Mickey Mouse adalah seorang watak kartun berbentuk haiwan yamg bercirikan manusia yang menjadi lambang terulung The Walt Disney Company. Dia direka pada tahun 1928 (dan disuarakan pada asalnya) oleh Walt Disney. Disney meraikan kelahiran Mickey pada 18 November, 1928 dengan pelancaran filem animasi Steamboat Willie. Si tikus ini berevolusi dari sekadar watak animasi dan komik menjadi salah satu lambang paling dikenali di dunia.
Walt Disney membekalkan suara Mickey Mouse dari 1928 hingga 1946, apabila penata kesan bunyi James G. MacDonald mengambil alih. Mickey kemudian disuarakan Wayne Allwine. Namun, setelah kematian Allwine pada tahun 2009, Mickey kini disuarakan oleh Bret Iwan.
Disney berkata beliau menerima ilham untuk mereka Mickey daripada seekor tikus yang ditemui di studio Laugh-O-Gram yang gagai di Kansas City, Missouri yang digelar beliau sebagai Mortimer Mouse.
Mickey direka sebagai pengganti Oswald the Lucky Rabbit, bintang terdahulu yang dicipta oleh studio Disney untuk Charles Mintz dari Universal Studios. Sebenarnya, wajah Mickey sewaktu penampilan pertamanya banyak menyerupai Oswald. Apabila Disney meminta Mintz untuk belanjawan yang lebih bagi siri Oswald, Mintz mengumumkan bahawa beliau telah mengupah kebanyakan pekerja Disney tetapi Disney boleh meneruskan siri Oswald selagi beliau bersetuju dengan potongan belanjawan itu dan membayarnya. Mintz memiliki Oswald dan menyangka beliau telah mengambil kesempatan terhadap Disney. Ini memarahkan Disney yang kemudiannya menolak tawaran tersebut lalu kembali ke California untuk menerbitkan kartun-kartun terakhir Oswald yang dihutangkan kepada Mintz mengikut kontrak antara mereka. Disney terkilan oleh pengkhianatan pekerja-pekerja beliau namun tekad untuk memulakan kerjayanya semula. Studio Disney yang baru dahulunya merangkumi animator Ub Iwerks dan seorang perantis yang setia, Les Clark. Sat pengajaran yang dipelajari Disney daripada pengalaman ini adalah untuk senantiasa memastikan bahawa beliau memiliki semua hak milik terhadap watak-watak yang diterbitkan oleh syarikatnya.
"Kami berasa bahawa orang ramai, khususnya kanak-kanak, menyukai haiwan yang comel dan kecil. Saya rasa kami banyak berhutang kepada Charlie Chaplin untuk idea ini. Kami hendakkan sesuatu yang menarik, lalu kami teringatkan seekor tikus yang kecil yang memiliki ciri-ciri gelagat Chaplin — si kecil yang sentiasa melakukan yang terbaik dengan sebaik mampu."
"Apabila orang tertawakan Mickey Mouse, ini kerana dia bersifat kemanusiaan; maka itulah rahsia popularitinya."
"Saya cuma berharap agar kita tidak lupa terhadap satu perkara — bahawa segalanya bermula kerana seekor tikus." — Walt Disney[1]
Plane Crazy
Mickey dan Minnie Mouse muncul buat julung kali bersama dalam filem kartun pendek Plane Crazy, pada 15 Mei 1928. Kartun ini diarah oleh Walt Disney dan Ub Iwerks. Iwerks juga ialah animator utama untuk filem ini, dan dilaporkan bahawa beliau mengambil masa enam minggu mengusahakan kartun ini. Sebenarnya, Iwerks ialah animator utama untuk setiap filem pendek Disney yang dikeluarkan pada tahun 1928 dan 1929. Hugh Harman dan Rudolf Ising turut membantu Disney ketika itu. Mereka sudah menandatangani kontrak bersama Charles Mintz yang meskipun begitu masih dalam proses membentuk studio baru beliau maka untuk sementara waktu mereka masih bekerja untuk Disney. Filem pendek ini merupakan kerja animasi terakhir mereka dalam situasi yang agak janggal ini.
Plot Plane Crazy agak ringkas. Mickey kelihatan cuba menjadi juruterbang dengan mencontohi Charles Lindbergh. Setelah membina kapal terbang sendiri, dia terus menjemput Minnie menyertainya untuk penerbangan pertama, di mana dia berkali-kali cuba mengucup Minnie dan gagal, lalu cuba lagi secara paksa. Minnie pun menerjun keluar dari kapal terbang. Mickey yang memerhati Minnie hilang kawalan kapal terbangnya. Dari detik itulah bermulanya penerbangan luar kawalan yang menyebabkan situasi melucukan berturut-turut dan akhirnya kapal terbang terhempas.
Mickey dalam Plane Crazy bersifat nakal, berahi, dan kelihatan jahat oleh ramai orang. Bagaimanapun, apabila julung kali dikeluarkan, Plane Crazy kelihatan gagal menarik hati penonton, dan lebih buruk lagi, Walt tidak dapat mencari pengedar. Meskipun jelas kecewa, Walt terus membikin filem pendek Mickey yang seterusnya: The Gallopin' Gaucho.
Pertemuan pertama dengan Black / Peg Leg Pete
The Gallopin' Gaucho sekali lagi diarah oleh Walt Disney dan Ub Iwerks, dengan Iwerks sebagai satu-satunay animator kali ini. Filem pendek ini dimaksudkan sebagai parodi filem The Gaucho oleh Douglas Fairbanks yang dikeluarkan julung kali pada 21 November 1927. Berikutan filem asal, peristiwa-peristiwa filem ini berlaku di tanah Pampas Argentina. Gaucho dalam tajuk ini tidak lain dari Mickey sendiri. Dia pertama kali dilihat menunggang burung rhea dan bukannya kuda seperti yang disangkakan. Dia kemudiannya menemui "Cantina Argentina," iaitu kelihatannya kedai minuman and restoran tempatan. Mickey terus memasuki tempat itu dan mengambil tempat duduk. Dia kelihatan cuma hendak beristirahat dengan minum dan merokok. Turut hadir dalam restoran itu ialah Pegleg Pete (kemudian dinamakan Black Pete, atau Pete sahaja), seorang penjenayah yang dikehendaki dan juga pelanggan restoran itu, serta Minnie Mouse, pelayan dan penari restoran yang tengah mempersembahkan tarian tango. Kedua-dua pelanggan itu kemudian mula bermain cinta dengan Minnie sambil berlawan sesama sendiri. Kemudian Pete menculik Minnie dan cuba melarikan diri dengan menunggang kuda. Mickey pun mengejarnya dengan menunggang burungnya. Mickey berjaya memintasi lawannya dan maka mereka kemudian berlawan pedang. Akhirnya, Mickey menang lalu menarik hati Minnie.
Dalam temuramah seterusnya, Iwerks mengulas bahawa Mickey dalam The Gallopin' Gaucho dimaksudkan untuk menjadi seorang wira dan pengembara yang dibentuk sempena Fairbanks. Filem ini menandakan pertemuan pertama antara Mickey dan Pete, seorang watak yang sedia ada sebagai antagonis dalam kedua-dua siri Alice Comedies dan Oswald. Berdasarkan peranan Mickey dan Minnie yang tidak kenal satu sama lain sebelum penghujungnya, adalah dipercayai bahawa pertemuan sebelumnya sepatutnya disertakan dalam cereka itu. Penonton masa kini pernah mengulas bahawa ketiga-tiga watak nampaknya sedang menaikkan diri mereka daripada latar belakang kasar dan berkelas bawahan yang jauh berbeza berbanding perwatakan mereka masa kini. Kesannya, filem pendek ini dikatakan penting dalam sejarah Mickey.
Bagaimanapun, ketika pembikinan asal filem ini, Walt sekali lagi gagal mencari pengedar. The Gallopin' Gaucho akhirnya dikeluarkan pada 30 Disember 1928, berikutan sebuah lagi filem pendek Mickey. Adalah dilaporkan bahawa Mickey mula-mulanya didapati terlalu serupa dengan Oswald maka nampaknya tidak ramai yang meminatinua. Walt kemudiannya mula mencari jalan untuk membezakan siri Mickey Mouse daripada karya-karya beliau yang sebelumnya dan pesaing-pesaingnya. Hasil pencarian jalan itu ialah filem pendek Mickey ketiga yang dibikin, kedua yang dikeluarkan dan pertama yang betul-betul memikat penonton: Steamboat Willie.
Penambahan bunyi
Steamboat Willie julung kali dikeluarkan pada 18 November 1928 dan merupakan arahan bersama Walt Disney dad Ub Iwerks. Iwerks sekali lagi menjadi ketua animator, dengan bantuan Johnny Cannon, Les Clark, Wilfred Jackson dan Dick Lundy. Filem ini dimaksudkan sebagai parodi Steamboat Bill Jr. oleh Buster Keaton yang keluar pada 12 Mei tahun yang sama. Meskipun cuma yang ketiga pernah dibikin, namun Steamboat Willie ialah kartun Mickey pertama yang berjaya mencari pengedar, maka dianggap ramai sebagai penampilan sulung Mickey. Willie menampilkan perubahan dalam wajah Mickey (terutamanya, melukis matanya sebagai titik besar) yang menetapkan wajahnya untuk kartun-kartun berikutnya.
Kartun ini bukan kartun pertama yang disertakan runut bunyi yang berhubung pada aksinya. Fleischer Studios yang diketuai adik-beradik Dave dan Max Fleischer, sudah mengeluarkan sebilangan kartun berbunyi menggunakan sistem DeForest pada pertengahan 1920an. Bagaimanapun, kartun-kartun ini tidak dapat memastikan bunyi selaras sepanjang filem. Bagi Willie pula, Disney memastikan bunyi dirakam dengan runut penanda yang memastikan para pemuzik mengikut rentak. Ketepatan pengaturan masa ini kelihatan ketika babak "Turkey in the Straw", apabila gerakan Mickey kena tepat-tepat dengan alat muzik yang mengiringinya. Ahli sejarah animasi telah lama berdebat mengenai identiti komposer muzik asal filem ini, dengan menyebut nama-nama Wilfred Jackson, Carl Stalling, Bert Lewis dan sebagainya, namun jawapannya masih belum jelas. Walt Disney sendiri menyuarakan Mickey dan Minnie.
Lakon layar menyaksikan Mickey berkhidmat di atas Steamboat Willie di bawah arahan Kapten Pete. Mulanya dia dilihat mengemudi kapal wap sambil bersiul. Kemudian Pete tiba untuk mengambil alih kemudi dan mencampak Mickey keluar dari anjung-anjung kapal dengan rasa marah. Mereka perlu berhenti untuk mengangkut barang muatan. Sebelum berlepas lagi, Minnie tiba, nampaknay sepautunya menjadi satu-satunya penumpang kapal tetapi tiba lewat. Mickey dapat mengambilnya naik dari tepi sungai. Minnie tercicir muzik lembarannya untuk lagu rakyat "Turkey in the Straw". Seekor kambing di kalangan haiwan-haiwan yang diangkut dalam kapal terus memakan lembaran itu. Maka Mickey dan Minnie menggunakan ekor kambing itu sebagai peti nyanyi yang memainkan irama. Sepanjang babak-bakja seterusnya, Mickey menggunakan haiwan-haiwan lain sebagai alat muzik. Maka Kapten Pete berasa diganggu oleh riuh-rendah ini lalu mengarah Mickey kembali bertugas. Mickey dihukum mengupas ubi kentang sepanjang saki-baki perjalanan. Dalam babak terakhir, seekor burung kakak tua cuba mengejeknya tetapi dicampak ke dalam Mickey.
Para penonton Steamboat Willie yang baru dikeluarkan itu dilaporkan kagum dengan penggunaan bunyi untuk tujuan komedi. Filem berbunyi ketika itu masih merupakan inovasi. Filem cetera pertama yang berbabak dialog, iaitu The Jazz Singer yang dibitangi Al Jolson, keluar pada 6 Oktober 1927. Dalam masa setahun kejayaannya, kebanyakan pawagam AS sudah memasang kelengkapan filem berbunyi. Walt Disney nampaknya berniat untuk mengambil kesempatan dalam trend baru itu, lalu diakui berjaya. Kebanyakan studio kartun lain masih mengeluarkan filem bisu maka tidak mampu menyaingi Disney. Kesannya, Mickey menjadi atak animasi yang tersohor pada zaman itu. Walt Disney kemudian berusaha menambah bunyi pada Plane Crazy dan The Gallopin' Gaucho (yang asalnya dikeluarkan bisu) dan keluaran barunya terus melonjakkan kejayaan dan populariti Mickey. Filem pendek Mickey keempat juga dimulakan pembikinan, berjudul The Barn Dance. Namun begitu, Mickey hanya dapat bercakap mulai "The Karnival Kid" pada tahun 1929 di mana kata-katanya yang pertama berbunyi "Hot dogs, Hot dogs!" Setelah keluarnya Steamboat Willie, Mickey became menjadi pesaing terdekat kepada Felix the Cat, dan popularitinya terus berkembang melalui kemunculan dalam filem berbunyi tanpa henti. Menjelang tahun 1929, Felix makin berkurangan penontonnya, maka Pat Sullivan memutuskan agar semua kartun Felix seterusnya disertakan bunyi.[1] Malangnya, peralihan Felix ke filem berbunyi tidak menampakkan apa-apa hasil dan menjelang tahun 1930, Felix sudah pudar dari layar wayang.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan