Isnin, 20 Disember 2010

David Becham

David Robert Joseph Beckham, OBE (lahir 2 Mei 1975) merupakan seorang pemain tengah bola sepak profesional Inggeris yang sedang bermain dan menjadi kapten bagi Los Angeles Galaxy di dalam Major League Soccer Amerika Syarikat.[2] Sekarang ini beliau masih lagi berada di dalam pasukan kebangsaan England.

Dia telah dua kali menjadi pemenang kedua Pemain Tahunan FIFA, dan sehingga 2004 merupakan pemain bola sepak bergaji paling besar.[3] Dia juga merupakan topik sukan yang paling selalu dicari dalam Google pada 2003 dan 2004.[4] Pengaruhnya di seluruh dunia menyebabkannya telah menjadi jenama pengiklanan elit dan ikon fesyen terkemuka.[5][6] Beckham merupakan kapten pasukan England dari 15 November 2000 hingga 2 Julai 2006. Dia telah bermain 58 kali sebagai kapten, dan meletakkan jawatan tersebut selepas pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2006. Dia masih bermain untuk England pada 2007.[7]

Kerjaya Beckham bermula apabila dia menandatangani kontrak profesional dengan Manchester United, dan mula bermain dalam pasukan utama pada 1992 semasa berumur 17. Ketika bersama United, mereka memenangi Premiership enam kali, Piala FA dua kali dan Liga Juara-juara UEFA pada 1999. Dia meningalkan Manchester United untuk bermain dengan Real Madrid pada 2003, di mana dia kekal selama empat musim. Dalam musim terakhirnya, Real memenangi La Liga (trofi utama tunggal Beckham bersama kelab itu) dengan permainan terakhir musim itu. Pada Januari 2007, telah diumumkan bahawa dia akan meninggalkan Real Madrid dan menandatangani kontrak 5 tahun bersama Los Angeles Galaxy.[8] Dia bermain permainan terakhirnya dengan Real pada 17 Jun, yang pada akhir permainan itu pasukannnya mendapat kejuaraan La Liga.

Kontrak terbaru Beckham bersama Galaxy, bermula 1 Julai 2007, menjadikannya pemain bergaji tertinggi dalam sejarah MLS. Dia bermain kali pertama untuk LA Galaxy pada 21 Julai dalam satu permainan persahabatan melawan Chelsea F.C. di Home Depot Center[9], dan pada 15 Ogos, mendapat permulaan serta gol dan bantuan gol pertamanya dalam pasukan itu dalam separuh akhir SuperLiga 2007. Permulaan liga pertamanya ialah pada 18 Ogos, di mana dia membantu mendapat gol dua kali melawan New York Red Bulls di hadapan penonton teramai di Giants Stadium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan