Sabtu, 12 Februari 2011

Alasan Kawin Lewat

Dalam musim cuti seperti ini semestinya ramai yang akan mendirikan masjid. Kawasan kejiranan saya di sini sendiri akan berlangsungnya 3 buah majlis perkahwinan dalam bulan ini. Ketiga-tiga pasangan bakal pengantin itu adalah dalam umur lingkungan 27-30an bagi perempuan dan 27-40an bagi yang lelaki. (sumber : daripada makcik jiran sebelah rumah). Ini yang membuatkan saya terfikir. Fakta yang mengatakan ‘Gejala lambat kahwin semakin meningkat di Malaysia’ (yang pernah diwar-warkan suatu ketika dulu), kini semakin jelas kesahihannya.

Saya tidak nafikan ramai juga mahasiswa/i yang telah menemui pasangan hidup di alam universiti, tetapi kebanyakannya tidak bercadang untuk berkahwin pada masa itu kerana lebih mengutamakan tanggungjawab sebagai pelajar. Ini memaksa mereka memilih untuk sekadar mengikat tali pertunangan sahaja dan memutuskan untuk berkahwin setelah tamat pengajian. Tapi jika dilihat secara keseluruhannya, lebih ramai pula yang selepas tamat pengajian melibatkan diri dengan alam pekerjaan terlebih dahulu dan selepas beberapa tahun barulah berfikir tentang alam perkahwinan. Bagi golongan wanita, apa guna belajar tinggi-tinggi jika selepas itu duduk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa. Maka bekerja adalah satu kepentingan bagi wanita generasi masa kini. Sememangnya penceburan golongan wanita dalam pendidikan dan alam pekerjaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Dahulu seorang anak gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini tidak lagi kerana pada usia itu masih ramai yang sedang berada di IPT. Saya sendiri sudah menceceh usia 21 tahun dan masih berada di pertengahan alam universiri. Selepas alam universiti, adanya alam pekerjaan dan akhir sekali barulah alam perkahwinan.


Apakah faktor yang mendorong kahwin lambat?

Antara beberapa faktor yang dijadikan sebagai alasan lambat kahwin :

- Revolusi pendidikan – seperti yang saya jelaskan di atas

- Mengejar cita-cita – cita-cita yang tinggi, kerjaya yang hebat-hebat

- Bekerja lebih penting – stabilkan kewangan dahulu dan kumpulkan harta baru fikir kahwin

- Terikat dengan tangungjawab terhadap keluarga – biasanya anak sulung

- Hantaran pihak perempuan terlalu tinggi (lelaki) – alasannya, “ekonomi dah naik, hantaran pun naik”

- Terlalu memilih – belum jumpa calon yang/pasangan yang sesuai atau lebih tepat ‘idaman hati’

- Halangan ibu bapa/keluarga – ‘cinta terhalang kerana bukan pilihan keluarga’

- Egoistik – ego terhadap wanita berkerjaya/pendidikan tinggi (lelaki), rasa boleh berdikari sendiri tanpa lelaki (wanita),

- Lebih tertarik kepada kaum sejenis – penkid, lesbian, gay dsbg..

- Pengaruh kisah menakutkan alam perkahwinan (wanita) – risiko perceraian, keganasan rumah tangga

- Suka hidup bebas tanpa kongkongan dan bebanan tanggungjawab

- Masalah kesihatan

- Ganguan psikiatrik (gamofobia) – takut terhadap alam perkahwinan (serangan panik, berpeluh dan jantung berdegup kencang)

** Bagi yang masih bujang, apakah alasan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan