Khamis, 17 Februari 2011

Bertemujanji selepas bercerai


Perhubungan yang telah lama terjalin tidak akan berakhir dalam sekelip mata. Memang, ada perkahwinan yang dibina lebih 20 tahun akhirnya musnah begitu sahaja. Tetapi bila diimbas kembali, perhubungan suami isteri itu mungkin telah retak selama beberapa tahun sebelum perkahwinan itu berkecai.

Mungkin ia berlaku kerana si dia sebenarnya bukanlah pasangan yang tepat. Siapa tahu? Apapun, apabila pasangan anda telah tiada, diri pasti akan rasa kehilangan ditambah pula rasa dikhianati dan timbul kebingungan.

Apabila sebuah perkahwinan menemui kegagalan, ramai wanita mungkin bertindak menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Sejujurnya, boleh dikatakan kasih sayang secara fizikal selalunya akan hilang lebih awal sebelum berakhirnya perkahwinan tersebut. Jadi, apabila diri berasa terluka, perkara lumrah yang dilakukan manusia termasuk wanita adalah cuba menjalinkan hubungan dengan lelaki lain untuk menyakinkan diri bahawa mereka masih mempunyai daya tarikan.

Sebenarnya pengajaran pertama untuk memulih dan membina semula kehidupan adalah dengan bertindak – jangan mencari cinta.

Sebaliknya carilah persahabatan, keseronokan atau apa sahaja asalkan ia bukan cinta. Sebabnya, apabila harga diri sedang terumbang-ambing dan anda ketika itu juga ‘terdesak’, ia hanya akan mendorong anda kepada lelaki ‘jahat’. Pastinya, kita tidak mahu keadaan itu berlaku pada diri masing-masing.

Jadi apa yang perlu dilakukan dahulu? Ketika ini, anda telahpun bersedih dan berkurung di rumah selama beberapa minggu.

Kini, tibalah masa untuk anda bangkit, bersihkan diri dan beri kekuatan kepada diri untuk keluar seketika tidak kira berjalan-jalan atau berseronok. Mungkin kata-kata ini dapat membantu. Senyumlah dan dunia akan tersenyum kembali kepada anda.

Jangan biarkan diri menyendiri. Luahkan kesedihan dan kekecewaan pada teman-teman. Mereka boleh menemani anda secara bergilir-gilir. Suruh mereka membawa anda keluar bersiar-siar.

Ingat! Anda tidak perlu menangis selamanya. Namun ia akan berlarutan jika anda tidak bangkit berusaha melawannya. Tiada apa yang paling teruk selain daripada menangisi dan memberi simpati kepada individu yang sudahpun menjadi sejarah.

Rancang untuk sentiasa sibukkan diri. Jika anda tidak mempunyai ramai teman, langkah terbaik adalah dengan mendaftarkan diri ke gimnasium.

Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat bertemu dengan ramai orang, tetapi turut membantu meningkatkan lagi semangat diri.

Apa yang dilihat, ramai yang memasuki gimnasium bukan sahaja beroleh tubuh yang pejal tetapi ia juga membantu mengubah kehidupan mereka menjadi bertambah gembira, bertenaga, positif dan lebih tenang.

Sumber Internet....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan