Wright bersaudara, iaitu
Orville Wright (
19 Ogos,
1871 -
30 Januari,
1948) dan
Wilbur Wright (
16 April,
1867 -
30 Mei,
1912), kini telah menerima pengisytiharan oleh
Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk penerbangan mereka pada
17 Disember 1903 sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan (tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kapal terbang).
Sejak penerbangan tersebut, tuntutan Wright bersaudara untuk penerbangan "pertama" ini telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Terdapatnya banyak perbalahan antara tuntutan-tuntutan juruterbang awal yang bersaingan. (Sila lihat mesin penerbangan pertama untuk perbincangan lanjut). Dengan pengisytiharan FAI, pertikaian itu boleh dikatakan telah selesai.
Masa kanak-kanak dan muda
Wright bersaudara ialah anak-anak Milton Wright (1828-1917) dan Susan Catherine Koerner (1831-1889). Wilbur dilahirkan di Millville, Indiana pada tahun 1867, sedangkan Orville dilahirkan di Dayton, Ohio pada tahun 1871. Kedua-dua adik-beradik tidak pernah berkahwin. Adik-beradik yang lain termasuk Reuchlin (1861-1920), Lorin (1862-1939), Katharine (1874-1929), serta anak kembar Otis dan Ida (lahir pada 1870, tetapi maut semasa masih bayi).
Orville dibuang daripada salah satu sekolah rendah disebabkan tingkah lakunya yang nakal.[1] Pada tahun 1878, ayahnya, seorang paderi kembara (kemudian menjadi biskop), membawa balik ke rumah sebuah helikopter mainan untuk kedua-dua anak yang paling kecil. Mainan itu berdasarkan rekaan Alphonse Penaud, perintis kejuruteraan penerbangan Perancis. Dibuat daripada kertas, buluh dan gabus, dengan gelang getah untuk memutarkan daun kipas kembar, saiznya hanya sedikit besar berbanding tapak tangan dewasa. Wilbur dan Orville bermain dengan mainan ini sehingga mainan itu patah, dan kemudian membina mainan itu sendiri. Pada tahun-tahun kemudian, mereka menunjukkan kepada pengalaman dengan mainan ini sebagai pencetus untuk minat mereka terhadap penerbangan.
Pada tahun 1885 atau 1886, Wilbur mengalami kemalangan ketika sebatang kayu hoki terpukul mukanya dalam satu permainan hoki dengan kawan-kawannya. Walaupun beliau amat kuat dan cergas sehingga saat itu, dan kecederaannya nampak tidak begitu teruk, beliau menyepikan diri dan tidak menyertai Yale sebagaimana yang dirancang. Wilbur menghabiskan masa pada beberapa tahun berikut di rumah untuk menjaga ibunya yang menghidap penyakit yang membawa maut, dan sentiasa membaca buku-buku di dalam perpustakaan ayahnya. Beliau kemudian hanyut ke syarikat percetakan yang dimulakan oleh Orville, dan kelihatan tidak mempunyai sebarang cita-cita.
Kerjaya awal dan penyelidikan
Kedua-dua adik-beradik Wright menerima pendidikan sekolah tinggi, tetapi tidak memperoleh diploma. Mereka dibesarkan di Dayton (tetapi juga pernah tinggal di Iowa dan Indiana selama beberapa tahun) di mana mereka membuka sebuah syarikat percetakan dan untuk satu tempoh yang singkat, menerbitkan mingguan dan surat khabar. Kemudian pada tahun 1892, mereka membuka sebuah syarikat untuk membaiki, mereka bentuk, dan mengilang basikal (Syarikat Basikal Wright). Mereka mempergunakan usaha ini untuk membiayai minat penerbangan mereka yang semakin mendalam. Pada awal atau pertengahan 1890-an, mereka terbaca rencana-rencana dalam surat khabar atau majalah dan mungkin juga gambar-gambar foto tentang luncuran Otto Lilienthal yang dramatik di negara Jerman.
Tahun 1896 membawa tiga peristiwa penerbangan yang penting:
- Pada Mei, Samuel Langley, Setiausaha Institusi Smithson, berjaya menerbangkan sebuah kapal terbang model tanpa manusia yang menggunakan kuasa stim.
- Pada musim panas, Oktaf Chanute, seorang jurutera Chicago, menghimpunkan beberapa peminat penerbangan yang muda untuk menguji pelbagai jenis peluncur di gumuk pasir pada sepanjang pesisir Tasik Michigan.
- Pada Ogos, Lilienthal terbunuh ketika membuat penerjunan peluncurnya.
Peristiwa-peristiwa ini tertanam kukuh dalam fikiran adik-beradik Wright itu.
Pada Mei 1899, Wilbur menyurat kepada Institusi Smithson untuk memperoleh maklumat-maklumat dan terbitan-terbitan mengenai penerbangan. Menggunakan hasil daripada kerja-kerja Sir George Cayley, Chanute, Lilienthal, Leonardo da Vinci, dan Langley, mereka memulakan uji kaji penerbangan mekanik pada tahun itu. Kedua-dua adik-beradik melanjutkan teknologi penerbangan melalui penegasan kawalan kapal terbang dan bukan penambahan kuasa. Mereka memperkembangkan kawalan tiga paksi yang merupakan prinsip asas untuk penerbangan yang masih digunakan pada hari ini.
Wright bersaudara membuat penyelidikan dan pada mula-mulanya bergantung kepada kepustakaan penerbangan yang sedia ada ketika itu, termasuk jadual-jadual Lilienthal; tetapi selepas mendapati bahawa Pekali Smeaton (satu pemboleh tukar dalam formula pengangkat dan formula seretan) tidak betul, mereka membina sebuah terowong angin dan menguji melebihi dua ratus bentuk sayap yang berbeza-beza. Pengalaman mereka dalam bidang basikal, gear, motor, dan keseimbangan (ketika menunggang basikal) terbukti amat penting dalam kejayaan mereka untuk mencipta kapal terbang mekanik.
Semasa penyelidikan mereka, Wright bersaudara sentiasa bekerja bersama-sama, dan sumbangan-sumbangan mereka dalam pengembangan kapal terbang tidak dapat dipisahkan. Charlie Taylor, pembantu mereka, membantu dalam kerja harian, khususnya dalam pembinaan terowong angin dan enjin berdasarkan perbincangan-perbincangan Wright bersaudara. Kedua-dua adik-beradik Wright membuat semua kerja teori dan kebanyakan kerja guna tangan untuk pembinaan kapal terbang.
Idea-idea mengenai kawalan
Wilbur sering mencatat nota-nota yang terperinci mengenai penerbangan burung-burung. Pencerapan-pencerapannya menyebabkan kedua-dua adik-beradik mempercayai bahawa cara yang betul untuk sebuah mesin penerbangan berpusing di udara adalah untuk mesin itu "bersandar" pada pusingannya dengan cara yang sama dengan burung (dan juga sama untuk seorang yang menunggang basikal, suatu pengalaman yang mereka tahu benar). Penyiasat-penyiasat penerbangan yang lain berpegang pada pemikiran "dalam kotak" dan memperlihatkan penerbangan sebagai sesuatu yang serupa sahaja dengan pergerakan di atas tanah tetapi cuma di utara; untuk kapal terbang menukar hala, mereka menjangka sesuatu yang agak serupa dengan kemudi kapal, ataupun seretan yang tidak sama pada kedua-dua sayap semasa mesin penerbangan itu berada dalam keadaan yang rata.
Sebilangan penyiasat yang lain juga hendak bergantung kepada pelb
agai reka-bentuk yang memberikan "kestabilan terwujud". Wilbur mendapati bahawa burung-burung mengubahkan sudut bahagian luaran sayap-sayap untuk menyengetkan tubuh ketika membuat pemusingan peluncuran. Kedua-dua adik-beradik tidak pasti bagaimana hendak mencapai keperluan ini dengan sayap buatan. Akhirnya mereka dapat menyelesaikan masalah itu melalui peledingan sayap ketika Wilbur tidak senjaga meledingkan kotak tayar semasa Wilbur menjual tayar di kedai mereka. Oleh itu, mereka mencipta satu kaedah yang diharapkan akan membolehkan pemusingan, serta pemulihan, ketika angin menyengetkan mesin penerbangan pada satu belah (imbangan sisian).
Pemikiran Wright bersaudara amat dipengaruhi oleh kematian Lilienthal dalam kemalangan tahun 1896 ketika angin menggangu keseimbangannya. Kematian juruterbang Percy Pilcher dalam keadaan yang sama pada tahun 1898 hanya mengukuhkan pendapat mereka bahawa suatu kaedah kawalan juruterbang yang boleh diharap, bukannya kestabilan terbina dalam, adalah jawapan untuk penerbangan yang selamat dan berjaya.
Penerbangan pertama, 17 Disember 1903.
Pada tahun 1899, Wilbur menguji sayap meleding melalui pembinaan sebuah wau yang berukuran lima kaki dalam bentuk yang lebih kurang sama dengan kapal terbang bersayap kembar. Ketika salah satu daripada dua sayap wau itu diledingkan, satu hujung sayap akan menerima lebih pengangkat dan akan naik. Ini menyebabkan pemusingan di arah hujung yang lebih rendah. Untuk membenarkan peledingan, tiang-tiang depan dan belakang antara sayap-sayap wau (dan kemudiannya peluncur yang dianggotai) tidak disokong dengan bres. Peledingan dikawal melalui wayar-
wayar yang dipasang diseluruh struktur itu. Juruterbang wau akan menarik salah satu wayar atau yang lain untuk menyebabkan wau itu bersandar pada kiri atau kanan. Kaedah itu terbukti berjaya.
Pada tahun 1900, kedua-dua adik-beradik pergi ke Kitty Hawk, Carolina Utara untuk meneruskan kerja penerbangan mereka. Mereka memilih Kitty Hawk, (khususnya, sebuah gumuk pasir yang digelarkan "Bukit Kill Devil") atas nasihat seorang ahli meteorologi daripada Biro Cuaca disebabkan angin yang kuat dan tidak putus-putus, serta kerana lokasi yang terpencil itu memberikan kebersendirian daripada pesaing-pesaing dalam suatu perlumbaan yang begitu hebat untuk menjadi orang pertama yang berjaya untuk mencipta sebuah mesin penerbangan yang lebih berat daripada udara.
Peluncur
-
Rencana utama: Peluncur Wright
Wright bersaudara mendasarkan reka bentuk peluncur saiz penuh mereka yang pertama pada peluncur "dua-tingkat" Chanute-Herring yang berterbang dengan berjaya dala
m ujikaji-ujikaji dekat Chicago pada tahun 1896. Tiang-tiang sayap peluncur Chanute dan Wright disokong dengan wayar-wayar untuk "kekuda Pratt" terubah suai yang Chanute, seorang jurutera, telah menyesuaikan daripada pengalamannya dalam pembinaan jambatan. Rupa bentuk peluncur-peluncur ini serupa dengan kapal terbang bersayap kembar yang membawa era penerbangan pada dekad-dekad yang berikut.
Wright bersaudara hanya menerbangkan peluncur untuk beberapa hari sahaja pada musim panas 1900 di Kitty Hawk. Dal
am ujian-ujian awal, Wilbur berada di dalam peluncur ketika peluncur itu berterbang seolah-olah wau tidak jauh di atas permukaan tanah dengan orang-orang di bawah memegang tali-tali penambat. Banyak ujian wau dilaksanakan tanpa dianggotai, dengan guni pasir atau rantai-rantai (dan juga seorang budak tempatan) sebagai balast. Peluncur juga diuji tanpa dianggotai semasa digantung daripada sebuah menara buatan diri yang kecil. Wilbur (dan mungkinnya Orville) membuat luncuran bebas hanya untuk satu hari. Walaupun pengangkat tidak sebegitu baik seperti yang dijangka, kedua-dua adik-beradik berasa yakin kerana pengangkat depan terbukti berkesan dan mereka tidak mengalami sebarang kemalangan. Disebabkan mereka tidak membuat banyak peluncuran tanpa tali penambat, mereka tidak dapat menguji sayap meleding mereka.
Juruterbang dikehendaki berbaring pada sayap yang lebih rendah untuk mengurangkan seretan aerodinamik. Ketika luncuran tamat, juruterbang juga dikehendaki turun dengan posisi yang tegak, kaki dahulu, melalui satu lubang di sayap peluncur. Selepas beberapa lu
ncuran, kedua-dua adik-beradik mendapati bahawa juruterbang boleh turun dengan kepala dahulu tanpa sebarang bahaya ketika mendarat. Oleh itu, mereka membuat kesemua penerbangan mereka dalam posisi tersebut pada lima tahun yang berikut.
Pada tahun 1901, Wright bersaudara membina peluncur yang mempunyai sayap yang lebih besar untuk memperbaiki pengangkat. Bagaimanapun, peluncur itu menimbulkan dua kekecewaan yang utama. Peluncur itu bukan sahaja menghasilkan pengangkat yang kurang daripada apa yang dianggap, tetapi peledingan sayap juga tidak bertindak seperti yang dianggap. Dalam perjalanan balik ke rumah pada musim yang kedua, Wilbur dengan kecewanya menegur Orville bahawa manusia boleh menerbang, tetapi bukan dalam seumur hidup mereka.
Pada musim sejuk 1901, mereka memulakan semula usaha-usaha mereka dan menjalani ujikaji-ujikaji terowong angin yang sistematik. Dalam hanya beberapa minggu, mereka mentakrifkan semula pengetahuan-pengetahuan asas terhadap pengangkat, seretan, bentuk sayap, dan lengkung kerajang udara. Dengan "nisbah aspek" yang lebih besar — rentang sayap yang lebih panjang dan perentas (ukuran sayap dari depan ke belakang) yang lebih pendek — peluncur 1902 yang muncul daripada penyelidikan itu kelihatan lebih serupa dengan idea moden untuk kapal terbang berbanding mesin-mesin dahulu, dan mempunyai rupa bentuk yang jelas lebih cantik. Keranjang udara juga mempunyai kamber (nisbah antara ketebalan sayap dengan perentas) maksimum yang lebih nipis. Sayap-sayap 1901 tebal sekali, suatu ciri yang ditiru daripada peluncur Lilienthal. Dengan data terowong angin sendiri, Wright bersaudara tidak lagi meniru rekabentuk-rekabentuk orang lain.
Wilbur Wright menerbang
peluncur 1902 dekat Kitty Hawk pada 10 Oktober 1902. Kemudi belakang yang tunggal dapat dipandu dan menggantikan kemudi kembar yang tetap.
Penerbangan
Dengan sikap berhati-hati, kedua-dua adik-beradik memulakan penerbangan peluncur 1902 sebagai wau besar tanpa manusia, sebagaimana yang telah mereka lakukan untuk dua versi yang dahulu. Sebagai hadiah bagi kerja terowong angin mereka, peluncur itu menghasilkan pengangkat yang dijangka. Peluncur 1902 juga dilengkapi dengan satu ciri struktur yang baru: sebuah kemudi belakang yang tegak dan tetap. Kedua-dua adik-beradik berharap bahawa ini akan mengatasi masalah pemusingan yang bercanggah dengan kawalan peledingan. Mereka memahami bahawa peledingan yang menambahkan pengangkat pada satu hujung sayap (untuk menaikkannya supaya dapat melakukan pemusingan), juga menambahkan seretan pada hujung itu dan memperlahankannya, serta sekali-sekali menyebabkan peluncur berpusing dalam arah yang salah.
Reka bentuk sayap yang diperbaiki, selain daripada menjanakan pengangkat yang lebih besar, juga membolehkan luncuran yang lebih lama dengan tekal, tetapi masalah pemusingan masih belum dapat diselesaikan dengan sempurna. Peluncur tidak lagi berpusing bertentangan dengan kawalan peledingan, tetapi kadangkala ketika angin menyengetkan peluncur pada satu belah, peluncur itu gagal untuk bertindak balas terhadap peledingan sayap dan meneruskan luncuran di hala sayap yang lebih rendah dan mencecah tanah. Orville mencadangkan kepada Wilbur bahawa kemudi belakang harus bersifat boleh gerak dan di bawah kawalan juruterbang untuk mengatasi masalah ini. Memusingkan kemudi akan mengurangkan tekanan pada sebelahnya — tekanan yang memaksakan peluncur meneruskan perputaran yang tidak dikehendaki — dan meningkatkan tekanan pada sebelah yang lain, di arah perputaran yang dikehendaki. Melalui logik dan uji kaji di udara, kedua-dua adik-beradik mendapati bahawa kemudi harus dipusingkan ke arah hujung sayap yang dileding untuk mengurangkan pengangkat (sayap yang rendah ketika membuat pemusingan, dan sayap yang lebih tinggi ketika hendak mendatarkan peluncur selepas pemusingan atau selepas gangguan angin). Untuk memudahkan hal, mereka mengaitkan kemudi kepada kawalan peledingan supaya satu pergerakan yang tunggal dapat mengawalkan kedua-dua peledingan sayap serta pemesongan kemudi. Dengan kaedah ini, mereka mencapai kawalan yang benar dan membuat kira-kira seribu luncuran, kekadang selama 30 saat dan melebihi 600 kaki jaraknya — keputusan yang tidak pernah dicapai oleh sesiapa jua. Inilah yang melengkapi kawalan tiga paksi yang terdiri daripada:
- sayap peledingan untuk pergerakan sisi
- mesin pengangkat depan untuk pergerakan naik turun
- kemudi belakang untuk pergerakan dari kiri ke kanan
Pada 23 Mac 1903, Wright bersaudara memohon paten untuk teknik kawalan penerbangan mereka yang baru.
Setem USPS yang menggambarkan "Penerbangan."
Penambahan kuasa
Pada tahun 1903, Wright bersaudara membina kapal terbang Wright Flyer — kemudian digelarkan Flyer I (kini lebih dikenali sebagai Kitty Hawk). Mereka mengukir kipas sendiri, dan menugaskan Charlie Taylor untuk membina enjin di syarikat basikal mereka di Dayton, Ohio. Kipas-kipas itu mempunyai kadar kecekapan sebanyak 80%. Engin mereka lebih baik berbanding engin yang dibeli, dan mempunyai nisbah berat-kuasa yang cukup rendah untuk digunakan dalam kapal terbang. Rantai-rantai yang digunakan untuk menggerakkan kipas, walaupun kelihatan seakan-akan rantai basikal, merupakan perkakasan tugas berat yang dibeli daripada pengilang pemacu rantai kereta. Walaupun enjin-enjin awal yang digunakan oleh Wright bersaudara telah dianggap tidak wujud lagi, enjin yang lebih lewat, iaitu nombor siri 17 dari kira-kira tahun 1910, masih dipamerkan di Muzium Udara New England, Connecticut.
Engin Wright No. siri # 17, kira-kira 1910
Sesampai musim luruh 1903, Wright bersaudara telah menjadi juruterbang-juruterbang peluncur yang mahir. Sebelum mencuba penerbangan berkuasa yang pertama pada tahun itu, mereka membuat banyak luncuran dalam mesin 1902 mereka, dan melebihi rekod-rekod sendiri untuk jangka masa dan jarak. Kemudian pada 17 Disember 1903, dengan kelajuan angin sebanyak 27 batu sejam, Wright bersaudara membuat penerbangan pertama dalam Flyer berkuasa mereka, kedua-dua mereka dua kali setiap orang. Penerbangan pertama oleh Orville, yang direkodkan dalam sebuah gambar foto yang termasyhur, mencapai 120 kaki (39 meter) dalam masa 12 saat. Dalam penerbangan yang keempat pada hari itu yang merupakan penerbangan yang paling terkawal, Wilbur berterbang 852 kaki (279 meter) selama 59 saat. Tingginya keempat-empat penerbangan itu kira-kira sepuluh kaki di atas permukaan tanah. [1].
Penerbangan-penerbangan itu yang disaksikan oleh empat orang pengawal dan seorang budak dari kampung menjadikan penerbangan itu sebagai penerbangan awam yang pertama. Sebuah surat khabar tempatan membuat laporan peristiwa itu, tetapi dengan tidak tepat. Hanya lagi sebuah surat khabar yang lain, iaitu Cincinnati Enquirer, melaporkan peristiwa itu pada hari yang berikut.
Kapal terbang Flyer I menelan kos sebanyak seribu dolar untuk pembinaannya. Kapal terbang itu mempunyai rentang sayap sebanyak 40 kaki (12 meter), dan berat sebanyak 170 paun (77 kilogram) dengan enjin yang beratnya 750 paun (340 kilogram). Selepas penerbangan keempat pada 17 Disember, suatu angin yang kuat menterbalikkan Flyer dan memusnahkannya semasa kapal terbang itu ditinggalkan di ruang terbuka; kapal terbang itu tidak lagi diterbangkan. Kedua-dua adik-beradik membawa bahagian-bahagian kapal terbang itu balik ke rumah, dan beberapa tahun kemudian, Orville membaik pulih kapal terbang itu, dan meminjamnya kepada beberapa muzium di Amerika Syarikat, dan kemudian kepada sebuah muzium United Kingdom (sila lihat pertikaian Smithson di bawah), sebelum kapal terbang itu dipasang semula oleh Institusi Smithson di Washington, D.C. pada tahun 1948.
Pencapaian penerbangan yang penting
Penerbangan Wright Flyer adalah penting disebabkan:
- kapal terbang itu bergerak dengan kuasa sendiri, tanpa sebarang bantuan daripada graviti;
- penerbangan-penerbangannya telah dipanjangkan melalui manipulasi permukaan kawalan yang langsung, sedar, dan aktif, berbanding hanya merupakan "lompatan" yang tidak dapat dikawali;
- penerbangan itu telah dibuat semula secara uji kaji dengan replika kapal terbang yang asal.
Yang juga penting ialah fakta bahawa Wright bersaudara menghujahkan beberapa prinsip penerbangan dengan tepat (termasuk reka bentuk penerbangan dan kipas), sedangkan perintis-perintis dahulu langsung tidak memerihalkannya atau memerihalkan dengan tidak tepat.
Adalah penting juga untuk memerhatikan bahawa beberapa buah replika Wright Flyer yang asal telah diubah suai dengan menggunakan pengetahuan penerbangan yang moden untuk memperbaiki ciri-ciri penerbangannya. Bagaimanapun, masih terdapat juga sekurang-kurang sebuah replika yang pernah membuat penerbangan tanpa diubah suai.
Penyelidikan dokumen-dokumen, gambar-gambar foto, dan artifak-artifak daripada Flyer yang asal (dilaksanakan seolah-olah ekspedisi arkeologi) dengan amat teliti telah membolehkan penciptaan semula Pengalaman Wright dengan tepat. Walaupun tujuan yang dinyatakan ialah untuk membina suatu replika kapal terbang yang tepat-tepat serupa, baik kapal terbang itu boleh berterbang mahupun tidak, replika kapal terbang itu terbukti berjaya membuat beberapa penerbangan.
Masalah mengasaskan kesahan?
Pada tahun 1904, Wright bersaudara mengasaskan sebuah lapangan terbang di Huffman Prairie dekat Dayton, dan meneruskan kerja mereka. Mereka membina kapal terbang Flyer II dan pada Mei, menjemput wartawan-wartawan untuk menyaksikan percubaan penerbangan yang pertama untuk tahun itu. Malangnya masalah enjin menghalang sebarang penerbangan, dan Wright bersaudara hanya dapat membuat suatu lompatan yang amat pendik beberapa hari kemudian dengan tidak banyak wartawan yang hadir. Selepas peristiwa itu, akhbar-akhbar tempatan tidak menghiraukan mereka.
Orville dalam penerbangan melintasi Prairi Huffman, lebih kurang 1,760 kaki dalam 40 1/5 saat, 16 November 1904.
Angin-angin yang ringan dan tekanan udara yang lebih rendah berbanding di Kitty Hawk (disebabkan Ohio lebih tinggi serta mempunyai suhu yang lebih panas) menyebabkan naik terbang lebih susah, dan Wright bersaudara terpaksa menggunakan landasan yang terbentang beberapa ratus kaki. Pada musim bunga dan musim panas, mereka mengalami pendaratan yang susah, kerosakan Flyer berulang kali, serta kecederaan pada diri sendiri. Akhirnya pada Ogos, mereka dapat berterbang lebih jauh daripada penerbangan yang paling jauh di Kitty Hawak tanpa bantuan sewaktu naik terbang. Mereka kemudian memutuskan untuk mempergunakan tarbil untuk memudahkan naik terbang dan mencubanya buat pertama kali pada 7 September. Pada 20 September 1904, Wilbur berterbang satu bulatan yang penuh dalam masa satu minit setengah dan membuat 105 penerbangan melintasi 85 ekar padang rumput ternak yang basah lencun. Tempat itu masih dalam keadaan yang sama pada hari ini, dan kini merupakan sebahagian Taman Sejarah Negara Warisan Penerbangan Dayton (Dayton Aviation Heritage National Historical Park), bersebelahan dengan Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson.
Pada tahun 1904, Amos Root, seorang peniaga pemeliharaan lebah serta peminat teknologi, nampak beberapa penerbangan, termasuk penerbangan bulatan yang pertama. Makalah-makalah yang Root menulis untuk majalah pemeliharaan lebahnya merupakan terbitan laporan saksi yang tunggal untuk penerbangan-penerbangan Prairi Huffman, kecuali laporan-laporan lompatan dahulu yang dilihat oleh wartawan-wartawan tempatan. Root memberikan laporannya kepada majalah Scientific American, tetapi penyuntingnya menolak laporan itu. Oleh sebab itu, berita penerbangan Wright bersaudara itu tidak dikenali dengan meluas di luar Ohio, dan sering diterima dengan keraguan. Edisi Paris untuk akhbar Herald Tribune memberikan tajuk berita yang berikut untuk sebuah rencana mengenai Wright bersaudara pada tahun 1906 : "PENERBANG ATAU PENIPU?"
Pada tahun 1905, Wright bersaudara membina Flyer III, sebuah kapal terbang yang lebih baik, dan pada 5 Oktober, Wilbur mencipta rekod melebihi 39 minit di utara dan 24 1/2 batu (39 kilometer) ketika mengelilingi Prairi Huffman. Beliau membuat pendaratan hanya kerana tiada bahan api. Penerbangan itu dinampak oleh sebilangan orang, termasuk ayahnya dan banyak kawannya yang telah dijemput. Wartawan-wartawan setempat datang pada hari berikut (kemunculan buat pertama kali di lapangan terbang sejak Mei pada tahun yang lalu), tetapi kedua-dua adik-beradik enggan berterbang. Gambar-gambar foto yang tunggal untuk penerbangan 1904-05 ditangkap oleh kedua-dua adik-beradik sendiri.
Pada tahun-tahun yang kemudian, akhbar-akhbar Dayton merayakan Wright bersaudara sebagai perwira-perwira negara setempat, tetapi kesilapan mereka terhadap salah satu daripada cerita yang terbesar dalam sejarah manusia yang berlaku hanya beberapa batu daripada tempat mereka merupakan satu bab yang unik dalam catatan kewartawanan Amerika.
Sebenarnya, ketiadaan perhatian itu juga disebabkan oleh Wright bersaudara sendiri. Berwaspada terhadap kemungkinan pesaing-pesaing mencuri pelan-pelan mereka, kedua-dua adik-beradik enggan membuat pertunjukan umum atau mengambil bahagian dalam sebarang pertunjukan udara sebelum memeterai kontrak-kontrak yang muktamad dengan tentera. Mereka mencuba memperoleh kontrak daripada Tentera Amerika Syarikat, Tentera Perancis, Tentera British, dan Tentera Jerman, tetapi kesemua mereka menolak kerana Wright bersaudara mendesak supaya kontrak dimeterai sebelum mereka sudi membuat pertunjukan penerbangan. Oleh itu, mereka diragui dan dicemuh oleh akhbar-akhbar dan terpaksa meneruskan kerja mereka dalam keadaan separuh tidak dikenali, semasa perintis-perintis penerbangan yang lain seperti Alberto Santos-Dumont dari Brazil dan Glenn Curtiss dari Amerika menerima perhatian ramai.
Wright bersaudara tidak membuat sebarang penerbangan pada tahun 1906 dan 1907. Akhirnya, selepas memeterai kontrak-kontrak dengan sebuah syarikat Perancis serta dengan kerajaan Amerika Syarikat, kedua-dua adik-beradik kembali ke Kitty Hawk pada Mei 1908 dengan Flyer 1905 yang diubah suai dengan tempat duduk untuk juruterbang dan penumpang, dan memulakan latihan untuk pertunjukan penerbangan yang penting sekali. Kontrak-kontrak Wright bersaudara memerlukan kapal terbang mereka mengambil seorang penumpang. Selepas membuat ujian dengan guni pasir di tempat duduk penumpang, Charlie Furnas, pembantu dari Dayton, menjadi penumpang penerbangan yang pertama dalam beberapa penerbangan yang pendek pada 14 Mei. Untuk keselamatan dan sebagai janji kepada ayah mereka, Wilbur dan Orville tidak berterbang bersama-sama.
Paten
Permohonon paten 1903 yang ditulis oleh Wright bersaudara sendiri ditolak. Pada awal 1904, mereka mengambil Henry Toulmin, seorang peguam paten dan pada 23 Mei 1906, mereka diberikan paten #821,393 untuk "Mesin Penerbangan". Nyata sekali, paten ini menerangkan sebuah mesin penerbangan yang tidak berkuasa. Kepentingan paten ini terdiri daripada tuntutannya untuk suatu kaedah mengawalkan mesin penerbangan yang baru dan berguna, baik berkuasa mahupun tidak. Teknik peledingan sayap diperihalkan, tetapi paten itu menyatakan dengan ketara bahawa peledingan sayap tidak perlu merupakan kaedah yang tunggul untuk megubahkan sudut bahagian luar sayap-sayap mesin. Konsep mengubahkan sudut dekat hujung sayap dengan apa-apa cara sahaja merupakan perkara yang terpenting dalam paten ini. Perlindungan yang luas yang dimaksudkan oleh kegunaan perkataan-perkataan ini adalah penting dalam kemenangan tuntutan mahkamah pelanggaran paten yang Wright bersaudara mengemukakan terhadap Glen Curtiss dan juruterbang-juruterbang awal yang lain yang menggunakan aileron semasa kedua-dua adik-beradik masih menggunakan sayap peledingan. Paten itu juga menghuraikan kemudi belakang yang tegak dan dapat dikawali serta penggunaannya bersama-sama dengan sayap peledingan untuk mengatasi masalah pelinciran (pergerakan dari kiri ke kanan yang keterlaluan) ketika kapal terbang berpusing. Akhirnya, paten itu juga menghujahkan mesin pengangkat depan yang digunakan untuk naik dan turun.
Pertunjukan awam
Orville mendemonstrasikan mesin penerbangnya kepada Tentera Amerika Syarikat pada September, 1908.
Kontrak-kontrak Wright bersaudara dengan Tentera Amerika Syarikat dan sebuah sindiket Perancis tergantung kepada pertunjukan penerbangan awam yang berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kedua-dua adik-beradik terpaksa membahagikan usaha-usaha mereka. Wilbur belayar ke Eropah, sedangkan Orville berterbang dekat Washington, D.C.
Wilbur memberikan pertunjukan awam rasmi yang pertama pada 8 Ogos 1908 di jejak lumba Le Mans, Perancis. Penerbangan pertamanya hanya bertahan selama satu minit 45 saat, tetapi keupayaannya untuk membuat pemusingan dan berterbang dalam bulatan dengan mudah sahaja mengagumkan dan menggamamkan orang-orang yang melihat, termasuk beberapa perintis penerbangan Perancis. Pada hari-hari yang berikut, beliau membuat satu siri penerbangan yang mencabar dari segi teknik, termasuk angka lapan, dan menunjukkan kepada dunia kemahirannya sebagai seorang juruterbang dan keupayaan mesin penerbangan mereka yang jauh melebihi keupayaan mesin kesemua perintis yang lain. Orang ramai Perancis mengalami perasaan teruja terhadap perbuatan Wilbur, dan Wright bersaudara menjadi mashyur di seluruh dunia dengan serentak. Pada akhir tahun 1908, Mrs. Hart O. Berg, isteri kepada ejen perniagaan Eropah untuk Wright bersaudara, menjadi penumpang penerbangan wanita yang pertama ketika dia berterbang dengan Wilbur di Le Mans.
Orville mengikut kejayaan abangnya dengan mendemonstrasikan mesin penerbangan yang hampir serupa kepada Tentera Amerika Syarikat di Fort Myer, Virginia, bermula daripada 3 September 1908. Pada 9 September, beliau membuat penerbangan satu jam yang pertama. Kemudian pada 17 September, Leftenan Thomas Selfridge berterbang bersama-sama sebagai penumpang, dan bertindak sebagai pemerhati rasmi. Beberapa minit selepas naik ke udara pada ketinggian kira-kira 100 kaki, kipas mesin penerbangan mereka pecah, dan menyebabkan mesin penerbangan itu terhilang kawalan. Selfridge terbunuh dalam kemalangan itu, dan menjadi orang pertama yang maut dalam kapal terbang berkuasa. Orville sendiri mengalami cedera parah, dengan beberapa tulang rusuk dan satu kaki yang patah. Katharine, kakak Wright bersaudara yang bekerja sebagai guru, meluru dari Dayton ke Washingto dan berada di sisi Orville sepanjang tempoh rawatannya di hospital yang berlangsung selama beberapa banyak minggu. Kakaknya membantu mereka berunding dengan pihak tentera untuk melanjutkan kontrak mereka selama setahun.
Mesin penerbangan Wright,
Model A Flyer, dengan derik pelancaran, Perancis, 1909
Amat terkejut terhadap berita kemalangan itu, Wilbur berazam untuk membuat pertunjukan penerbangan yang lebih hebat; pada hari-hari dan minggu-minggu yang berikut, beliau mencatat rekod-rekod baru untuk ketinggian dan jangka masa. Pada Januari 1909, Orville dan Katharine bertemu dengan Wilbur di Perancis, dan untuk satu tempoh masa, ketiga-tiga mereka itu menjadi orang-orang yang termasyhur di dunia, dan dicari-cari oleh raja, putera, perdana menteri, wartawan dan orang ramai. Pada bulan Februari, ketiga-tiga adik-beradik berterbang ke Pau di selatan Perancis di mana Wilbur membuat lebih banyak penerbangan awam, dan membawa berduyun-duyun pegawai, wartawan, dan negarawan sebagai penumpang penerbangan. Pada bulan April, Wilbur membuat pertunjukan di Itali di mana seorang jurukamera mengikut untuk membuat filem pertama daripada sebuah kapal terbang.
Selepas kepulangan mereka ke Amerika Syarikat, ketiga-tiga adik-beradik dijemput ke Rumah Putih untuk menerima anugerah daripada Presiden Taft. Dayton mengikut dengan perayaan kepulangan yang mewah selama dua hari. Pada Julai 1909, Orville, dibantu oleh Wilbur, siap penerbangan-penerbangan pembuktian untuk Tentera Amerika Syarikat, dan memenuhi syarat-syarat untuk sebuah kapal terbang dengan dua tempat duduk yang berupaya berterbang dengan seorang penumpang selama satu jam pada kelajuan purata sebanyak 40 batu sejam (64 kilometer sejam) dan mendarat dengan selamat. Wright bersaudara menjual kapal terbang mereka kepada Bahagian Penerbangan, Kor Isyarat Amerika Syarikat untuk sebanyak AS$30,000. Wilbur memuncakkan tahun yang luar biasa itu pada awal Oktober ketika beliau berterbang untuk perayaan Hudson-Fulton di New York City, dan mengelilingi Patung Liberty serta membuat penerbangan berulang-alik di sepanjang Sungai Hudson di tepi Manhattan yang dilihat oleh sehingga sejuta orang New York. Penerbangan ini mengasaskan kemasyhuran Wright bersaudara dengan kukuh di Amerika Syarikat.
Penerbangan keluarga
Pada 25 Mei, 1910 selepas kepulangaan ke Prairi Huffman, Orville membuat dua penerbangan yang unik. Beliau mengambil ayahnya yang berumur 82 tahun ketika itu dalam penerbangannya. Penerbangan itu merupakan penerbangan yang pertama dan yang tunggal dalam kehidupan Milton Wright. Kapal terbang itu naik sehingga kira-kira 350 kaki dan ayahnya menegur anaknya, "Tinggi lagi, Orville, tinggi lagi!" Kemudian, Orville membuat penerbangan enam minit dengan Wilbur sebagai penumpangnya. Penerbangan ini merupakan penerbangan yang tunggal di mana kedua-dua adik-beradik berterbang bersama-sama. Mereka memohon dan mendapat keizinan daripada ayah mereka untuk penerbangan itu. Sebenarnya, mereka sentiasa berjanji dengan ayah mereka tidak akan berbuat demikian untuk mengelakkan tragedi berganda dan untuk memastikan bahawa salah satu daripada adik-beradik itu akan hidup untuk meneruskan ujikaji-ujikaji mereka jikalau terdapat sebarang kemalangan.
Memulakan perniagaan
Pada tahun 1910, Wright bersaudara mengupah satu pasukan yang terdiri daripada lima orang juruterbang untuk membuat pertunjukan udara bagi pihak mereka. Kemunculan pasukan itu buat pertama kalinya diadakan di Indianapolis Speedway pada 13 Jun 1910. Tempoh rancangan ini yang singkat mengalami banyak kemalangan, termasuk satu yang mana Datuk Bandar Richmond, Virginia berada di dalam kapal terbang. Rancangan itu dihentikan pada November 1911 dan ketika itu, lima daripada sembilan juruterbang yang digajikan oleh Wright bersaudara telah muat dalam kemalangan kapalterbang-kapalterbang Wright. [2]
Pada 25 Oktober 1910, Wright bersaudara diambil oleh Max Moorehouse dari Columbus, Ohio untuk menghantar kargo udara perdagangan yang pertama. Moorehouse, pemilik Gedung Serbaneka Moorehouse-Marten di Columbus, bertanya Wright bersaudara adakah mereka dapat membawa satu hantaran reben sutera daripada pemborongnya di Dayton ke Columbus. Wright bersaudara bersetuju dengan cadangan itu, dan menambah bahawa juruterbang dan kapal terbang mereka juga akan membuat satu pertunjukan selepas kargo itu dihantar ke kawasan pendaratan Driving Park di bahagian timur Columbus. Moorhouse bersetuju dengan cadangan itu dan membayar Wright bersaudara AS$5,000 untuk perkhidmatan tersebut yang lebih merupakan pengiklanan daripada penghantaran yang mudah.
Penerbangan itu berlaku pada 7 November 1910 dengan penerbangan Model "B" Wright Flyer yang diterbangkan oleh Phil Parmalee. Penerbangan 62 batu (100 kilometer) itu mengambil masa 62 minit, dengan Parmalee memotong kereta api Ekspres Empat Besar di London, Ohio. Selain daripada membuat penghantaran udara yang pertama, kelajuan Parmalee sebanyak 60 batu sejam (97 kilometer sejam) mencatat rekod dunia untuk kelajuan dalam penerbangan. Bagaimanapun, kapal terbang Flyer Wright dihantar balik ke Dayton dengan kereta api pada malam pencatatan rekod dunia itu, dan Parmalee kembali dengan kereta api Ekpres Empat Besar yang dia memotong di udara pada hari sebelumnya.
Wright bersaudara terlibat dalam beberapa pertikaian paten yang mereka memenangi pada tahun 1914. Wilbur meninggal dunia pada tahun 1912 disebabkan deman kepialu. Kejadian itu merupakan suatu peristiwa yang Orville tidak pernah pulih dengan sepenuhnya. Orville menjual kepentingannya dalam syarikat kapal terbang mereka pada tahun 1915, dan berpindah dengan Katherine ke rumah agam di Bukit Hawthorn, Oakwood, Ohio, di mana mereka hidup dengan damai. Katherine kemudian berkahwin pada tahun 1926, suatu peristiwa yang menyebabkan Orville bersusah hati. Beliau memutuskan semua pertalian dengan kakaknya, dan enggan bertemu atau menyurat dengannya. Wilbur akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan Katherine hanya sebelum kematian kakaknya yang disebabkan oleh pneumonia pada tahun 1929. Orville meninggal dunia pada tahun 1948 daripada serangan sakit jantung. Kedua-dua Wright bersaudara dikebumikan di tapak keluarga mereka di Perkuburan Woodland, Dayton, Ohio. Orville dan Wilbur tidak pernah berkahwin.
Kapal terbang Flyer I kini dipamerkan di Muzium Udara dan Angkasa Negara, sebuah bahagian Institusi Smithson di Washington, D.C. (sila lihat Persoalan Smithson.
Kapal terbang Flyer III yang merupakan kapal terbang yang dinamai Mercu Tanda Sejarah Negara dibuka selepas penerbangan-penerbangan 1905, dan dibina semula serta diterbangkan pada tahun 1908 di Kitty Hawk. Kapal terbang itu dibaik pulih pada akhir dekad 1940-an dengan bantuan Orville, dan dipamerkan di Pusat Penerbangan Wright bersaudara, Taman Sejarah Carillon, Dayton, Ohio. Ruang pameran untuk kapal terbang itu direka bentuk oleh Orville Wright.
Orville memberikan arahan bahawa ketika beliau meninggal dunia, himpunan kerajang udara dan perantinya berpindah kepada Institut Franklin, Philadelphia, yang merupakan pertubuhan saintifik yang pertama untuk memberikan penghargaan dan pangkat kepada Wright bersaudara untuk pencapaian penerbangan berkuasa yang bertahan. Pada hari ini, Muzium Sains Institut Franklin adalah muzium yang mempunyai himpunan artifak yang terbesar dari bengkel Wright bersaudara.
Tuntutan bersaingan
Banyak tuntutan pernah dibuat sebelum Wright bersaudara berhasrat untuk memperoleh anugerah penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara (atau kelainan-kelainan yang mempunyai perbezaan kecil dalam pengelasan ini). Sila lihat Mesin penerbangan pertama. Sebenarnya, banyak tuntutan telah dibuat selepas kejayaan penerbangan Wright bersaudara yang pertama, dan percubaan untuk mengetepikan pencapaian-pencapaian mereka telah dibuat atas dasar teknik, seperti penggunaan landasan pelancaran dan tarbil, serta ketiadaannya roda-roda Flyer.
Sebilangan percubaan itu termasuk enjin-enjin yang amat berkuasa atau yang amat ringan, rekabentuk-rekabentuk sayap yang mempunyai setakat keberkesanan, keupayaan untuk meluncur (menukarkan kelajuan ke depan menjadi pengangkat), dan mekanisme kawalan. Wright bersaudara mempatenkan sistem kawalan tiga paksi yang menggunakan:
- sayap peledingan (kemudian digantikan dengan aileron);
- reka bentuk sayap yang amat cekap untuk berat kapal terbang mereka;
- enjin yang cukup ringan dan yang mempunyai kuasa untuk memeliharakan penerbangan yang stabil; serta
- sistem yang berkesan untuk menukarkan kuasa enjin menjadi tujahan (kipas)
membenarkan kapal terbang mereka mempunyai mutu yang amat berbeza dengan sebarang mesin penerbangan sebelum ini. Gabungan kesemua ciri ini dilihatkan dalam generasi-generasi kapal terbang Wright bersaudara yang berikut, dan termuncul buat pertama kali dalam reka bentuk Flyer. Bagaimanapun, perbalahan tentang perhargaan untuk rekaan kapal terbang telah diwujudkan oleh kerahsiaan Wright ketika paten mereka sedang disediakan, serta oleh kebanggaan negara-negara.
Terdapat banyak perdebatan tentang adakah penerbangan-penerbangan Wright bersaudara yang awal berterbang dengan cukup tinggi untuk mengelakkan kesan bumi. Sebilangan pengulas juga memerhatikan bahawa penerbangan-penerbangan Wright bersaudara yang awal biasanya hanya diterbangkan menghadapi hala angin untuk membantu pengangkat. Sebenarnya, naik terbang di hala angin kemudian menjadi amalan yang piawai untuk penerbangan untuk sebab yang sama: jarak untuk naik terbang dapat dipendekkan kerana kapal terbang memperoleh lebih banyak pengangkat.
Lagi satu sumber serangan adalah bahawa sebilangan penciptaan semula Flyer tidak dapat berterbang. Kejadian-kejadian ini biasa disebabkan oleh ketidakmampuan untuk mengetahui kesemua perincian reka bentuk dan binaan Wright bersaudara dengan tepat, serta untuk menduplikasi keadaan-keadaan penerbangan. Ciri-ciri khusus yang mungkin Wright bersaudara sendiri pun tidak tahu dan yang amat penting untuk membolehkan penerbangan telah hilang; umpamanya oktana untuk bahan api yang digunakan, dan perincian-perincian penerbangan kecil yang memberikan kesan yang tidak seimbang kepada keupayaan untuk berterbang.
Selepas penerbangan-penerbangan Kitty Hawk dalam keadaan-keadaan berangin, Wright bersaudara mengembangkan tarbil yang dikuasai oleh berat di Ohio untuk membantu pecutan permulaan. Kaedah pelancaran ini telah menjadi satu sumber perbalahan untuk sebilangan serangan terhadap tuntutan Wright bersaudara. Sebilangan orang menganggap bahawa sesuatu kapal terbang yang tidak berupaya naik terbang dengan kuasa sendiri tidak boleh dianggap sebagai kapal terbang yang benar.
Sebenarnya, Flyer II naik terbang tanpa menggunakan tarbil, dan berterbang berdozen kali pada musim bunga dan musim panas 1904. Tempat-tempat yang sedia ada untuk Wright bersaudara tidak sesuai untuk roda-roda ataupun naik terbang yang memerlukan jarak yang panjang. Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan landasan dan kemudiannya tarbil untuk memberikan kesempatan yang lebih baik untuk naik ke udara dan mempelajari bagaimana untuk berterbang. Penggunaan peranti-peranti ini amat menyingkatkan masa yang diperlukan untuk mengembangkan kawalan kapal terbang yang boleh diharap, serta untuk membuat penerbangan benar yang melibatkan pusingan, bulatan, dan angka lapan.
Sebuah kapal terbang yang lebih berat daripada udara mungkin pernah naik ke udara sebelum kapal terbang Wright bersaudara, tetapi tidak mempunyai kawalan yang berkesan. Flyer Wright bersaudara merupakan mesin penerbangan praktik yang pertama, dengan gabungan ciri yang tidak pernah digunakan sebelum itu tetapi sebaliknya, yang telah digunakan untuk semua kapal terbang yang kemudian: sayap-sayap yang cekap, kawalan tiga paksi, sistem yang berkesan untuk menjanakan kuasa dan menukarkan kuasa itu menjadi tujahan, serta sebuah sistem naik terbang.
Persoalan Smithson
Samuel P. Langley, setiausaha Institusi Smithson dari 1887 hingga 1906, menguji kaji peluncur-peluncur model selama banyak tahun dan berjaya membina model-model kapal terbang berkuasa yang tidak dianggotai. Bagaimanapun, dua ujian untuk mesin penerbangan Aerodrome saiz penuh yang dianggotai pada Oktober dan Disember 1903 gagal dengan begitu teruk. Walaupun demikian, Institusi Smithson kemudian mempamerkan mesin Aerodrome mereka sebagai kapal terbang lebih berat daripada udara yang "berupaya" membuat penerbangan berkuasa yang dianggotai dan dengan itu, mengetepikan dan meletakkan pencapaian Wright bersaudara pada taraf sekunder. Orville Wright membuat bantahan tetapi Institusi Smithson tidak goyah. Oleh itu, Orville membalas dengan meminjamkan Flyer I kepada Muzium Sains London. Beliau menyatakan bahawa Flyer itu tidak akan diderma kepada Institusi Smithson sehingga Wilbur bersaudara (Wilbur meninggal dunia pada tahun 1912) diperakui sebagai "Bapa-bapa Penerbangan Berkuasa". Charles Lindbergh cuba menjadi pengantara dalam pertikaian ini, tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1943, di bawah pimpinan yang lain, Institusi Smithson akhirnya bersetuju, tetapi Flyer masih dikekalkan di Britain sehingga 1948.
Pada 23 November 1948, wasi-wasi untuk harta pusaka Orville Wright memeterai sebuah kontrak dengan Institusi Smithson mengenai pameran kapal terbang Flyer I yang menyatakan:
- "Kedua-duanya, baik Institusi Smithson atau waris-warisnya, mahupun sebarang muzium atau agensi lain, biro, ataupun kemudahan yang ditadbirkan untuk Amerika Syarikat oleh Institusi Smithson atau waris-warisnya, tidak boleh menerbitkan atau membenarkan pameran kenyataan atau label yang berkaitan dengan atau tentang mana-mana satu model kapal terbang atau reka bentuk yang bertarikh lebih awal daripada Kapal Terbang Wright tahun 1903, dan pada hakikatnya menuntut bahawa kapal terbang itu berupaya membawa seorang manusia di bawah kuasa sendiri dalam penerbangan terkawal."
Jika persetujuan ini tidak dipatuhi, Flyer akan dipulangkan kepada waris Wright bersaudara.
Pertikaian Ohio/Carolina Utara
Kedua-dua negeri Ohio dan negeri Carolina Utara menuntut penghargaan untuk rekaan Wright bersaudara yang menukarkan dunia — Ohio, disebabkan kedua-dua adik-beradik itu mengembangkan dan membina reka bentuk mereka di Dayton; Carolina Utara kerana Kitty Hawk merupakan tapak untuk penerbangan pertama. Dengan semangat pesaingan persahabatan, Ohio menggunakan cogan kata "Tempat Kelahiran Penerbangan" yang tidak rasmi (kemudian ditukarkan menjadi "Tempat Kelahiran Perintis-perintis Penerbangan") untuk merangkumi bukan sahaja Wright bersaudara, tetapi juga John Glenn dan Neil Armstrong yang merupakan penduduk Ohio. Sebaliknya, Carolina Utara menggunakan cogan kata "Pertama untuk Penerbangan" dan memasukkan tema itu dalam plat nombor negeri. Disebabkan kedudukan kedua-dua negeri dapat dipertahankan melalui fakta, dan kedua-dua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah penerbangan, kedua-dua negeri tidak dapat membuat tuntutan yang sepenuhnya terhadap pencapaian Wright bersaudara.
Tapak untuk penerbangan-penerbangan pertama di Carolina telah dipeliharakan sebagai Tapak Peringatan Negara Wright Bersaudara, sedangkan kemudahan Wright bersaudara di Carolina Utama dijadikan sebahagian Taman Sejarah Negara Warisan Dayton.