Sabtu, 18 Disember 2010

Christmas Stamps

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.


Sejarah

Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.[2] Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun 1889, Louis Duchesn

e berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7] tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[8] Pendapat inkarnasi

berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]

Dies Natalis Solis Invicti

Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol Invictus.[11] Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi me

reka.[11] Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi.[12] Maharaja Elagabalus (218–222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menj

adikan pesta tersebut sebagai cuti umum.[13]

Sambutan

Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di keba

nyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh

kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.

Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.

Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dic

erminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.

Tradisi Gereja

Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.

Paparan kelahiran Jesus Christ

Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kela

hiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke ban

yak negara lain.

Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

Lingkaran Kedatangan

Lingkaran Kedatangan (

Advent wreath) ialah selingkaran dau

n-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan

pohon Krismas.

Pembacaan kitab

Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang me

nceritakan kisah kelahira

n Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-b

acaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia.

Karol

Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, ke

banyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.

Sambutan awam dan komersil

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pok

ok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar yan

g meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar Square di London, Times Square di New York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias b

abak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah besar yan

g mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-bel

ah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas singgahsana untuk menden

gar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.

Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di

bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.

Sambutan seisi keluarga

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara ya

ng tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api.

Pokok Krismas

Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan