Sabtu, 12 Februari 2011

3 Perkara Perlu Anda Buat Apabila Perbuatan Baik Anda Dibalas Dengan Perbuatan Jahat

Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada Anda. Perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. Sedihnya. Apa nak buat pasni? Berikut adalah 3 perkara perlu Anda buat apabila perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat.

1. Serahkan soalan balasan perbuatannya pada Tuhan.

Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada Anda. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada Anda. Anda tak akan dapat elak orang nak buat jahat pada Anda. Tapi orang yang berbuat jahat pada Anda pasti tak akan dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada Anda, itu urusan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Tugas Anda, teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, Anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan.

2. Doakan dia.

Orang buat jahat pada Anda, Anda kena doakan dia. Haa? Kenapa pulak? Mana boleh! (Biasanya inilah ayat yang Anda akan kata!) Doakan supaya dia berubah. Sebenarnya, jika Anda balas perbuatan jahat orang pada Anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah Anda sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif. Kesannya, fikiran Anda menjadi negatif serta-merta. Tindakan Anda jadi negatif, hidup Anda di kelilingi situasi-situasi negatif. Orang berfikiran negatif hidupnya tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa saja dari menjadi orang berjaya. Anda akan kerap ditimpa musibah serta masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki semut. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup Anda, Anda tak pernah minta. Sebenarnya Anda sendirilah yang menarik masalah tu datang ke dalam hidup Anda kerana Anda menyimpan dendam. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa Anda nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara.

3. Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi.

Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik dari dugaan. Sebagai contoh, jika Anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti akan ada orang sekeliling yang tak puas hati. Kenapa? Cemburu, simply sebab dia tak nak melihat Anda maju. Anda tak akan dapat elak orang yang cemburu pada Anda. Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada Anda. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui Anda. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda Anda. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang Anda. Jangan sibukkan fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana Anda akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi. Anda akan mudah bersangka buruk sebab Anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri Anda, Anda akan suka fikir yang bukan-bukan.

Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja orang yang berbuat jahat pada Anda. Maafkan saja orang yang berdendam pada Anda. Lepas tu, lupakan kesalahannya. Lepas tu, LET GO hal tu, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran. Anda kena pastikan hati Anda bersih sentiasa supaya Anda jadi bermotivasi sentiasa. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit tu akan meneutralkan kepositifan Anda.

Untuk menjadi insan berfikiran positif, Anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia akan merosakkan fikiran positif.

Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan. Makin Anda lawan sesuatu, makin banyaklah Anda dapat apa yang Anda lawan itu.

Maklumat dari sumber internet

Makin lama kawin makin senyap



Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.

Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.

“Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu. – Agensi

Alasan Kawin Lewat

Dalam musim cuti seperti ini semestinya ramai yang akan mendirikan masjid. Kawasan kejiranan saya di sini sendiri akan berlangsungnya 3 buah majlis perkahwinan dalam bulan ini. Ketiga-tiga pasangan bakal pengantin itu adalah dalam umur lingkungan 27-30an bagi perempuan dan 27-40an bagi yang lelaki. (sumber : daripada makcik jiran sebelah rumah). Ini yang membuatkan saya terfikir. Fakta yang mengatakan ‘Gejala lambat kahwin semakin meningkat di Malaysia’ (yang pernah diwar-warkan suatu ketika dulu), kini semakin jelas kesahihannya.

Saya tidak nafikan ramai juga mahasiswa/i yang telah menemui pasangan hidup di alam universiti, tetapi kebanyakannya tidak bercadang untuk berkahwin pada masa itu kerana lebih mengutamakan tanggungjawab sebagai pelajar. Ini memaksa mereka memilih untuk sekadar mengikat tali pertunangan sahaja dan memutuskan untuk berkahwin setelah tamat pengajian. Tapi jika dilihat secara keseluruhannya, lebih ramai pula yang selepas tamat pengajian melibatkan diri dengan alam pekerjaan terlebih dahulu dan selepas beberapa tahun barulah berfikir tentang alam perkahwinan. Bagi golongan wanita, apa guna belajar tinggi-tinggi jika selepas itu duduk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa. Maka bekerja adalah satu kepentingan bagi wanita generasi masa kini. Sememangnya penceburan golongan wanita dalam pendidikan dan alam pekerjaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Dahulu seorang anak gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini tidak lagi kerana pada usia itu masih ramai yang sedang berada di IPT. Saya sendiri sudah menceceh usia 21 tahun dan masih berada di pertengahan alam universiri. Selepas alam universiti, adanya alam pekerjaan dan akhir sekali barulah alam perkahwinan.


Apakah faktor yang mendorong kahwin lambat?

Antara beberapa faktor yang dijadikan sebagai alasan lambat kahwin :

- Revolusi pendidikan – seperti yang saya jelaskan di atas

- Mengejar cita-cita – cita-cita yang tinggi, kerjaya yang hebat-hebat

- Bekerja lebih penting – stabilkan kewangan dahulu dan kumpulkan harta baru fikir kahwin

- Terikat dengan tangungjawab terhadap keluarga – biasanya anak sulung

- Hantaran pihak perempuan terlalu tinggi (lelaki) – alasannya, “ekonomi dah naik, hantaran pun naik”

- Terlalu memilih – belum jumpa calon yang/pasangan yang sesuai atau lebih tepat ‘idaman hati’

- Halangan ibu bapa/keluarga – ‘cinta terhalang kerana bukan pilihan keluarga’

- Egoistik – ego terhadap wanita berkerjaya/pendidikan tinggi (lelaki), rasa boleh berdikari sendiri tanpa lelaki (wanita),

- Lebih tertarik kepada kaum sejenis – penkid, lesbian, gay dsbg..

- Pengaruh kisah menakutkan alam perkahwinan (wanita) – risiko perceraian, keganasan rumah tangga

- Suka hidup bebas tanpa kongkongan dan bebanan tanggungjawab

- Masalah kesihatan

- Ganguan psikiatrik (gamofobia) – takut terhadap alam perkahwinan (serangan panik, berpeluh dan jantung berdegup kencang)

** Bagi yang masih bujang, apakah alasan anda?