hy Eisman. Strip harian pula adalah cetakan semula kisah-kisah garapan Sagendorf yang lama.

Pada tahun 1933, Fleischer Studios milik Max dan Dave Fleischer mengadaptasi watak-watak Thimble Theatre ke dalam siri filem kartun ringkas berjudul Popeye the Sailor untuk Paramount Pictures. Kartun-kartun ini terbukti mendapat antara sambutan terhangat pada 1930-an, mendorong adik-beradik Fleischers, dan kemudian Famous Studios milik Paramount sendiri, untuk meneruskan penerbitannya sehingga tahun 1957. Kartun-kartun klasik ini dimiliki oleh Turner Entertainment, sebuah anak syarikat Time Warner.

Selama bertahun-tahun ini, Popeye juga muncul dalam buku komik, kartun televisyen, permainan arked dan video, beratus-ratus iklan dan barang dagangan, dan sebuah filem lakonan hidup keluaran tahun 1980, arahan Robert Altman yang dibintangi oleh pelawak Robin Williams sebagai Popeye.

Barbie Stamps

Barbie ialah sejenis alat permainan anak patung yang terkenal di dunia. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.

Dia gadis jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi hakikatnya dia hanyalah anak patung!

Kenalkah anda pada Babie? Siapakah yang memperkenalkan anak patung ini kepada dunia?

Ruth Handler antara pengasas syarikat alat permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.

Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.

Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.

Bagaimanakah anak patung Barbie mendapat namanya?

Pencipta anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth.

Mickey Mouse

Mickey Mouse adalah seorang watak kartun berbentuk haiwan yamg bercirikan manusia yang menjadi lambang terulung The Walt Disney Company. Dia direka pada tahun 1928 (dan disuarakan pada asalnya) oleh Walt Disney. Disney meraikan kelahiran Mickey pada 18 November, 1928 dengan pelancaran filem animasi Steamboat Willie. Si tikus ini berevolusi dari sekadar watak animasi dan komik menjadi salah satu lambang paling dikenali di dunia.

Walt Disney membekalkan suara Mickey Mouse dari 1928 hingga 1946, apabila penata kesan bunyi James G. MacDonald mengambil alih. Mickey kemudian disuarakan Wayne Allwine. Namun, setelah kematian Allwine pada tahun 2009, Mickey kini disuarakan oleh Bret Iwan.

Disney berkata beliau menerima ilham untuk mereka Mickey daripada seekor tikus yang ditemui di studio Laugh-O-Gram yang gagai di Kansas City, Missouri yang digelar beliau sebagai Mortimer Mouse.

Mickey direka sebagai pengganti Oswald the Lucky Rabbit, bintang terdahulu yang dicipta oleh studio Disney untuk Charles Mintz dari Universal Studios. Sebenarnya, wajah Mickey sewaktu penampilan pertamanya banyak menyerupai Oswald. Apabila Disney meminta Mintz untuk belanjawan yang lebih bagi siri Oswald, Mintz mengumumkan bahawa beliau telah mengupah kebanyakan pekerja Disney tetapi Disney boleh meneruskan siri Oswald selagi beliau bersetuju dengan potongan belanjawan itu dan membayarnya. Mintz memiliki Oswald dan menyangka beliau telah mengambil kesempatan terhadap Disney. Ini memarahkan Disney yang kemudiannya menolak tawaran tersebut lalu kembali ke California untuk menerbitkan kartun-kartun terakhir Oswald yang dihutangkan kepada Mintz mengikut kontrak antara mereka. Disney terkilan oleh pengkhianatan pekerja-pekerja beliau namun tekad untuk memulakan kerjayanya semula. Studio Disney yang baru dahulunya merangkumi animator Ub Iwerks dan seorang perantis yang setia, Les Clark. Sat pengajaran yang dipelajari Disney daripada pengalaman ini adalah untuk senantiasa memastikan bahawa beliau memiliki semua hak milik terhadap watak-watak yang diterbitkan oleh syarikatnya.

"Kami berasa bahawa orang ramai, khususnya kanak-kanak, menyukai haiwan yang comel dan kecil. Saya rasa kami banyak berhutang kepada Charlie Chaplin untuk idea ini. Kami hendakkan sesuatu yang menarik, lalu kami teringatkan seekor tikus yang kecil yang memiliki ciri-ciri gelagat Chaplin — si kecil yang sentiasa melakukan yang terbaik dengan sebaik mampu."
"Apabila orang tertawakan Mickey Mouse, ini kerana dia bersifat kemanusiaan; maka itulah rahsia popularitinya."
"Saya cuma berharap agar kita tidak lupa terhadap satu perkara — bahawa segalanya bermula kerana seekor tikus." — Walt Disney[1]

Plane Crazy

Mickey dan Minnie Mouse muncul buat julung kali bersama dalam filem kartun pendek Plane Crazy, pada 15 Mei 1928. Kartun ini diarah oleh Walt Disney dan Ub Iwerks. Iwerks juga ialah animator utama untuk filem ini, dan dilaporkan bahawa beliau mengambil masa enam minggu mengusahakan kartun ini. Sebenarnya, Iwerks ialah animator utama untuk setiap filem pendek Disney yang dikeluarkan pada tahun 1928 dan 1929. Hugh Harman dan Rudolf Ising turut membantu Disney ketika itu. Mereka sudah menandatangani kontrak bersama Charles Mintz yang meskipun begitu masih dalam proses membentuk studio baru beliau maka untuk sementara waktu mereka masih bekerja untuk Disney. Filem pendek ini merupakan kerja animasi terakhir mereka dalam situasi yang agak janggal ini.

Plot Plane Crazy agak ringkas. Mickey kelihatan cuba menjadi juruterbang dengan mencontohi Charles Lindbergh. Setelah membina kapal terbang sendiri, dia terus menjemput Minnie menyertainya untuk penerbangan pertama, di mana dia berkali-kali cuba mengucup Minnie dan gagal, lalu cuba lagi secara paksa. Minnie pun menerjun keluar dari kapal terbang. Mickey yang memerhati Minnie hilang kawalan kapal terbangnya. Dari detik itulah bermulanya penerbangan luar kawalan yang menyebabkan situasi melucukan berturut-turut dan akhirnya kapal terbang terhempas.

Mickey dalam Plane Crazy bersifat nakal, berahi, dan kelihatan jahat oleh ramai orang. Bagaimanapun, apabila julung kali dikeluarkan, Plane Crazy kelihatan gagal menarik hati penonton, dan lebih buruk lagi, Walt tidak dapat mencari pengedar. Meskipun jelas kecewa, Walt terus membikin filem pendek Mickey yang seterusnya: The Gallopin' Gaucho.

Pertemuan pertama dengan Black / Peg Leg Pete

The Gallopin' Gaucho sekali lagi diarah oleh Walt Disney dan Ub Iwerks, dengan Iwerks sebagai satu-satunay animator kali ini. Filem pendek ini dimaksudkan sebagai parodi filem The Gaucho oleh Douglas Fairbanks yang dikeluarkan julung kali pada 21 November 1927. Berikutan filem asal, peristiwa-peristiwa filem ini berlaku di tanah Pampas Argentina. Gaucho dalam tajuk ini tidak lain dari Mickey sendiri. Dia pertama kali dilihat menunggang burung rhea dan bukannya kuda seperti yang disangkakan. Dia kemudiannya menemui "Cantina Argentina," iaitu kelihatannya kedai minuman and restoran tempatan. Mickey terus memasuki tempat itu dan mengambil tempat duduk. Dia kelihatan cuma hendak beristirahat dengan minum dan merokok. Turut hadir dalam restoran itu ialah Pegleg Pete (kemudian dinamakan Black Pete, atau Pete sahaja), seorang penjenayah yang dikehendaki dan juga pelanggan restoran itu, serta Minnie Mouse, pelayan dan penari restoran yang tengah mempersembahkan tarian tango. Kedua-dua pelanggan itu kemudian mula bermain cinta dengan Minnie sambil berlawan sesama sendiri. Kemudian Pete menculik Minnie dan cuba melarikan diri dengan menunggang kuda. Mickey pun mengejarnya dengan menunggang burungnya. Mickey berjaya memintasi lawannya dan maka mereka kemudian berlawan pedang. Akhirnya, Mickey menang lalu menarik hati Minnie.

Dalam temuramah seterusnya, Iwerks mengulas bahawa Mickey dalam The Gallopin' Gaucho dimaksudkan untuk menjadi seorang wira dan pengembara yang dibentuk sempena Fairbanks. Filem ini menandakan pertemuan pertama antara Mickey dan Pete, seorang watak yang sedia ada sebagai antagonis dalam kedua-dua siri Alice Comedies dan Oswald. Berdasarkan peranan Mickey dan Minnie yang tidak kenal satu sama lain sebelum penghujungnya, adalah dipercayai bahawa pertemuan sebelumnya sepatutnya disertakan dalam cereka itu. Penonton masa kini pernah mengulas bahawa ketiga-tiga watak nampaknya sedang menaikkan diri mereka daripada latar belakang kasar dan berkelas bawahan yang jauh berbeza berbanding perwatakan mereka masa kini. Kesannya, filem pendek ini dikatakan penting dalam sejarah Mickey.

Bagaimanapun, ketika pembikinan asal filem ini, Walt sekali lagi gagal mencari pengedar. The Gallopin' Gaucho akhirnya dikeluarkan pada 30 Disember 1928, berikutan sebuah lagi filem pendek Mickey. Adalah dilaporkan bahawa Mickey mula-mulanya didapati terlalu serupa dengan Oswald maka nampaknya tidak ramai yang meminatinua. Walt kemudiannya mula mencari jalan untuk membezakan siri Mickey Mouse daripada karya-karya beliau yang sebelumnya dan pesaing-pesaingnya. Hasil pencarian jalan itu ialah filem pendek Mickey ketiga yang dibikin, kedua yang dikeluarkan dan pertama yang betul-betul memikat penonton: Steamboat Willie.

Penambahan bunyi

Steamboat Willie julung kali dikeluarkan pada 18 November 1928 dan merupakan arahan bersama Walt Disney dad Ub Iwerks. Iwerks sekali lagi menjadi ketua animator, dengan bantuan Johnny Cannon, Les Clark, Wilfred Jackson dan Dick Lundy. Filem ini dimaksudkan sebagai parodi Steamboat Bill Jr. oleh Buster Keaton yang keluar pada 12 Mei tahun yang sama. Meskipun cuma yang ketiga pernah dibikin, namun Steamboat Willie ialah kartun Mickey pertama yang berjaya mencari pengedar, maka dianggap ramai sebagai penampilan sulung Mickey. Willie menampilkan perubahan dalam wajah Mickey (terutamanya, melukis matanya sebagai titik besar) yang menetapkan wajahnya untuk kartun-kartun berikutnya.

Kartun ini bukan kartun pertama yang disertakan runut bunyi yang berhubung pada aksinya. Fleischer Studios yang diketuai adik-beradik Dave dan Max Fleischer, sudah mengeluarkan sebilangan kartun berbunyi menggunakan sistem DeForest pada pertengahan 1920an. Bagaimanapun, kartun-kartun ini tidak dapat memastikan bunyi selaras sepanjang filem. Bagi Willie pula, Disney memastikan bunyi dirakam dengan runut penanda yang memastikan para pemuzik mengikut rentak. Ketepatan pengaturan masa ini kelihatan ketika babak "Turkey in the Straw", apabila gerakan Mickey kena tepat-tepat dengan alat muzik yang mengiringinya. Ahli sejarah animasi telah lama berdebat mengenai identiti komposer muzik asal filem ini, dengan menyebut nama-nama Wilfred Jackson, Carl Stalling, Bert Lewis dan sebagainya, namun jawapannya masih belum jelas. Walt Disney sendiri menyuarakan Mickey dan Minnie.

Lakon layar menyaksikan Mickey berkhidmat di atas Steamboat Willie di bawah arahan Kapten Pete. Mulanya dia dilihat mengemudi kapal wap sambil bersiul. Kemudian Pete tiba untuk mengambil alih kemudi dan mencampak Mickey keluar dari anjung-anjung kapal dengan rasa marah. Mereka perlu berhenti untuk mengangkut barang muatan. Sebelum berlepas lagi, Minnie tiba, nampaknay sepautunya menjadi satu-satunya penumpang kapal tetapi tiba lewat. Mickey dapat mengambilnya naik dari tepi sungai. Minnie tercicir muzik lembarannya untuk lagu rakyat "Turkey in the Straw". Seekor kambing di kalangan haiwan-haiwan yang diangkut dalam kapal terus memakan lembaran itu. Maka Mickey dan Minnie menggunakan ekor kambing itu sebagai peti nyanyi yang memainkan irama. Sepanjang babak-bakja seterusnya, Mickey menggunakan haiwan-haiwan lain sebagai alat muzik. Maka Kapten Pete berasa diganggu oleh riuh-rendah ini lalu mengarah Mickey kembali bertugas. Mickey dihukum mengupas ubi kentang sepanjang saki-baki perjalanan. Dalam babak terakhir, seekor burung kakak tua cuba mengejeknya tetapi dicampak ke dalam Mickey.

Para penonton Steamboat Willie yang baru dikeluarkan itu dilaporkan kagum dengan penggunaan bunyi untuk tujuan komedi. Filem berbunyi ketika itu masih merupakan inovasi. Filem cetera pertama yang berbabak dialog, iaitu The Jazz Singer yang dibitangi Al Jolson, keluar pada 6 Oktober 1927. Dalam masa setahun kejayaannya, kebanyakan pawagam AS sudah memasang kelengkapan filem berbunyi. Walt Disney nampaknya berniat untuk mengambil kesempatan dalam trend baru itu, lalu diakui berjaya. Kebanyakan studio kartun lain masih mengeluarkan filem bisu maka tidak mampu menyaingi Disney. Kesannya, Mickey menjadi atak animasi yang tersohor pada zaman itu. Walt Disney kemudian berusaha menambah bunyi pada Plane Crazy dan The Gallopin' Gaucho (yang asalnya dikeluarkan bisu) dan keluaran barunya terus melonjakkan kejayaan dan populariti Mickey. Filem pendek Mickey keempat juga dimulakan pembikinan, berjudul The Barn Dance. Namun begitu, Mickey hanya dapat bercakap mulai "The Karnival Kid" pada tahun 1929 di mana kata-katanya yang pertama berbunyi "Hot dogs, Hot dogs!" Setelah keluarnya Steamboat Willie, Mickey became menjadi pesaing terdekat kepada Felix the Cat, dan popularitinya terus berkembang melalui kemunculan dalam filem berbunyi tanpa henti. Menjelang tahun 1929, Felix makin berkurangan penontonnya, maka Pat Sullivan memutuskan agar semua kartun Felix seterusnya disertakan bunyi.[1] Malangnya, peralihan Felix ke filem berbunyi tidak menampakkan apa-apa hasil dan menjelang tahun 1930, Felix sudah pudar dari layar wayang.[2]