Rabu, 2 Mac 2011

Tikus yang memerintah Kuil di India





Pernah dengar tak kuil yang menghormati dan memuja tikus . Lihat lah foto-foto ini.

Ianya mungkin terdengar seperti mimpi buruk bagi kebanyakkan negara tapi di kota kecil barat laut India di Deshnoke, ianya adalah tempat ibadah terkenal iaitu Rajastan's Karni Mata Temple.

Candi Hindu yang dibina oleh Maharaja Ganga Singh di awal tahun 1900-an adalah sebagai penghormatan kepada dewi tikus, Karni Mata. Hiasan marmar , emas dan perak ditemui pada garis panel pintu masuk dan lantai sebagai dekorasi seluruh kuil ini.

Namun setakat ini aspek yang paling menarik dari interior kuil ini adalah 20,000 ekor tikus aneh yang menduduki kuil ini . Haiwan-haiwan suci ini dipanggil kabbas, dan banyak orang melakukan perjalanan jarak jauh untuk memberikan penghormatan kepada tikus-tikus di kuil ini.

Legenda menyatakan bahawa Karni Mata, seorang ibu pemimpin mistik dari abad ke-14, adalah jelmaan Durga, dewi kekuasaan dan kemenangan. Pada beberapa tahap semasa hayatnya, anak dari salah satu kaumnya meninggal. Dia berusaha untuk membawa kembali anak itu ke dunia sebenar dan telah diberitahu oleh Yama iaitu dewa kematian bahawa dia telah berinteraksi dengan si mati.

Karni Mata memutuskan kesepakatan dengan Yama semenjak dari itu semua orang yang mati dia akan dilahirkan semula sebagai tikus sampai mereka boleh dilahirkan kembali ke syurga.

~~Sumber National Geographic~~


Ainul ada tengok rancangan ni kat Astro . Pengikut Hindu yang percaya pada tikus-tikus ini akan berkongsi makanan seperti pisang , setiap kali tikus ni mengigit pisang maka dia pun akan mengigit pisang tu jugak manakala susu yang di minum oleh tikus-tikus ni akan di minum pula oleh pengikut tersebut dan di basahkan pada rambunya.

Kadang-kadang terfikir juga saya bukankah tikus ni pembawa penyakit dan ditakuti oleh seluruh dunia tapi dalam rancangan itu menyatakan setiap kali pengikut agama tersebut sakit mereka akan pergi ke kuil untuk membiarkan diri digigit oleh tikut-tikus tersebut dan tidak lama kemudian penyakit tu akan sembuh..pelik !!!!

Manusia ni bila dah terlalu taksub dengan sesuatu perkara mereka dah tak dapat nak berfikir lagi contohnya macam pengikut Ayah Pin (kerajaan langit) tu sampai sanggup minum air basuhan kaki beliau power betul Ayah Pin ni so apa komen anda tentang hal ni ????

Selasa, 1 Mac 2011

Sapa nak jadi polis



IKLAN PENGAMBILAN POLIS BERMULA PADA 27 FEB 2011 HINGGA 9 MAC 2011.

SESIAPA BERMINAT BOLEH DAPATKAN BORANG DI IBU PEJABAT POLIS TEMPAT MASING-MASING.

PEMOHON KENA HADIR SENDIRI SEBAB NAK UKUR TINGGI , DADA DAN LAIN-LAIN LAGI.

Rahsia Disebalik Senyuman

“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”

Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. J

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.

6. kita juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan
sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan sekalian, jangan lupa untuk senyum.... Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles

Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "

Diarah oleh Jonathan Liebesman, "Dunia Invasion: Pertempuran Los Angeles" dibintang oleh Aaron Eckhart ("The Dark Knight"), Michelle Rodriguez ("The Fast and Furious") dan Bridget Moynahan ("The Recruit").

Filem seperti "World Invasion" Battle Los Angeles ini mengandungi elemen aksi, fiksyen sains dan perang diolah ke dalam satu. Dan itulah yang menarik sebahagian besar pelakon dan krew untuk projek perfileman ini.

“Aku dibesarkan dengan filem seperti ini" kata Pengarah Jonathan Liebesman berkongsi cerita. "Filem Perang dan filem-filem fiksyen sains adalah kegemaran saya samada ia adalah 'Braveheart' atau 'Alien' mahupun 'Terminator' dan di sini anda mendapatkan kedua-duanya sekali"

Tapi Liebesman sangat khusus tentang genre yang mana datang dahulu "Ini bukan filem makluk asing yang mempunyai askar tapi ini adalah filem perang dengan makluk asing .."

Semangat itu juga yang menarik Aaron Eckhart, yang memainkan peranan Sarjan Michael Nantz dalam filem ini. Sarjan Nantz yang memimpin platun marine ke Bandar Los Angels selepas diserang oleh makluk asing. "Saya melakukan ini kerana pengarah, Jonathan Liebesman," kata Eckhart. "Saya merasa bahawa dia ingin membuat filem perang yang lebih realistik, dan itulah yang ingin saya lakukan."

Check out trailer menakjubkan di bawah ini. Ianya telah disatukan dengan baik sekali,soundtrack yang cukup bagus walaupun memang terlihat seperti video game di merata-rata tempat. Harapan filem ini akan mendapat sambutan hebat namun sapa tahu kemungkinannya nanti. Skyline mempunyai trailer besar, tetapi ulasan mengatakan filem ini ini agak kucar kacir di kesudahannya. Mungkin filem makluk asing ini adalah lebih baik dari yang lain.



Isnin, 28 Februari 2011

Benda yang Tidak Kita bawa Ke Dunia Ini


Ketika lahir, kita tidak membawanya ke dunia ini dan ketika meninggal pun, kita tidak boleh membawanya pergi.

Erti dan makna peribahasa ini ingin menasihati, menyedarkan kita agar tidak hanya fokus kepada wang dan kekayaan semata-mata, apalagi menganggapnya sebagai segala-galanya. Dengan demikian ketika kita kehilangan wang, harta benda, tidak akan terkandung dalam kesedihan dan penderitaan. Kerana ketika lahir, kita tidak membawanya ke dunia ini, maka apa pun yang boleh kita capai dan peroleh pada waktu yang lalu, pasti boleh didapatkan kembali pada saat ini maupun pada masa-masa yang akan datang.

Kita mesti menyedari masih ada kekayaan lain yang lebih berharga, lebih bernilai dan lebih kekal yang boleh digunakan untuk mencari wang itu sendiri, seperti kesihatan dan semangat.

Cerita:

Alkisah seorang lelaki mengalami stress berat dan hampir bunuh diri kerana bisnesnya gagal dan semua tabungannya habis.

Lalu, ia dibawa ke ahli psikologi. Dengan mulut komat-kamit, ia berkata, “Saya telah habis…… saya telah habis…. dan habislah saya………”

Seperti orang yang bingung, kehilangan akal namun dia masih sempat mengeluh.

“Semua yang saya usahakan dari awal lenyap seketika. Wang bermilion-milion yang saya kumpulkan mengwap bagaikan gas. Tidak ada ertinya hidup ini lagi ….. saya benar-benar sudah habis …benar-benar habis…. dan habislah saya.”

Setelah itu, ia tertunduk lesu. Air matanya seakan-akan tak tertahankan dan mulai membasahi kedua pipinya. Dari raut mukanya terlihat kesedihan yang amat mendalam.

Lalu dengan tenang, doktor yang dari tadi sengaja memberikan kesempatan kepada lelaki itu untuk meluahankan perasaannya lalu bertanya, “Apakah kamu masih boleh melihat?”

“Boleh.”

“Apakah tangan dan kaki kamu masih boleh digerakkan?”

“Boleh.”

“Apakah otak kamu masih boleh berpikir?”

“Boleh.”

“Kalau begitu, kamu belum habis, masih tersisa begitu banyak aset-aset produktif.”

Dengan bahasa mandarin yang fasih, doktor tersebut berkata,

Lalu ia bertanya kepada pemuda yang mulai menyedari kekeliruannya itu, “Ketika kamu dilahirkan, apakah sudah mempunyai wang?”

“Tidak”

“Apakah kamu akan membawa wang ini ke liang kubur?”

“Tidak”

“Jadi tidak ada yang habis……”, lanjut doktor tersebut menyakinkan.

Oleh sebab itu jangalah terlalu bersedih bila gagal atau kehilangan kedudukan, wang atau harta benda.


Berjuang kembali dengan semangat dan keyakinan seperti dulu!
“Kejayaan pasti boleh diraih kembali”

Salam sukses untuk Anda

Harga Barang Semakin Naik , Aku Semakin Tersepit

Rakyat tidak meminta subsidi dari kerajaan, malahan rakyat juga tidak tahu jika kerajaan memberikan subsidi. Melainkan subsidi yang diberikan secara langsung. Benarkah selama ini rakyat mendapat subsidi dari pelbagai jenis barang? Sebelum ini yang hanya disebut-sebut ialah subsidi petrol. Kini dipanjangkan pula kepada subsidi beras, tepung, gula dan macam -macam lagi.. mungkin satu masa nanti subsidi tol pakaian, air, api dan segala macam barang pula dijadikan alasan.

Jika benarlah kerajaan memberikan subsidi kepada barang-barang yang dikatakan mendapat subsidi kerajaan, cuba fikir dan bayangkan berapakah harga sebenar barang atau perkhidmatan tersebut jika tiada subsidi langsung. Jadi persoalannya yang perlu difikirkan, adakah benar wujud subsidi seperti yang dicangan oleh kerajaan? atau kerajaan yang sekarang memerlukan subsidi daripada rakyat untuk terus hidup dengan bermewah-mega?

Benarkah subsidi wujud? Bagaimanakah subsidi ini dijalankan? Siapa yang boleh memberikan bukti dan fakta tentang kewujudan subsidi? Adakah penyata kira-kira yang menunjukkan kewujudan subsidi? Atau, ianya hanya rekaan di atas kertas sebagai alasan untuk menjawab isu kenaikan harga barang keperluan.

Sumber Malaysia Today

Disebabkan kenaikkan harga barang secara perlahan-lahan duit kita semakin kecil kalau dulu duit RM 200 boleh beli stok dapur untuk sebulan tapi sekarang pergi Tesco, Giant atau carrefour dengan RM 200 dapat beli kurang dari separuh troli dalam 3-4 barang troli pun rata jer.

Pendapatan aku suami isteri adalah dalam RM 6K-7K sebulan tapi tiap2 hujung bulan duit dah kering. Kos sara hidup kat kl memang tinggi sewa rumah, belanja dapur, bil-bil , belanja sekolah anak-anak, minyak kereta, bayar hutang kereta, rumah , kredit kad dan lain-lain lagi.

Kad Kredit - Penggunaan kad kredit kami suami isteri dah lama henti penggunaannya cuma bayar hutang dia tiap-tiap bulan.

Rumah -Disebabkan kerja tentulah nak buat harta jadi beli lah rumah kalau nak beli rumah di kl terutama rumah teres tentu tak mampu harga melambung mahal tapi disebab teringin nak rumah teres terpaksalah beli di luar kl, bila beli di luar kl tentu susah nak tinggal kat rumah sendiri sebab nak berulang alik kerja jauh. Rumah yang di beli kena bayar kat bank tiap-tiap bulan dalam masa yang sama terpaksa menyewa rumah di kl satu pembaziran lagi.

Kereta - Kat kl tak pakai kereta pun susah sebab kat Malaysia public transport bukannya cukup kalau nak guna public tranport letih la!! kena tukar naik train pastu kena sambung naik teksi lagi. Tempat kerja kami suami isteri bebeza so mau tak mau kena ada 2 biji kereta.

Sekolah anak - Anak-anak bila semakin membesar lagi banyak belanja , nak bayar duit asrama, duit poket dia orang untuk sebulan dalam RM 60.00 X 3 = RM 180.00 itu untuk belanja sekolah belum lagi lain-lain belanja nak beli bukulah , kurikulum lah itu ini.

Bil-Bil - Tiap-tiap bulan bil letrik, air mesti kena bayar takan nak bergelap kot dan tak der air, astro mesti mau tengok , internet dah jadi kemestian zaman sekarang. Bil talifon , errm bil talifon rumah, talifon bimbit lagi , ada anak 3 orang makna nya top up kena bayar untuk 3 org termasuk diri sendiri so 4 orang lah. Budak-budak dia orang tau nak jer , aku dulu kalau mak abah kata tak der duit so tak minta lah lagi , tapi budak sekarang bukan macam tu yang dia orang tau nak jer.

Sejak dua menjak ni baru aku perasan dah lama aku tak beli kain nak buat baju kurung pergi kerja sampai aku pun dah lupa untuk beli untuk diri sendiri sebab duit asyik tak cukup jer . Kalau dulu tahun 1994 masa aku mula kerja hampir tiap-tiap bulan aku akan buat baju baru.
Kadang-kadang kesian juga tengok suami aku pergi kerja pakai baju-baju lama jer , di sebabkan tu aku sekali sekali pergi juga kedai kain beli kain untuk buat baju kemeja dia , suami aku jenis badan besar (org putih) so baju size dia kat shopping complex ni memang tak ada , terpaksa di tempah kos tempah baju pun bukan murah.

Disebabkan kerja hari-hari mengadap komputer cubalah nak cari side income kat internet sebab orang kata boleh buat duit dengan internet maka aku pun cuba-cuba lah buat blog ni tapi sampai sekarang tak der pun duit dari nuffnang....sedih.

Sabtu, 26 Februari 2011

Bruno Mars Live in Kuala Lumpur





Sesiapa yang berminat untuk menyaksikan konsert live Bruno Mars bolehlah klik di side bar sebelah kanan blog ini untuk mendapatkan tiket yang cepat . Ticket mula di jual pada 3 Mac 2011. So cepat-cepatlah jangan sampai melepas tengok Bruno Mars penyanyi yang popular masakini.

Bruno Mars Biography

Peter Hernandez (born October 8, 1985 in Waikiki Hawaii) better known by his stage name Bruno in March is a Hawaiian singer-songwriter, producer and multi-instrumentalist chord signed to Atlantic Records, he is best known for singing and co-written hooks for the # 1 result Nothin 'On You by Bob and billionaire who Travie McCoy, he also wrote the international hit Right Round by Flo Rida After the success of these songs in March released their debut EP it's better if you do not understand in May 2010, he has plans to release his debut album Ladykiller sometime later this year

March Bruno was born and raised in Hawaii to parents Pete and Bernadette "Bernie" San Pedro Hernandez Bayot of Filipino and Puerto Rican descent Hernandez was one of six children untilAmman with brother Eric ennd sisters Jaime Tiara Tahiti Presley He came from a musical family that gives him a style mixing music Reggae Rock Hip Hop and R & B from an early age, he imitate and perform songs by influential artists such as Michael Jackson and Elvis Presley in 1990 at the tender age of 4 Hernandez was in the middle of the week the newspaper as "Little Elvis" He was President Theodore Roosevelt High School diploma in 2003 at age 17 and shortly thereafter moved to LA to pursue a career, he signed with Motown Records in 2005 and The trio formed production Smeezingtons with Phil Lawrence and Ari Levine, he formed the stage name after Bruno Sammartino a wrestler like his father, likened him as a child, he has since written songs for K'naan and Adam Levin

Khamis, 24 Februari 2011

Best nyer pergi London






Aku dari kecik lagi bercita-cita mengelilingi dunia bukannya aku bercita-cita nak belajar tinggi-tinggi pun . Kalau orang lain belajar pandai boleh pergi sambung belajar sampai ke luar negeri tapi aku sekolah pun tak tinggi , kalau jadi tentera ada mana-mana negara yang berperang boleh juga jadi anggota PBB berkhidmat ke luar negara seperti Somalia, Bosnia, Lubnan, Aceh dan banyak lagi. Memang dari bangku sekolah aku memang minat nyanyi lagu inggeris , petang-petang masa kat kampong aku akan duduk kat tangga depan rumah sambil buat kerja sekolah aku akan menghafal lirik lagu inggeris masa tu famous dengan Boney M, Abba, Air Supply, Bonnie Taylor dan macam-macam lagi lah.

Petang-petang kalau jiran sebelah tak dengar aku melalak memang tak sah dan satu lagi aku memang suka baca novel inggeris yang di alih bahasa atau aku curi baca novel cinta inggeris kakak aku punya bila dah baca tu aku mula lah berangan yang aku adalah watak dalam novel tu , program tv memang aku tak miss minat sangat drama inggeris dulu-dulu admire sungguh aku dengan hero-hero mat saleh masa tu. Sejak tu aku mula lah berangan-angan satu hari nanti mesti aku kawin dengan lelaki mat saleh dan duduk di negara sejuk wowww best nyer.

Masa dan keadaan berubah aku dah mula menginjak dewasa namun cita-citaku tak pernah padam untuk mengelilingi dunia sehinggalah aku kawin dengan lelaki melayu (skrg ex husband) tapi ex husband ku masa tu bukan kata nak melancong nak berjalan hari minggu pun tak mau …sedih aku, namun jodoh ku dengan dia pun tak panjang tapi masih bersahabat baik.

So aku terfikir macam mana lah nak pergi London atau Paris satu hari nanti atau paling dekat ke Singapura atau Thailand , rugi lah kalau tak dapat tengok dunia luar , secara kebetulan ada seorang mat saleh minat sangat kat aku seorang peladang di Australia, perkenalan internet hampir 2 tahun dia mengajak aku kawin dan menetap di ladangnya di Australia, mungkin dia menyangka aku terima lamarannya maka dia pun buatlah persiapan cat rumah, tukar sofa baru dan macam-macam lagi entah macam mana aku lak ubah fikiran sebab rasanya aku tak mungkin nak jadi isteri seorang peladang tambahan bila tiba musim mencukur bulu kambing biri-biri dia akan pergi ke ladang orang lain selama berminggu-minggu mengambil upah mencukur bulu kambing dan aku akan duduk di rumah menjaga ternakan dengan keadaan jauh dari jiran-jiran. Tiket kapal terbang telahpun dia tempah untuk aku ke sana namun akhirnya aku menghilangkan diri darinya tanpa khabar berita.

Aduh penat juga jadi penulis ni….banyak lagi nak citer.

Hingga akhirnya aku bertemu lagi dengan seorang mat saleh dari UK , hahaha hampir tercapai impian ku nak gi London ni , mat saleh ni dah berbelas-belas tahun duk kat Malaysia dan tak berhasrat nak balik menetap kat negaranya sebab dah jatuh cinta dengan Malaysia dan akhirnya di jatuh cinta dengan aku, perkenalan 2 bulan ajer dia terus nak masuk Islam dan ajak aku nikah jer , terus aku call abah di kampung , respon abah biasalah pergilah cepat isi borang nikah , bila nak nikah , kalau nikah nanti balik duk London ker, abah cakap oklah kalau dah suka …ermmmm itu lah kenangan arwah abah aku seorang yang sporting dan manja dengan anak-anak …aku rindu kat abah …moga abah bahagia disisi yang Esa.

Sebulan berkahwin suamiku bawa aku melancong ke Bangkok, Thailand selama 4 hari 3 malam duk kat Hotel 5 star huhuhu..best nyer dah 2 kali pergi sana, hehehe kelakar giler sebab aku berdebar masa first time naik air asia, masa tu aku macam budak kecik jer tambahan suamiku sungguh manja kan diri aku ni. Selepas tu dia bawa aku pergi Singapura dah 5 kali pergi sana.

Tahun lepas dia bawa aku pergi balik London jumpa family dia , selama 3 minggu dia sana tiap-tiap hari dia bawa aku keluar berjalan pergi merata-rata tempat , tapi sebelum pergi tu dia suruh aku cari kat internet dulu mana-mana tempat pelancongan aku teringin nak pergi so aku pun buatlah nota tempat-tempat aku nak melawat . Puas sungguh aku duk London ermmm kota raya London yang aku impikan dulu masa sekolah kini di depan mata. London sungguh gah dengan bangunan-bangunan nyer , masa ke Harrod, London aku masuk toilet masa kat toilet tu aku dengar suara seorang perempuan bercakap dengan anaknya “ nak berak ker” iskh ada juga orang Melayu , Malaysia kat Harrod ni …canggih.

Hujung tahun ni kalau ada rezeki mungkin husband nak bawa aku pergi Paris lak …yahoo bestnyer. Sekarang baru aku tahu kalau nak berjalan jauh carilah suami yang jauh boleh lah jalan-jalan ke kampung halaman dia lak lagi pun dah sifat orang putih suka merantau so bolehlah aku tumpang sekaki .

Biar kencing manis, jangan sesekali KENCING rakyat

Tarik Subsidi Gula Elak Rakyat Kena Kencing Manis – PM

Penyelarasan subsidi yang dilakukan kerajaan masih berpegang pada prinsip meminimumkan bebanan rakyat.

Rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran. “Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46.

penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini.pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya. - sebahagian daripada ucapan PM ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di Kuantan pada hari ini

Kenapa orang berlumba-lumba nak kerja kerajaan

Banyak advantage sebenarnya kalau kita bekerja dalam sektor awam sebab kelebihan-kelebihan yang kerajaan sediakan untuk staf-staf mereka memang hanya yang terbaik. Saya senaraikan 10 kelebihan yang anda akan terlepas sekiranya anda tak berminat nak bekerja dengan kerajaan (memang rugi kalau anda tak baca sampai habis):

1. Elaun perumahan

Elaun perumahan setiap tahun dah cukup untuk hilangkan risau anda nak cari duit untuk bayar sewa bulanan rumah. Membantu ke tak?

2. Cost of living allowance (COLA)

Kerja dalam bandar besar macam KL, JB, Melaka dan kawasan Selangor mahal? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol, parking, minyak, dll. COLA pula dibayar ikut kawasan bandar mana anda bekerja!

3. Imbuhan tetap khidmat awam (LTKA)

Semua kakitangan awam akan terima satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat untuk negara. Bukan setakat dihargai, tapi kerajaan beri juga imbuhan untuk memberitahu anda yang khidmat anda sentiasa diperlukan.

4. Kenaikan gaji setiap tahun

Ini memang tak dapat dinafi, kenaikan gaji kerja kerajaan menang konsisten. Lagi lama berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Mana nak dapat kalau bekerja di sector swasta atau bekerja sendiri.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. Kerajaan memang akan bantu dapatkan kemudahan-kemudahan yang anda perlukan.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan

Cuti biasanya diberikan paling munimum 14 hari untuk pekerja am. Kalau anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. Cuti pun ada kenaikan tau!

7. Pinjaman perumahan

Ambil perhatian: Anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu sebuah rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘pent house‘ idaman anda.

8. Peluang kenaikan pangkat

Siapa tak nak naik pangkat, betul tak? Naik pangkat mewakili satu pakej yang ramai orang idamkan – naik gaji dan naik level lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos untuk diri sendiri la ni.

9. Peluang melanjutkan pelajaran

Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. Hebat tu! Dan untuk makluman, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran . Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. Tak perlu lagi turun naik tangga buat pembentangan untuk pohon pinjaman dari pihak lain.

10. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Memang tak tipu, anda akan dapat lebih banyak masa (kadang-kadang rasa berlebih pun ada!) bersama keluarga berbanding ‘kehidupan swasta’ sebelum ini. Selain itu, banyak juga kerja-kerja yang dulu terbengkalai di rumah semasa kerja awasta boleh disiapkan selain boleh luangkan banyak masa di rumah.

Banyak betul kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Tapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini? Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu.

Rabu, 23 Februari 2011

Aku tak mau hisap dah

Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.

Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.

Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang pelbagai risiko dan juga akibat.

Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini, tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.

Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.

Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.

Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.

Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.

Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki.

Anda Tak Akan Kaya Dengan Sekadar Klik Iklan

ni adalah salah satu daripada program skim cepat kaya yang makin hangit hangat sekarang ini. Berlambak iklan diorang kat Berita Harian. Mereka sanggup melaburkan RM150 seminggu semata mata untuk menarik orang baru untuk menjadi mangsa mereka.

Malah testimoni juga telah direka malah bukti pendapatan daripada testimoni telah dicilok daripada laman web seorang ahli forum WangCyber. Saya tengok memang sama. Sah ia telah dikutip untuk menguatkan testimoni skim cepat kaya ini.

Boleh ke klik iklan jadi jutawan? Merapu betul. Takde sape pengiklan yang sanggup bayar untuk klik iklan mereka. Kalo dalam Google Adsense, dah lama kena ban sebab klik sendiri atau mengalakkan klik pada iklan. Ini adalah kerana setiap klik dibayar pengiklan.

Target atau sasaran utama pengiklan adalah sales atau jualan. Jika pelawat hanya sekadar klik iklan dan mereka terpaksa membayarnya. Ia adalah sesuatu yang merugikan mereka. Matlamat akhir adalah untuk membuat untung, jadi rugi pulak.

Jadi jutawan dengan klik iklan je memang takkan kaya apatah lagi jadi jutawan. Saya akui adalah progran pay per click kat dunia ni. Tetapi mereka membayar $0.001 bagi setiap klik. Rasanya anda menghabiskan masa 10 tahun baru dapat $1. Tu kira dah kaya dah tu. Jutawan dah kalo dalam rupiah. :P

Menurut laman web berkenaan, satu klik dibayar 10sen. Siapa yang akan bayar? Yang international? Bersepah scammer Paid Per Click. Kat dalam statistik memang nampak la. Bila nak bayar. Langsung takde. Begitu juga program Paid To Read Email atau PTR ni.

Taktik lain yang scammer gunakan ialah Paid To Surf. Kesimpulannya Paid Per Click, Paid To Read, Paid To Surf kebanyakannya adalah scam.

Elakkan daripada tertipu daripada program sedemikian. Jangan bazirkan masa dan tenaga anda. Masa itu emas. Bil internet & elektrik pun kena bayar. Bukannya makin kaya tetapi makin kayap.

Sumber Shamsuriyadi.com

Jumaat, 18 Februari 2011

Mengapa Lelaki Pergi Setelah Anda Meluah Perasaan?


Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi…

…bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah THE ONE…

…maka sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.

Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.

Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?

1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional

Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).

Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.

Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.

2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul – ada kemungkinan!

Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.

Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.

Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.

Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.

Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.

Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!

Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.

Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.

sumber e-book