Khamis, 10 Mac 2011

Pendidikan rendah, wanita Melayu pilih pasangan asing


SINGAPURA: Adakah lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing?

Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan besi berani menarik perhatian wanita Melayu?
Persoalan yang menjadi perhatian ini dikaji secara ilmiah oleh Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.
Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 hingga 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Hasil kajian itu, beliau menemui beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain.

Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.

“Saya dapati rata-rata, kelulusan tinggi si wanita, di samping pergaulan mereka, menjadi sebab utama mengapa pilihan hati mereka bukan lelaki Melayu. “Semua yang diwawancara mengaku sukar mencari pasangan Melayu yang setaraf tahap pendidikannya. Kalau pun ada siswazah lelaki Melayu, mereka awal-awal lagi sudah diambil orang!

“Jadi, si wanita perlu 'merantau' mencari lelaki bangsa asing,” kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.

Menurut Lulu, lebih separuh daripada wanita yang diwawancara dalam kajian itu bersuamikan lelaki Amerika, Inggeris dan beberapa negara Eropah lain. Bakinya memilih lelaki Cina sebagai pasangan. – Agensi


~~~~~~~~~~~~~


Bagaimana pulak dengan wanita yang berpendidikan rendah? tetapi masih mencari warga asing sebagai pilihan seperti Bangla, Nepal , Afrika dan Lambok apakah ciri-ciri istimewa lelaki asing ini. Dimanakah keistimewaan Lelaki Melayu Malaysia, di manakah maruah mereka hingga wanita melayu makin hari makin ramai memilih lelaki asing? Apakah penyebab situasi ini menjadi-jadi??





6 ulasan:

  1. mmg ssah nk cari lelaki y sekufhu ngan kite ni..bg eira sndri la,mat salleh ni,jux nk cri glamer..xpon,anak kcukan ni kan lawa,bjak n so on..so,ni la pluang nk dpatkan anak y cam 2..llaki melayu bkan xde 'class' p anak gadis lbih mau cri glamer...konon2nye,bgse asing lbih 'romantik' pdahal hancuss..

    nota conteng:thanx sbb jd follower eira,eira da follow akak..adiah??mksud akk cmne 2?eira ni bru jgak lam blogging,hrap akk sudi bg tnjuk ajar..

    BalasPadam
  2. bagos la gitu... masyarakat majmuk. lelaki melayu pun suka dgn wanita thailand dan indonesia. sbb pandai layan suami~

    BalasPadam
  3. Salam. . .yg lebih penting ialah di akhirat nnti. .adakah anda knal diri anda yg sebenar. .ingat Agama tu jgk yg pnting. .apa tujuan sebenar Allah cipta mnuasia. .cari dn belajar lahh hal Akhirat jgk

    BalasPadam
  4. Yela...saya pun lelaki melayu ori inilah bangsa sudah hilang apabila melahir anak kacukan...

    BalasPadam
  5. Yela...saya pun lelaki melayu ori inilah bangsa sudah hilang apabila melahir anak kacukan...

    BalasPadam