Sabtu, 22 Januari 2011

mutiara kata ... Pengubat hati

Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai..

Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh

membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..

Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..

Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga.

Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu........

Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun......bila-bila masa ia akan pecah.

Basahilah wajahmu dengan air sembahyang dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta....

Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta, tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita, kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia..

Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita..

Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari, tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui.

Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan