Rabu, 22 Disember 2010

Raja Petra Kamaruddin


Raja Petra Kamaruddin (lahir 1950 , dikenali sebagai Peter atau RPK) adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, membangunkan laman Malaysia Today berbahasa Inggeris yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau telah ditahan mengikut [[Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) buat kali kedua pada 1.10 petang 12 September 2008.[1] Beliau telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.[1]Kehidupan peribadi

Dilahirkan pada tahun 1950, Raja Petra telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith. Pada umur 13 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution. Raja Petra Kamarudin pernah menjadi penjual motosikal dan pengedar beras. Beliau memang meminati motosikal semenjak kecil lagi.

Pada 14 April 1973, semasa berumur 23 tahun, beliau telah berkahwin dengan Marina Lee binti Abdullah yang pada masa itu berumur 18 tahun.[perlu rujukan] Marina Lee Abdullah, kacukan Siam-Cina,[perlu rujukan] merupakan seorang penerbit buku.[2] Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara[2]) dan dua orang cucu.

Raja Petra merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh.[3] Ibunya merupakan seorang berketurunan Wales.[3]

Penglibatan politik

Raja Petra merupakan ahli Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali sebagai "Parti Keadilan Rakyat") yang terkehadapan—parti yang ditubuhkan sebagai satu tindakalas penangkapan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.[3] Pada 11 April 2001, Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.[3][2] Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.[4]

Raja Petra Kamarudin telah memulakan laman Malaysia Today dan blognya untuk memudahkan suatu perbincangan terbuka terhadap senario politik dan sosial Malaysia. Dalam tulisan atas taliannya, beliau selalunya sangat lucu, penuh dengan jenaka dan kadangkala kritis terhadap pembangunan politik di Malaysia. Di dalam rencananya di Malaysia Today, beliau menyokong ketelusan, kebertanggungjawaban dan k

eadilan di dalam sistem politik Malaysia. Dia selalu mengecam politik wang, rasuah, dan polarisasi etnik yang tertanam jauh di dalam masyarakat Malaysia.

Menghina institusi diraja

Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO, telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today pada pukul 12.57 p.m. di stesen polis Tun H.S. Lee, di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121 (B) dan Seksyen 123, Seksyen 4 dari Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 263 dan Seksyen 266 dari Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk satu masukan blog pada 11 Julai di dalam laman berkenaan yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, merendah-rendahkan Islam dan cuba membuat hasutan dan keganasan di kalangan kumpulan etnik tempatan.[5] Raja Petra Kamarudin membalas balik dengan menerbitkan satu rencana di dalam Malaysia Today, memukul balik Muhammad Muhd Taib dengan tuduhan-tuduhan hipokrasi dan rasuah. Satu laporan polis kedua telah dibuat ter

hadap Raja Petra yang dipercayai telah dilakukan setelah terbitnya rencana berkenaan, dan Raja Petra telah disaman ke balai polis Dang Wangi pada 25 Julai 2007, dan disoal siasat selama lapan

jam.[6] Isterinya pula telah disoalsiasat selama sejam.[7]

Selepas dibebaskan setelah disoalsiasat, Raja Petra Kamarudin memberikan alasannya kenapa Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya, menyatakan bahawa kerajaan ingin melenyapkan penulis-penulis blog sebelum pilihan raya Malaysia.[perlu rujukan]

Kontroversi

Saman fitnah RM4 juta

Pada 26 Mac 2008, Raja Petra Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah tidak menghadirkan diri dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi[8].

Selain Raja Petra, Parti Keadilan Ra

kyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya Malaysia-Today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya?

Raja Petra pula mendakwa bahawa ia berdasarkan surat yang ditulis kepadanya oleh bekas perwakilan pelajar dan dia enggan membayar gantirugi mefitnah tersebut. Dia sebaliknya mendakwa bahawa kemenangan Nordin Kadir tidak menunjukkan keadilan sebaliknya Nordin Kadir menang kerana Raja Petra enggan hadir ("He went to the football field and our team did not show up so he shot all the goals by himself.")

Pandangan mengenai pemecatan Tun Salleh Abas

Dalam banyak tulisannya, Raja Petra dilihat sebagai seorang yang pro-Mahathir. Dalam tulisannya "Smokescreens and disinformation: a distraction of issues"[9], beliau mendakwa pemecatan Tun Salleh Abas sebagai ketua hakim negara adalah kerana Tun Salleh Abas menulis surat kepada Agung mengadu mengenai bunyi bising semasa proses mengubahsuai istana Agung. Salinan surat dihantar kepada Raja-raja lain yang menyebabkan Agung ketika itu murka. Perkara ini ditulis seperti berikut:

What happened was that the Chief Justice had a home next door to the Agong’s and His Majesty’s house was under renovation. The Chief Justice was displeased with the noise and pollution and he wrote a letter to the Agong with copies to all the Rulers complaining about the matter. The Agong was upset with this insolence on the part of the Chief Justice. Writing a complaint letter is one thing and could be forgiven since this was a genuine grievance -- though an audience would have been the correct protocol instead of a complaint letter -- but to copy the letter to all the Rulers smacks of pressure.

The Agong was outraged and demanded that Mahathir sack the Chief Justice for this insolence that tantamount to misconduct. Mahathir, however, replied that he does not have the authority to sack the Chief Justice and that this can only be done through a Tribunal. The Agong then commanded (titah) that a Tribunal be set up, which was to report direct to His Majesty. The Tribunal found the Chief Justice guilty of misconduct and sent its recommendation to the Agong, who then removed the Chief Justice.

Terjemahannya seperti berikut:

Apa yang berlaku kepada Ketua Hakim adalah beliau tinggal bersebelahan dengan Agung dan istana Baginda ketika itu sedang diubah suai. Ketua Hakim tidak suka dengan bunyi bising

dan pencemaran yang berlaku dan beliau menulis surat kepada Agung dengan salinan dihantar ke semua Raja-Raja mengadu mengenai perkara berikut. Menulis surat aduan adalah satu perkara dan boleh dimaafkan kerana perkara ini adalah rungutan yang benar - walaupun mengadap merupakan protokol yang betul dan bukannya surat aduan - tetapi salinan surat kepada Raja-Raja yang lain seperti satu tekanan.

Agung menjadi murka dan menuntut Mahathir memecat Ketua Hakim untuk perbuatan biadap ini yang disamakan dengan salah laku. Mahathir, bagaimanapun, menjawab yang beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Hakim dan ini hanya boleh dilakukan melalui Tribunal. Agung kemudiannya bertitah sebuah Tribunal dibentuk dan melaporkan terus kepada Baginda. Trib

unal mendapati Ketua Hakim bersalah dalam hal ini dan menghantar cadangannya kepada Agung yang kemudiannya memecat Ketua Hakim.


Kes Altantuya

Pemilik web Malaysia-today.net Raja Petra Raja Kamaruddin telah menulis artikel berhubung kes Altantuya . Beliau telah menulis arti

kel bertajuk "Lets send the Altantuya murderes to hell” dan menyentuh penglibatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akibatnya rumah beliau di Sungai Buloh,Selangor telah dikunjungi oleh pihak polis dari jenayah siber Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sebuah komputer telah dibawa untuk siasatan lanjut dan beliau diminta hadir ke Ibu pejabat Polis bahagian jenayah siber, di Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur.

Peguam beliau ialah William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dan Bendahari PKR. Beliau akan didakwa di bawah Akta Hasutan Seksyen 4C kerana menghasut. Pegawai penyiasat ialah DSP Rajagopal dan ASP Tan Kok Liang.

Siasatan terpaksa dibuat kerana 'mencampuri' perbicaraan kes Altantuya yang masih berlangsung di mahkamah . Superintenden Gan Tack Guan telah memfailkan laporan tersebut berdasarkan artikel tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Isteri Petra,Marina Lee Abdullah cuba mendapatkan bantuan daripada peguam yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Tetapi Wee dihalang memasuki premis Bukit Aman.[10]

Pada 6 Mei 2008 Raja Petra Kamaruddin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan ekoran tulisannya tentang Altantuya pada 25 April 2008. Jika sabit kesalahan , beliau boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun dan atau denda tidak lebih RM5,000. Perbicaraan kes ditetapkan pada 6 hingga 10 Oktober 2008. William Leong selaku peguambela merayu rakyat Malaysia mengutip RM1 bagi menjelaskan ikat jamim tersebut.[11]

Di Dewan Rakyat pula, Lim Kit Siang dari DAP dan lain-lain membangkitkan kewajaran penahanan Raja Petra Kamaruddin.

Tahanan ISA

Pada 12 September 2008 jam 1.10 petang, beliau telah ditahan untuk kali kedua di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). [12] Turut ditahan ialah ialah Tan Hoon Cheng , Teresa Kok dan Syed Azidi. Mereka ditahan kerana boleh menjejaskan keselamatan negara dan hubungan beragama.

Pada 23 September 2008, RPK dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak untuk tempoh 2 tahun mengikut Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Arahan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar. Dengan itu habeas corpus yang dikemukakan oleh peguamnya terbatal.Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah pada 28 Oktober 2008.

Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim turut berada di sebelah Marina Lee Abdullah di mahkamah memberi sokongan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan