Isnin, 20 Disember 2010

Kisah Micheal Jackson

Michael Joseph Jackson (Ogos 29, 1958 – Jun 25, 2009) ialah seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat. Digelar sebagai ‘Raja Pop’, beliau dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa. Sumbangannya kepada muzik, tarian, dan gaya[2] serta kehidupannya yang diketahui umum menjadikannya seorang terkenal dalam budaya pop di seluruh dunia selama lebih banyak daripada 40 tahun.

Bersama dengan abang-abangnya, Jackson memulai kerjayanya sebagai penyanyi utama dan ahli yang paling muda dalam Jackson 5 pada tahun 1964. Kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada tahun 1971. Albumnya yang diedarkan pada tahun 1982, iaitu Thriller, telah dijual sebanyak lebih daripada 110 juta keping. ‘Thriller’ masih merupakan album yang dijual paling banyak di dunia. Di samping itu, beberapa albumnya yang lain merupakan salah satu album yang dijual paling banyak di dunia. Videonya untuk Billie Jean, Beat It, dan Thriller menjadikannya orang Amerika Syarikat yang berketurunan Afrika yang pertama muncul pada beberapa bagan rekod dan MTV yang berlainan genre. Beliau mempopularkan beberapa teknik tarian yang rumit, contohnya robot dan moonwalk. Gaya muzik, suara dan tarian yang unik berterus melampaui generasi, bangsa dan budaya. Jackson ialah salah seorang artis yang disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame sebanyak dua kali. Prestasinya yang lain termasuk beberapa Guinness World Records ( termasuk Penghibur yang Paling Berjaya pada Semua Masa), 15 Grammy Awards (termasuk Legenda yang Masih Hidup dan Kejayaan Sepanjang Hayat), 26 American Music Awards (lebih banyak daripada artis-artis lain; termasuk Artis Abad), 17 single yang mendapat kedudukan pertama di Amerika Syarikat (Termasuk 4 single yang dikeluarkan semasa sebagai seorang ahli dalam Jackson 5), dan jualan albumnya sebanyak lebih daripada 780 juta keping di seluruh dunia yang menjadikannya salah seorang artis yang telah menjual paling banyak keping album.[3][4][5]


Kehidupan peribadi dan hubungan dengan orang lain beliau menyebabkan banyak kontrovesi bertahun-tahunan. Rupanya yang berubah telah didapati sejak 1970-an kerana perubahan hidung dan warna kulit telah menyebabkan banyak spekulasi daripada media. Pada tahun 1993, beliau dituduh bahawanya melibuti dalam penderaan seksual kanak-kanak walaupun beliau tidak disaman ke mahkamah. Padan tahun 2005, beliau disaman ke mahkamah disebabkan penglibutan dalam penderaan seksual kanak-kanak tetapi dibebaskan kerana dibuktikan tidak bersalah. Jackson meninggal dunia pada Jun 25, 2009. Kematiannya disebabkan penggunaan ubat yang terlampau banyak. Sebelum kematiannya, beliau sedang membuat persiapan untuk siri konsert ‘This Is It’. Pemeriksa Mayat Daerah Los Angeles menentukan kematiannya sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain. Sebelum kematiannya, ubat sebagai propofol and lorazepan telah digunakan kepadanya menurut laporan. Doktor peribadi Jackson telah didakwa disebabkan pembunuhan tanpa niat. Kematian Jackson menyebabkan kesedihan orang ramai di seluruh dunia. Kira-kira sebillion orang di seluruh dunia telah menonton memorialnya melalui television.

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Beliau mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[8] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[9] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[10] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[11] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[12] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.

Pada 21 November 2008, akhbar tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Jackson yang memeluk Islam di Los Angeles iaitu di rumah Steve Porcaro bersama-sama dengan bintang muzik British, Cat Stevens (kini Yusuf Islam), serta menukar namanya kepada 'Mikaeel'; walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi oleh Jackson sendiri yang mengesahkannya.[13][14][15][16][17][18][19] Beberapa sumber lain pula berpendapat beliau sudah pun memeluk Islam lebih awal pada tahun 2007 apabila abangnya Jermaine mengatakan beliau akan memeluk Islam.[20][21]


Kematian

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[22] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.[23] Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[24]Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[23] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[25] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.[26]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan