Selasa, 21 Disember 2010

Ayatollah Khomeini








Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini (Bahasa Parsi: روح الله موسوی خمینی Rūḥollāh Mūsavī Khomeynī) (17 Mei 1900[1] - 3 Jun 1989) adalah seorang ulama Shia muslim dan pemimpin Revolusi Iran pada tahun 1979. Beliau berjaya menyingkirkan Shah Mohammad Reza Pahlavi dan kerajaan kuku besi Shah Mohammad. Seterusnya Khomeini mengasaskan Republik Islam Iran dan menjadi Pemimpin Agung pertama sehinggalah kewafatan beliau.


Latar Belakang Keluarga

Ruhollah dilahirkan dalam keluarga Ayatollah Seyyed Mostafa Musavi dan Hajieh Agha Khanum di pekan Khomein, 300 km dari bandar Tehran. Kelahiran beliau sama ada pada 17 Mei, 1900[1] atau 24 September 1902.[2] Beliau digelar sayyid dan juga didakwa merupakan keturunan nabi Muhammad SAW menerusi keturunan Imam Mousa Kazem. Datuk sebelah bapa beliau, Seyyed Ahmad Musavi Hindi dilahirkan di Kintur, sebuah kampung di Wilayah Barabanki, Uttar Pradesh, India. Beliau berhijrah ke Iran pada tahun 1834 dan membeli sebuah rumah di Khomein pada tahun 1838. Datuk sebelah ibu Khomeini pula ialah Mirza Ahmad Mojtahed-e Khonsari, seorang ulama dari Iran Tengah. Beliaulah yang mengharamkan orang Islam untuk menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh Shah kepada syarikat Inggeris. Ini merupakan titik permulaan penglibatan ulama dalam politik Iran.[1]

Bapa Khoemeini dibunuh ketika Khomeini masih berumur lima tahun. Sejarahwan mendakwa kematian bapa beliau berpunca daripada konflik tempatan dan tiada kena mengena dengan Shah Iran. Khomeini kemudiannya dibesarkan oleh ibu beliau dan juga ibu saudara beliau. Ketika beliau berumur 15 tahun, kedua-duanya meninggal dunia pada tahun yang sama. Khomeini mula belajar Quran ketika berumur enam tahun.[3] Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dan juga di sebuah sekolah tempatan dan dibawah penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar. Beliau juga turut dijaga oleh abang beliau, Ayatollah Pasandideh.[4] Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di sebuah seminari Islam di Arak, sebuah kota di Iran pada tahun 1921. Khomeini memilih seminari itu kerana ia dibawah pimpinan Ayatollah Sheikh Abdol-Karim Haeri-Yazdi. (Murid kepada seorang ulama terkenal dari Najaf, Iraq)

Tahun berikutnya, Ayatollah Haeri-Yazdi memindahkan seminari itu ke Qom dan Khomeini turut sama berpindah ke sana. Selepas tamat pengajian, beliau mula membuat kajian mengenai undang-undang Sharia, Filasafah Islam dan juga ilmu mistik Irfan dan menerbitkan buku-buku mengenai kajian beliau.

Walaupun ketika awal pengajian beliau, Khomeini tidak aktif dalam politik, tetapi kajian dan buku-buku terbitan beliau membuktikan bahawa beliau percaya yang ulama haruslah melibatkan diri dalam politik. Beliau adalah antara ulama-ulama Iran yang pertama membangkang sistem sekular pada 1940 an. Gelaran marja kemudiannya dianugerahkan kepada beliau pada tahun 1963, berikutan kawafatan Ayatollah Seyyed Husayn Borujerdi.

Aktiviti Awal Politik

Apabila Shah Reza Pahlavi dimahkotakan menjadi Shah Iran, golongan ulama ditindas melalui polisi anti ulama dan juga Revolusi Putih beliau. Kebijakan ini kemudiannya diteruskan oleh putra beliau, Shah Mohammad Reza Pahlavi.[5]

Pada Januari 1963, Shah Iran mengumumkan projek "Revolusi Putih". Projek merangkumi enam perkara dalam permodenan Iran iaitu reformasi tanah, pemulihan dan pemeliharaan hutan negara, menswastakan badan kerajaan, memperbaiki kondisi hak-hak wanita, perkongsian keuntungan dalam industri, dan memerangi buta huruf. Walaupun tujuan polisi ini baik, tetapi pelaksanaannya menggugat kedudukan ulama Iran. Pada November 1964, beliau mengkritik Shah kerana memberi pelindungan diplomatik kepada pegawai tentera Amerika. Ini menyebabkan beliau dibuang negeri pada bulan yang sama.

Ayatollah Khomeini menghabiskan banyak masa dalam buangan beliau di Najaf, Iraq tetapi kemudiannya dipindahkan ke Neauphle-le-Château di Perancis selepas naiknya Saddam Hussein. Ketika di Najaf, Khomeini banyak memberi ucapan dan syarahan mengenai negara Islam dan kemudiannya menerbitkan Hokumat-e Islami: Wilayat al-Faqih, sebuah buku yang kemudiannya menjadi asas kepada Republik Islam Iran.

Revolusi Iran

Rencana utama: Revolusi Iran

Ketika didalam buangan, Khomeini enggan pulang ke Iran selagi Shah Mohammad Reza masih memerintah[6]. Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad meninggalkan Iran atas alasan untuk percutian. Tetapi beliau tidak pernah kembali selepas itu. Dua minggu selepas itu, Imam Khomeini pulang semula ke Iran dan ketibaan beliau di Tehran disambut dengan meriahnya oleh penduduk Iran.[7]

Republik Islam

Selepas jatuhnya monarki Pahlavi, Iran diperintah oleh kerajaan sementara yang dikepalai Shapour Bakhtiar. Walau bagaimanapun, kerajaan ini tidak dipersetujui oleh Khomeini.[8] Pada 11 Februari, Khomeni melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri Iran. Tindakan ini menyebabkan kerajaan Iran berpecah kepada dua, iaitu kerajaan sementara Shapour Bakhtiar dan kerajaan revolusi Khomeini dan akhirnya berlakulah pergeseran ant

ara dua kumpulan ini. Kerajaan Bakhtiar kemudiannya kalah dalam persaingan ini apabila ketenteraan mengisytiharkan untuk berpendirian neutral.[9]. Pada 30 Mac, 1979 dan keesokan harinya, sebuah

referendum diusulkan bagi membentuk sebuah Republik Islam dan cadangan ini mendapat sokongan 98% penduduk Iran. Abolhassan Banisadr pula dilantik oleh Khomeini untuk menjadi presiden Iran pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan