Isnin, 31 Januari 2011

Isteri masih mencari lain

Kes curang yang melibatkan bini dan suami orang ni memang dah berleluasa sejak dulu lagi. Kepada sesiapa yang sedang berada dalam situasi ini, saya berharap anda semua bersabar dan dalam masa yang sama atur langkah strategik untuk menyelesaikan masalah anda.

Kenapa terjadinya kes curang yang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin?

“Apa best sangat ke main dengan bini orang?”, kata S (bukan nama sebenar) yang kecewa apabila isterinya digoda oleh seorang lelaki lain yang sudah ada isteri dan anak.

Dalam situasi sebegini, semua pihak harus bertanggungjawab. Bila dah jadi, kita selalunya akan mencari di mana salahnya dan kebiasannya akan menyalahkan orang lain daripada diri sendiri.

Si isteri kalau dah tahu ada lelaki lain hendak masuk ‘line’ maka janganlah terhegeh-hegeh juga kepada lelaki tu. Anda bukan lagi anak dara yang sedang menunggu sang putera untuk meminang. Stop playing the game.

Memang kita harus layan orang dengan baik. Lebih-lebih lagi lelaki tersebut rakan sekerja yang sentiasa berada di pandangan mata setiap hari. Ingatlah kepada suami dan anak di rumah.

Di sinilah pentingnya kekuatan mental dan prinsip kita untuk mengawal situasi yang bakal kita hadapi. Kehidupan ini 10% datangnya daripada apa yang menimpa kita, 90% adalah bagaimana kita bertindakbalas dengan apa yang menimpa kita.

Si suami, kalau sedar akan tanda-tanda awal isteri dah mula lain macam, maka cepat-cepatlah mengatur langkah pencegahan sebelum isteri anda digelar “isteri curang”. Lakukan apa sahaja cara untuk menambat hati isteri agar dia tidak terfikir kemungkinan lain.

Kepada si lelaki yang suka main isteri orang pula, berhentilah daripada perbuatan ini kerana sesungguhnya perbuatan yang meruntuhkan rumahtangga orang ini besar dosanya (melainkan dengan niat membantu si isteri yang dizalimi oleh suaminya).

2 ulasan:

  1. hmmm kes berat ni.. hmmm pada pandangan saya, perkara ni berlaku bilamana si isteri atau suami mula merasa telah tiada kemanisan dalam rumah tangga mereka.. tiada senda gurau, tiada lagi perbincangan.. setiap hari yang diharungi terasa hambar.. sebenarnya dlm rumah tangga, kita perlu menghargai pasangan kita.. cara utk menghargai terpulang kepada individu. mungkin secara lisan dengan kata2 pujian dan sokongan.. atau secara fizikal melalui belaian dan material.. jika si isteri atau suami sudah mula rasa tidak dihargai, mulalah nak membandingkan rumah tangga org dengan rumah tangga sendiri.. yang akhirnya cuba utk mendapatkan perhatian dan belaian daripa org ketiga. jika perkara ini berlaku hanya satu perkara yang pasti dapat mengharmonikan rumah tangga kita semula iaitu kembali kepada seruan dan ajaran agama Allah. insyallah rumah tangga kita akan selamat malah lebih bahagia daripada sebelumnya. Renung-renungkan dan selamat beramal…. Hehe.. -dNt-

    BalasPadam
  2. Saya setuju sangat pendapat "Tanpa Nama" ni, ramai suami atau isteri cuba mencari jalan penyelesaian di dalam rumahtangga dengan menjalin hubungan luar tanpa cuba memperbaiki masalah yg ada. Hubungan luar adalah penambah masalah.

    BalasPadam