John Ono Lennon, MBE (lahir John Winston Lennon; 9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980) adalah pengubah Inggeris serta penyanyi muzik popular yang merupakan ikon abad ke-20. Beliau paling dikenali sebagai pengasas The Beatles, sebuah kumpulan muzik yang, bersama dengan Paul McCartney, merupakan perkongsian penulisan lagu Lennon-McCartney yang amat berjaya pada sepanjang 1960-an.
Penulisan lagu Lennon penuh dengan kepedihan dan harapan, dengan melodinya kekadang indah dan kekadang muram. Lirik Lennon membayangkan peristiwa-peristiwa semasa serta tekanan peribadi dan kerjayanya, pandangan falsafah, dan ketakselesaannya dengan kemashyuran. Beliau dan McCartney mempopularkan penggunaan kesan-kesan eletronik dalam muzik rock, dan membuka jalan untuk berbagai-bagai bentuk rock yang lebih keras pada dekad 1970-an dan 1980-an.
Dalam rancangan-rancangan televisyen dan filem-filemnya seperti Malam Hari yang Susah (bahasa Inggeris: A Hard Day's Night) (1964), serta melalui persidangan akhbar dan wawancara, Lennon sering mendedahkan sifat yang melawan, khususnya terhadap kepercayaan yang sudah mantap dan institusi yang sudah bertapak, serta kepintarannya yang bersifat tidak hormat. Beliau menyalurkan kemashyuran dan kecenderungan perbalahannya kepada kerjanya sebagai penindak cergas keamanan, pelukis, dan penulis.
Mati dibunuh
Lennon ditembak mati oleh Mark David Chapman di luar bangunan pangsapuri Manhattan milik Lennon di Bandaraya New York pada 8 Disember 1980.
Pada 7 Ogos 2010, isterinya Yoko Ono (77 tahun) membantah parol diberi kepada pembunuh suaminya kerana percaya tertuduh masih menjadi potensi ancaman. Yoko Ono berbincang dengan Persatuan Pengkritik Televisyen. PBS akan mengeluarkan dokumentari tentang keluarga dan kehidupan Lennon di New York pada 1970-an.
Kemasyhuran
Pada tahun 2002, Lennon mendapat tempat kelapan dalam sebuah tinjauan pendapat untuk 100 Tokoh British Yang Teragung yang dijalankan oleh BBC di United Kingdom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan