Khamis, 23 Disember 2010

Wahai Jiwa


Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

Wahai jiwa yang tenang
Jiwa yang penuh dengan senyum dan kasih sayang
Jiwa yang memberikan petunjuk kebenaran
Jiwa yang memberikan rasa kedamaian

Jiwa yang tiada rasa gundah
Tiada takut dan tiada khawatir

Jiwa yang penuh dengan kepasrahan
Jiwa yang penuh dengan ketawadluan
Jiwa yang penuh dengan pengharapan

Jiwa yang penuh rasa syukur dengan apa yang telah diberikan
Jiwa yang penuh kesabaran dengan apa yang telah menimpa

Wahai jiwa yang tenang
Tiada Rasa takut dan Tiada Gundah

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah engkau ke pangkuan Tuhan-mu

'Season of the Witch' Trailer HD

Menjana Sikap Positif Diri Setiap Hari

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.

Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.

Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.

Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.

Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.

Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.

Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.

Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

Syukur


Tak ada paksaan untuk Anda lakukan hal ni. Kami mengajak anda untuk membina Diari Syukur untuk membuat Anda bersemangat, untuk membina rasa cinta dan untuk menimbulkan dorongan mahu berbakti dari dalam diri Anda.

Selain menyenaraikan 10 perkara yang Anda syukuri tiap hari, Anda boleh juga tumpukan fikiran pada 10 perkara lain yang Anda cukup syukuri tanpa perlu menulisnya. Hadirkan rasa berterima kasih pada Tuhan kerana diberi peluang untuk memiliki kesemuanya.

Orang-orang berjaya, walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam,sering mengucapkan rasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk mencapai tahap berjaya, seperti mana yang mereka capai hari ini. Jaranglah mereka kata seperti “kejayaan ini adalah hasil kerja keras saya”.

Tapi mereka akan kata “syukur dan terima kasih pada Tuhan kerana memberikan saya kejayaan ini, tahap ini berjaya dicapai hasil sokongan Anda dan juga hasil sokongan keluarga.”. Walaupun hakikatnya orang-orang berjaya dapat mencapai kejayaan hasil kerajinan berusaha, mereka mededikasikan kejayaan itu pada Tuhan dan pada orang-orang sekeliling.

Berikut adalah contoh Diari Syukur yang ditujukan khas dalam perhubungan sesama manusia, termasuk perhubungan cinta!

1.syukur kerana ada seseorang mencintai aku sekarang ini.
2.syukur pada Allah kerana menemukan seorang kawan yang menyokong aku
3.syukur pada Allah kerana menemukan aku dengan seseorang yang aku cintai
4.terima kasih Ya Allah, engkau menemukan aku dengan sinar cinta! syukur alhamdulillah
5.Ya Allah, aku bersyukur padamua kerana hidupku dihiasi cinta, syukur Ya Allah.
6.syukur pada Allah kerana kawan aku menolong aku hari ini.
7.syukur pada allah kerana ada kawan menolong aku,saat aku memerlukan.
8.syukur padamu Ya Allah kerana engkau menemukan aku dengan sahabat yang memahami aku.
9.Thank you Allah, engkau hampirkan aku dengan kawan-kawanku, thank you.
10.syukur pada allah kerana mengizinkan aku bergaul baik dengan semua orang, syukur, syukur.

Anda boleh gunakan berbagai perkataan untuk memanjatkan rasa kesyukuran Anda, gunakan perkataan seperti terima kasih, thank you, alhamdulillah,syukur.. kesannya tetap serupa.

Matlamat Anda mengucapkan rasa syukur adalah untuk berterima kasih pada Tuhan dan menghargai apa yang Anda miliki sekarang ini, bermula dari duit yang Anda ada, kerja Anda, kawan-kawan Anda, family Anda,pasangan Anda, kekasih Anda, blog Anda (jika ada),kereta Anda, harta benda Anda hinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti makanan dan minuman Anda yang Anda telan setiap hari.