Isnin, 20 Disember 2010

Madonna


Madonna (lahir Madonna Louise Ciccone; 16 Ogos 1958) adalah pemuzik, pelakon dan penghibur dari Amerika Syarikat. Dia merupakan salah satu pemuzik terhebat dalam sejarah dan dikenali sebagai "Ratu Pop". Dia memulakan kerjaya menyanyi pada tahun 1982 dengan mengeluarkan rakaman sulung beliau, Madonna. Madonna telah mencatat 12 single #1 serta 37 single Top 10 di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan artis solo paling berjaya di United Kingdom dengan 13 single #1. Beliau telah menjual lebih dari 200 juta album di seluruh dunia dan menjadi artis muzik wanita yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

1958–1981: Kehidupan awal

Madonna merupakan anak ketiga dari enam adik-beradik, dari pasangan Madonna Fortin, seorang wanita keturunan Perancis-Kanada dan Silvio Ciccone, seorang lelaki keturunan Itali-Amerika yang berasal dari Pacentro, Abruzzo, Itali.[1][2][3] Ibunya meninggal dunia akibat barah payudara ketika Madonna berusia 5 tahun. Ayahnya kemudian berkahwin lagi dengan suri rumah keluarganya, Joan Gustafson.[4]

Madonna menerima pendidikan awalnya di sekolah-sekolah St. Frederick's and St. Andrew's Elementary Schools, kemudian West Middle School, di mana beliau dikenal sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Rochester Adams High School dan menyertai pasukan sorak. Setelah tamat persekolahan, Madonna meraih biasiswa untuk mengejar ilmu tarian di Universiti Michigan.[5] Guru balletnyalah yang meyakinkan Madonna untuk memulakan kerjaya dalam bidang tari. Pada usia 19 tahun, Madonna berhenti menuntut di universiti tersebut lalu pindah ke Bandaraya New York pada tahun 1977.[6]

Biarpun hanya membawa duit $35, Madonna nekad untuk pergi ke New York dengan menggunakan pesawat dan teksi.[7] Akibatnya, duitnya habis maka melaratlah hidupnya. Beliau kemudian bekerja sebagai pelayan di restoran makanan segera Dunkin' Donuts dan juga sebagai penari,[8] bahkan kemudian sanggup menjadi peragawati foto telanjang kerana kesempitan wang. Madonna kemudian bercinta dengan pemuzik bernama Dan Gilroy, lalu kemudian bersama-sama membentuk kugiran rock pertamanya, iaitu Breakfast Club.[9][10][11] Pada tahun 1980, Madonna meninggalkan kugiran tersebut lalu membentuk kugiran Emmy bersama pemain dram dan bekas teman lelakinya, Stephen Bray.[12] Mereka kemudian bersama-sama menerbitkan lagu-lagu tarian yang berjaya mendapat perhatian kelab-kelab di Bandaraya New York. DJ dan penerbit rakaman, Marka Kamins tertarik dengan demo rakaman Madonna, lalu mengundangnya untuk berjumpa dengan Seymour Stein, pengasas Sire Records, label rekaman di bawah Warner Bros. Records.[13] Madonna kemudian direkrut menjadi salah satu artis di perusahaan rekaman tersebut.[14]

1982–1985: Madonna, Like a Virgin dan perkahwinan pertama

Pada 24 April 1982, Madonna mengeluarkan single sulungnya yang berjudul "Everybody".[15] Setahun kemudian, Madonna mengeluarkan album pertamanya bertajuk Madonna yang disambut hangat di pasaran dan mencapai tangga 8 dalam carta album Billboard 200 serta memasuki kedudukan 10 teratas di beberapa negara lain. Selain "Everybody", empat single lain dipetik dari album ini, iaitu "Burning Up", "Holiday", "Lucky Star" dan "Borderline". Lama-kelamaan, penampilan dan gaya busana Madonna mula mempengaruhi ramai kaum wanita gadis dan wanita hingga menjadikannya ikon fesyen pada dekad 1980-an.[16]

Madonna benar-benar meraih populariti di seluruh dunia ketika mengeluarkan album keduanya berjudul Like a Virgin pada tahun 1984. Album ini berhasil mencapa

i tangga #1 di beberapa negara di samping berjaya dijual hingga 21 juta salinan di seluruh dunia.[17] Single dari album ini, "Like a Virgin", sukses menduduki tangga teratas dalam carta Billboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut.[9] Madonna menampilkan lagu tersebut di majlis penganugerahan MTV Video Music Awards pertama dengan memakai gaun pengantin dan ikat pinggang "Boy Toy" yang menjadi keistimewaan penampilannya ketika itu.[18] Penampilannya itu merupakan salah satu saat yang paling diingati ramai sepanjang sejarah MTV.[18]

Pada tahun 1985, Madonna mula menceburi bidang seni lakon dengan memainkan peranan seorang penyanyi kelab dalam filem Vision Quest, di samping juga mengeluarkan lagu tema filem tersebut sebagai single, "Crazy for You", yang berjaya menjadi single #1 kedua Madonna di Amerika Syarikat.[19] Madonna juga tampil dalam film komedi Desperately Seeking Susan, yang memperkenalkan singel nomor-satu perdana Madonna di Britania Raya, "Into the Groove".[20] Madonna mencintai pelakon Sean Penn, lalu berkahwin pada hari jadi Madonna yang ke-27.[21]

Pada tahun itu, Madonna melancarkan jelajah konsert sulungnya iaitu "The Virgin Tour".[22] Jelajah ini terhad dalam Amerika Utara meskipun banyak permintaan agar dibawa Eropah dan Asia. Ketika berkonsert di Radio City Music Hall, sebuah arena muzik berprestij di New York, Madonna memecahkan rekod dengan menjual 17,672 keping tiket sampai habis dalam masa 34 minit.[23] Madonna juga berpartisipasi dalam konser amal Live Aid untuk menggalang dana bagi krisis kelaparan di Ethiopia.

Pada bulan Julai 1985, majalah Penthouse dan Playboy menggemparkan dunia dengan menerbitkan foto-foto telanjang hitam-putih Madonna yang diambil pada tahun 1978 di New York.[24] Kerana diterbitkan dalam media yang sah di sisi undang-undang, Madonna tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah-majalah tersebut.[24] Foto-foto tersebut diambil ketika Madonna masih belum popular dan kekeringan dana untuk menampung kehidupan di New York. Saat itu, Madonna hanya dibayar $25 satu sesi berfoto, padahal foto-foto itu sendiri berhasil terjual hingga $100,000.[24]

1986–1991: True Blue dan Like a Prayer

Madonna di jelajah dunia "Blond Ambition World Tour" - 12 September 1990.

Pada tahun 1986, Madonna mengeluarkan album ketiganya bertajuk True Blue. Album ini berhasil mencapai tangga #1 di pelbagai negara dan telah terjual lebih dari 24 juta salinan.[25] Album ini berjaya menempatkan tiga single #1 Madonna dalam carta Billboard Hot 100 iaitu "Live to Tell", "Papa Don't Preach" dan "Open Your Heart" serta dua lagi single top-five, "La Isla Bonita" dan "True Blue".[19] Msekipun begitu, pada tahun yang sama, filem pertama yang dibintangi oleh Madonna, Shanghai Surprise, dikritik hebat oleh para pengulas dan penonton filem.[26]

Pada tahun 1987, Madonna kembali membintangi filem Who's That Girl dan mengeluarkan album runut bunyinya.[19] Pada tahun yang sama, Madonna menganjurkan jelajah "Who's That Girl World Tour".[27] Madonna mengeluarkan album remix dari lagu-lagu hits-nya bertajuk You Can Dance. Pada tahun 1988, pemerintah Kota Pacentro, Itali mula merancang patung Madonna setinggi 13 kaki (4 meter).[28] Patung ini didirikan untuk menandakan bahwa nenek moyang Madonna berasal dari kota Pacentro itu.[29] Pada Januari 1989, Madonna secara rasminya bercerai dengan suami pertamanya, Sean Penn.[30][21]

Album keempat Madonna, Like a Prayer, keluar pada tahun 1989 dan menduduki #1 di banyak negara termasuk carta Billboard 200.[31] Single pertamanya, "Like a Prayer", mengecapi kejayaan besar dan berjaya menduduki tangga teratas pelbagai carta lagu seluruh dunia. Video muzik lagu ini banyak memaparkan lambang agama Katolik seperti stigmata dan pembakaran salib, sehingga dikecam habis-habisan oleh pihak Vatican.[18] Perusahaan minuman ringan Pepsi pada mulanya berkontrak dengan Madonna untuk lagu tersebut dan menampilkan video tersebut pada iklan komersilnya. Akibat kontroversinya, Pepsi memutuskan untuk menarik balik iklan itu dan membatalkan kontraknya dengan Madonna.[32]

Pada tahun berikutnya, Madonna membintangi filem adapatasi dari siri komik Dick Tracy. Untuk mengiringi filem tersebut, Madonna mengeluarkan album runut bunyi keduanya yang bertajuk I'm Breathless, dari mana terpetiknya single #1 ke-8 Madonna, "Vogue"[33] serta "Sooner or Later" yang memenangi Anugerah Akademi untuk "Lagu Asli Terbaik".[34] Pada April 1990, Madonna mengadakan jelajah sedunia "Blond Ambition World Tour", yang menampilkan tema seks dan keagamaan. Madonna juga mengundang kontroversi atas penampilannya ketika mempersembahkan lagu "Like a Virgin" yang menampakkan dua penari lelaki yang saling mencium kemudian melancap.[27] Paus menyeru seluruh penganut agama Katolik agar tidak menyaksikan konsert Madonna.[35] Persatuan Katolik Famiglia Domani juga menyeru agar jelajah konsert tersebut dipulaukan kerana unsur-unsur seks yang terlampaunya.[36]

Pada November 1990, Madonna mengeluarkan album himpunan terbaik pertamanya bertajuk The Immaculate Collection. Album ini mengandungi 15 lagu hit Madonna sepanjang dekad 1980-an, ditambah dua lagu barunya, iaitu "Justify My Love" dan "Rescue Me".[37] Album ini tercatat sebagai album himpunan terlaris di dunia oleh seorang penyanyi wanita dengan terjual lebih 26 juta salinan. Single #1 kesembilan Madonna di Amerika, "Justify My Love", mengundang kontroversi lagi dengan video muziknya yang menampilkan keganasan seksual, ciuman sama jantina dan kebogelan.[38] Akibatnya, video ini ditolak oleh MTV dan VH1.[39] Pada ketika itu, Madonna juga berpacaran dengan peragawan/pelakon Tony Ward, kemudian beralih kepada rapper Vanilla Ice.[40]

1992–1996: Pertikaian buku SEX hingga kejayaan Evita

Pada tahun 1992, Madonna mendirikan perusahaan pertamanya, Maverick, yang terdiri atas perusahaan rakaman (Maverick Records), perusahaan penerbitan film (Maverick Films) serta bahagian penerbitan muzik, televisyen, cenderamata dan buku. Terbitan pertama perusahaan tersebut adalah buku penuh kontroversi yang berjudul SEX. Buku tersebut memuatkan gambar-gambar karya jurugambar Steven Meisel. Meskipun menghadapi kecaman media, namun buku berharga $50 itu sekali laris dijual sebanyak 1,500,000 salinan.[41][42] Album kelima Madonna, Erotica, keluaran 20 Oktober 1992, mencapai tangga #2 di carta album Billboard 200.[42][43]

Pada tahun 1993, Madonna membintangi dua judul filem, iaitu Body of Evidence dan Dangerous Game. Madonna sekali lagi dibidas kerana persembahannya dalam filem Body of Evidence yang berbaur erotik.[44] Namun untuk Dangerous Game pula, Madonna menerima sejumlah pujian.[45] Pada akhir tahun 1993, Madonna menganjurkan sebuah lagi jelajah konsert iaitu "The Girlie Show World Tour".[46] Jelajah kali ini mendapat reaksi negatif di Puerto Rico, di mana beliau menggosokan bendera negara itu di antara kakinya. Orang-orang Yahudi Ortodoks juga membantah konsert perdananya di Israel.[27] Di tahun itu, ketika Madonna menghadiri rancangan temubual Late Show with David Letterman, beliau meluahkan kata-kata kesat lalu meminta Letterman untuk menguncup pakaian dalamnya.[47] Kontroversi demi kontroversi yang telah dilakukannya, mengakibatkan Madonna terbeban oleh publisiti negatif dari pengkritik dan peminat yang mendapatinya sudah keterlaluan.[48]

Sejak itu, Madonna cuba mengurangkan kontroversinya dengan mengeluarkan single "I'll Remember", yang dirakamnya untuk filem arahan Alek Keshishian, With Honors.[49] Beliau kemudian mulai menunjukkan penampilan yang lebih jinak ketika bersama David Letterman dalam sebuah acara anugerah dan juga tampil pada rancangan Jay Leno. Pada tahun 1994, Madonna mengeluarkan album keenamnya, Bedtime Stories. Dengan album ini, Madonna cuba meraih kembali perhatian positif orang ramai dengan imej yang lebih berhemah.[50] Dari album ini keluarnya single "Take a Bow" yang menerajui carta Billboard Hot 100 selama tujuh minggu.[51][52] Juga untuk memperbaiki imejnya, pada Mei 1995, Madonna mengeluarkan album himpunan Something to Remember yang mengandungi lagu-lagu baladanya, ditambah 2 lagu baru: "You'll See" dan lagu rakaman semula "I Want You" yang asalnya didendangkan oleh Marvin Gaye.[53][19]

Pada tahun 1996, Madonna membintangi filem yang paling berjaya sepanjang sejarah lakonannya, Evita.[54][55] Album runtu bunyi filem ini memuatkan 3 single Madonna, iaitu "You Must Love Me", "Don't Cry For Me Argentina" dan "Another Suitcase in Another Hall". Melalui filem ini, beliau kemudian meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Golden Globe.[56] Pada masa ini, Madonna bercinta dengan pelatih kesihatannya Carlos Leon. Pada 14 Oktober 1996, Madonna melahirkan anak pertamanya Lourdes Maria Ciccone Leon, hasil hubungannya dengan Carlos Leon.[57] Setelah kelahiran anak pertamanya, Madonna mulai menganut kepercayaan Kabbalah, sebuah mazhab mistik Yahudi.

1997–2002: Ray of Light, Music dan perkahwinan kedua

Madonna bersama suami keduanya, Guy Ritchie.

Pada tahun 1998, Madonna mengeluarkan album ketujuhnya, Ray of Light, yang terus menduduki tangga #2 dalam carta Billboard 200.[52] Melalui album ini, Madonna berhasil meraih tiga penghargaan di Grammy Awards 1998 untuk kategori "Best Pop Vocal Album", "Best Dance Recording" dan "Best Short Form Music Video".[58][59] Single pertama dari album ini, "Frozen", menduduki tempat #2 dalam carta Billboard Hot 100.[19] Di UK, single ini menjadi single #1 pertama Madonna setelah selang 8 tahun. Pada tahun 2005, lagu ini kemudian dituduh menciplak lagu pemzuik Belgium, Salvatore Acquaviva yang berjudul "Ma Vie Fount L'camp". Akibatnya, album dan lagu Madonna ini dilarang pengedarannya di Belgium.[60] Single kedua dari album ini, "Ray of Light", menduduki tempat #5 di Amerika Syarikat dan meraih anugerah di MTV Video Music Awards. Lagu ini juga digunakan oleh Microsoft dalam kempen iklan pengenalan Windows XP.[61] Album Ray of Light merupakan salah satu album terbaik Madonna dan termasuk dalam senarai "Rolling Stone's 500 Greatest Albums of All Time".[62]

Pada tahun 2000, Madonna membintangi film The Next Best Thing. Beliau menyumbang dua lagu untuk filem tersebut, iaitu "Time Stood Still" dan "American Pie", rakaman semula lagu asal Don McLean.[63] Pada tahun yang sama Madonna mengeluarkan album kelapannya, Music, yang mencapai tangga #1 di Billboard 200.[64] Tiga single dipetik dari album ini, iaitu "Music", singel #1 ke-12 Madonna di Amerika Syarikat, serta single "Don't Tell Me" dan "What It Feels Like for a Girl".[65] Madonna kembali menjalin hubungan cinta, kali ini dengan Guy Ritchie. Pada 11 Ogos 2000, Madonna melahirkan seorang anak lelaki bernama Rocco.[66] Pasangan tersebut kemudian menikah di Skotlandia pada tahun yang sama.[67] Setelah berkahwin, Madonna bermastautin di England lalu menjadi mengatasi Ratu Elizabeth II sebagai wanita terkaya di situ.

Pada Mei 2001, Madonna mengadakan jelajah konsert kelimanya bertajuk "Drowned World Tour" di Amerika Utara dan Eropah.[27] Jelajah ini menjadi salah satu jelajah terlaris pada tahun 2001 dengan memulangkan hasil sebanyak $75 juta dari sejumlah 47 buah pertunjukan yang habis dijual tiketnya.[68][69] Madonna kemudian mengeluarkan album himpunan terbaik keduanya bertajuk GHV2 yang muncul di tangga #7 Billboard 200.[70] Pada tahun 2002, Madonna kemudian membintangi filem Swept Away arahan suaminya, Guy Ritchie. Di tahun yang sama, beliau mengeluarkan single lagu tema filem James Bond, "Die Another Day". Single ini mencapai tangga #8 di Amerika Syarikat serta menerima dua pencalonan anugerah, iaitu Golden Globe Awards sebagai "Lagu Terbaik" dan Golden Raspberry sebagai "Lagu Terburuk".[19][71][72]

2003–2006: American Life, Confessions on a Dance Floor dan pertikaian anak angkat

Madonna menyanyikan lagu "Frozen" ketika berjelajah "Re-Invention World Tour" pada tahun 2004.

Pada tahun 2003, Madonna mengeluarkan album kesembilannya berjudul American Life yang bertemakan politik dan kehidupan masyarakat Amerika.[73] Meskipun mencapai peringkat 1 di banyak negara, album ini hanya terjual sebanyak 4 juta keping dan menjadi album dengan penjualan terendah sepanjang karier Madonna.[74][75] Single yang sama tajuk dengan album ini, "American Life" sekali lagi mengundang kontoversi akibat videonya yang menggambarkan peperangan dan peledakan. Singel ini hanya menduduki peringkat 37 di tangga lagu Billboard Hot 100.[19] Pada tahun yang sama, Madonna tampil dalam acara MTV Video Music Awards, menampilkan lagu "Hollywood" bersama Britney Spears, Christina Aguilera dan Missy Elliott. Pada saat penampilan tersebut, Madonna menggemparkan media massa dengan mencium bibir Britney dan Christina dalam acara tersebut.[76][77] Selepas penampilan tersebut, Madonna menyumbangkan suaranya kepada single Britney yang berjudul "Me Against the Music".[78]

Pada tahun 2004, Madonna sekali lagi berjelajah konsert di Amerika Utara dan Eropah, dengan nama "Re-Invention World Tour". Ini merupakan jelajah muzik paling berjaya pada tahun 2004 dengan keuntungan mencecah $125 juta.[79] Beliau kemudian mengeluarkan dokumentari dari jelajah tersebut, I'm Going to Tell You a Secret. Pada 11 November 2004, nama Madonna dimasukkan dalam UK Music Hall of Fame atas sumbangannya seakan-akan fenomena kepada dunia muzik UK. Pada tahun itu, majalah Rolling Stone juga menempatkan Madonna di tangga #36 dalam senarai "100 Greatest Artists of All Time".[80]

Pasca bencana tsunami tahun 2004, Madonna menyertai konsert "Tsunami Aid" yang diadakan untuk mengumpulkan dana demi membantu mangsa tsunami di Asia.[81] Pada bulan November 2005, Madonna melancarkan album kesepuluhnya, Confessions on a Dance Floor.[82] Album ini mendapat ulasan positif dari para pengulas dan mengembalikan Madonna ke puncak kejayaan.[83] Single pertama dari album ini, "Hung Up", memecahkan rekod dengan menduduki peringkat satu di 45 negara.[84] Single keduanya, "Sorry", juga berhasil menjadi single #1 ke-12 Madonna di UK.[85][86]

Pada bulan Mei 2006, Madonna mengadakan jelajah "Confessions Tour", dan sekali lagi mencapai kejayaan besar, dengan jumlah penonton seramai 1.2 juta orang dan jumlah pendapatan mencapai $260.1 juta.[87] Penggunaan lambang-lambang keagamaan ketika mempersembahkan lagu "Live to Tell" menyebabkan Gereja Ortodoks Rusia dan Persekutuan Masyarakat Yahudi Rusia menggesa para ahlinya agar memulaukan jelajah Madonna ini.[88] Pihak Vatikan dan para biskop dari Düsseldorf juga turut serta mengecam konsertnya tersebut.[89][90]

Di tengah-tengah jelajahnya, Madonna berehat untuk melawat Malawi untuk membantu dan membiayai sebuah rumah anak yatim sebagai sebahagian program Raising Malawi.[91] Pada 10 Oktober 2006, beliau menerima seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat bernama David Banda Mwale dari rumah anak yatim tersebut, lalu menamakannya semula menjadi David Banda Mwale Ciccone Ritchie.[92][93] Tindakan mengambil anak angkay itu dikecam hebat oleh orang awam kerana undang-undang Malawi mewajibkan ibu bapa angkatnya menetap di negara tersebut selama setahun sebelum boleh mengambil anak angkat di Malawi.[94] Ketika ditemubual di The Oprah Winfrey Show, Madonna membantah tuduhan tersebut, dengan menyatakan bahawa tiadanya undang-undang tertulis di Malawi yang mengawal pengambilan anak angkat oleh warga asing, dan bahawa Banda telah menderita radang paru-paru setelah menderita dari penyakit malaria dan batuk kering ketika dijumpai oleh beliau.[95][96] Kes anak angkat yang rumit ini akhirnya selesai pada 28 Mei 2008.[97]

2007–kini: Hard Candy dan Celebration

Madonna dalam jelajah "Sticky & Sweet Tour", tahun 2008.

Pada tahun 2007, Madonna mengeluarkan sebuah lagu "Hey You" ketika beraksi di konsert Live Earth.[98] Lagu ini dapat dimuat turun dari internet secara percuma pada minggu pertamanya. Madonna kemudian mengumumkan keluarnya dari Warner Bros. lalu menandatangani kontrak bernilai $120 selama 10 tahun dengan Live Nation, sebuah perniagaan muzik yang juga ditubuhkan olehnya bersama pihak lain.[99] Pada 10 Mac 2008, nama Madonna dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Fame.[100] Pada tahun yang sama, Madonna menulis dan menerbit filem dokumentari I Am Because We Are yang mengisahkan penderitaan hidup yang ditanggung oleh masyarakat Malawi.[101] Madonna juga mengarah filem pertamanya, Filth and Wisdom.[102]

Pada bulan April 2008, Madonna mengeluarkan album studio kesebelasnya, Hard Candy, yang terus menduduki tangga teratas di UK Albums Chart, Billboard 200 dan carta-carta lain di dunia.[103][104] Single pertama dari album ini, "4 Minutes", yang dibawakan duet dengan Justin Timberlake, berjaya menjadikan Madonna artis wanita yang paling berjaya di UK dengan 13 single #1.[105] Dengan single ini, Madonna turut mengatasi Elvis Presley dengan jumlah lagu hit 10 teratas yang terbanyak di Amerika Syarikat.[106] Untuk menjayakan album ini, Madonna mengadakan rangkaian konsert "Sticky & Sweet Tour" yang berjaya menjadi jelajah pemuzik solo yang paling cemerlang dalam sejarah muzik dunia, dengan keuntungan mencapai $408 juta.[107][108]

Pada bulan Disember 2008, Madonna bercerai dengan suami keduanya, Guy Ritchie.[109] Tidak lama kemudian, beliau mulai menjalin hubungan dengan Jesus Luz, seorang peragawan dari Brazil, yang 30 tahun lebih muda daripadanya. Madonna sekali lagi seorang anak angkat dari Malawi, iaitu Chifundo "Mercy" James.[110] Meskipun sekali lagi menghadapi tentangan, pada 12 Jun 2009, Mahkamah Tinggi Malawi menerima permohonan Madonna untuk mengambil Mercy.[111]

Pada tahun 2009, Madonna mengeluarkan album himpunan terbaik ketiganya, iaitu Celebration. Album ini memuatkan lagu-lagu hit sepanjang 3 dekad kerjaya nyanyian Madonna, termasuk single baru berjudul "Celebration" dan "Revolver".[112] Madonna menamatkan dekad ke 2000 sebagai artis yang mencatat jualan album dan single yang tertinggi di Amerika Syarikat dan juga di United Kingdom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan